Hari yang penuh kesayuan...

salam...

hari ini...aku tidak dapat menahan rinduku pada arwah abang.. terasa sayu kerana sehingga ke hari ini aku masih tidak dapat menerima kehilangannya.. Ya Allah..! kuatkan hatiku...




Hadirmu dalam dunia kami bagaikan mimpi..
Namun realitinya kau berdiri didepan kami…
Sentuhan dan kasih sayangmu itu benar…
Kata-katamu itu benar..
Senyuman mu itu benar
Kemarahan mu itu benar…
Rajukmu itu benar..
Namun..
Kehilangan mu sekelip mata itu salah…
Segala kesunyian dirimu itu salah…
Membawa diri dari kami itu salah..
Sehinggakan akhirnya Dia memanggilmu
Tanpa kata-kata terakhir
Tanpa kucupan terakhir
Tanpa sentuhan terakhir
Tanpa pelukan terakhir…
Yang ada…
Sekujur tubuh yang dingin seperti salju..
Hanya jasad tanpa kata…
Angin lalu…katakan pada dia…
Adik adik mu masih merindui..
Sentuhanmu..
Senyumanmu…
Gurauanmu…
Pelukanmu…



Alfatihah untuk arwah abang…

*ya allah..kuatkanlah hati aku utk melawan rasa rindu aku pada abang din..

Comments

Popular posts from this blog

Perempuan di mata lelaki

nilai sebuah perkahwinan : suami rogol isteri sendiri? kenapa dan mengapa?

part 2: masih di plaza alam sentral...