Saturday, June 30, 2012

gajet: kebaikan dan keburukkan

salam hari minggu..

sejak minggu lepas, aku telah menggunakan salah satu gajet yang ckup popular dan aku  merasa amat teruja. Walau bagaimana pun aku menyedari beberapa perkara telah berlaku setelah aku menggunakan gajet tersebut dan ini membuatkan aku tersedar bahawa gajet ni ada baik ada buruknya..antaranya:

kebaikkan:

1. banyak infomasi dapat diperolehi di hujung jari dan semuanya menjadi mudah ( alamak...dah macam iklan lak)

2. rangkaian sosial yang mudah dan membuatkan dapat berkenalan dengan ramai orang

3. banyak peluang dan ruang..contoh, sekiranya gajet itu adalah camera DSLR..maka penggunanya boleh menjadikannya sumber pendapatan..baik secara freelance or permenant.

keburukkan:

1. kurang bermasyarakat...
    - point inilah yang aku ingin highlight kan sebab aku rasa begitu terasing dengan kawan kawan kerana dek kelekaan aku dengan gajet...aku lebih suka membaca blog , buka fb, skyping , chatting di ym dan membaca komen di twitter... so masa aku dengan kawan kawan tidak sebegitu banyak dibandingkan dengan aktiviti alam maya (fuhhh!!)

2. disebabkan rangkaian sosial yang begitu meluas, potensi nak kenal dengan orang orang jahat amatlah besar...betul tak?


walau bagaimanapun, aku ambil perkara yang positif je. aku tidak mahu menjadikan benda tu negatif. Aku dan Gajet memang tidak boleh di pisahkan dan kebanyakkan kawan kawan melabelkan aku sebagai seorang yang gila gajet.! tapi aku rasa ianya tidak begitu teruk kot. Apapun...aku bersyukur dengan apa yang aku ada dan sekiranya kekawan perlukan nasihat ttg sesuatu gajet..yang aku tahu, aku tidak pernah kedekut ilmu untuk berkongsi...


nota: menanti gajet terakhir untuk aku letakkan dalam senarai koleksi gajet aku....sabar!sabar!

Friday, June 29, 2012

Bersyukur dengan apa yang berlaku

salam Jumaat untuk semua kekawan...

semasa berada di rumah, melayari internet dan menikmati suasana berehat..aku memikirkan tentang apa yang telah berlaku. Rasanya tak salah kalau sesekali kita bermuhasabah diri , menyenaraikan apa yang telah di lakukan sama ada baik atau buruk.

Sesungguhnya perjalanan kehidupan seorang manusia bernama aku...adalah satu dalam berjuta-juta manusia yang ada di muka bumi ini. Ucapan SYUKUR adalah perkataan yang selalu keluar dari bibirku ...

**SYUKUR **
kerana aku masih mempunyai kekuatan dan kesabaran yang tinggi tatkala aku dihina, dikutuk, di caci dan diumpat!!

**SYUKUR**
kerana Tuhan memberikan aku peluang kedua melanjutkan pengajian dan seterusnya membetulkan segala keadaan yang sebelum ini kucar kacir

**SYUKUR**
 kerana aku mempunyai seorang mama yang sentiasa mendoakan aku..dan sentiasa ada di saat aku perlukan dia. Walaupun  disaat aku sedih dan runsing, mendengar suaranya membuatkan aku tenang..setenang air di kolam....

**SYUKUR**
kerana aku mempunyai sahabat yang baik, sentiasa memberi sokongan moral pada aku dan dia bukanlah sahabat hanya di waktu senang namun dikala susah..juga..tq ladyboss, aklima, azlin

**SYUKUR**
 kerana aku tidak pernah kurang dari perasaan cinta..

**SYUKUR**
kerana diberikan kelebihan dari Tuhan , dan sesungguhnya Tuhan itu Maha Adil..lagi Maha Mengetahui...

**SYUKUR**
kerana aku  masih diberi nafas untuk hidup dan meneruskan perjuangan yang belum selesai..

**SYUKUR**
kerana diberi keyakinan oleh Tuhan..kerana sesungguhnya aku yakin tentang hidupku...

crdt to yahoo picture


nota: setiap yang berlaku ada sebab musababnya dan sebagai hambaNya..jangan berputus asa ..insya Allah..Sesungguhnya Tuhan Maha Mendengar lagi Maha Melihat...

Thursday, June 28, 2012

Berubah angin

Setelah berhempas pulas. . Berdrama bagai. . Akhirnya aku dpt ditukarkan. . Yessss

Wednesday, June 27, 2012

cinta jarak jauh...

salam..
entah kenapa hari ni aku teringatkan kisah cinta aku dengan ex bf yang mana boleh di katakan cinta jarak jauh. Mr. Jay.. adalah lelaki yang pernah suatu ketika dulu bertakhta di hati..

dia seorang lelaki yang sering merantau.. kerana tugasnya. Hati sering saja merindui lelaki ini kerana dia tidak pernah ada di saat aku perlukan dia. Walau pun begitu , aku tahu dia setia ( kononnya ler) .. hubungan jarak jauh kami berlangsung untuk tempoh yang agak lama .Email, YM dan skype adalah penyokong kuat kami di kala kami kerinduan yang teramat sangat.

Pernah satu ketika..aku tidak dapat menghubungi dia..untuk tempoh hampir 4 bulan..namun pada satu hari aku menerima satu panggilan telefon dari num yang tak di kenali. Apabila dia memperkenalkan diri..aku cukup terperanjat dan menjerit sekuat hati...dan dia hanya ketawa kecil... my MR.JAY..full of suprise..

Cinta jarak jauh ..perlukan kekuatan yang luar biasa. Kesetiaan , kepercayaan pada pasangan adalah perkara yang perlu di disematkan dalam hati.. dan aku cukup menghormati pasangan yang berada dalam mood cinta jarak jauh...

berbalik pada cerita aku...walau sekuat mana aku menggengam cinta dan kasih ku pada Jay..namun akhirnya..terlerai jugak. Kali terakhir dia menghubungi aku..ucapan maaf tidak lekang dari mulutnya dan akhirnya dia mengaku jatuh cinta dengan gadis lain..dan gadis itu sering ada di depan matanya. Tahulah aku bahawa...aku sudah tidak memiliki cintanya.. dan aku mengambil masa berbulan-bulan untuk melepaskan dia...lost la sekejap..

walau dimana jay berada..aku berdoa agar dia akan sentiasa bahagia dan aku tidak pernah menyalahkan dia kerana mungkin sekiranya aku berada di tempat dia..aku melakukan perkara yang sama...

nota: teringat sewaktu ber'skype ' dengan dia dan berbual berjam-jam...rindu lak dengan jay...


crdt to yahoo image

Tuesday, June 26, 2012

kenangan mengusik jiwa...zaman di KOLEJ LAGENDA

salam...

semalam aku berpuasa ganti dan sewaktu berbuka, tetiba aku teringatkan kenangan dulu berpuasa dan berbuka di kolej ..di hostel bersama rakan rakan...

Tahun itu, semester kami kena dengan bulan puasa..so aku yang dah biasa berada jauh dari kampung halaman dah tak rasa sangat rindu masa berbuka di kg (kononnya).Pada masa itu,aku dan  rakan rakan sehostel, terdiri dari kak ayu, aya, dan beberapa lagi kawan..(tetiba tak ingat)  kena berdepan dengan exam di bulan puasa. Suasana puasa yang tak seberapa itu membuatkan aku rasa sayu sgt. Manakan tidak, duk di hostel..sahurnya agak menyedihkan..kekadang langsung tak de selera nak makan..masa tu baru lah duk teringatkan ayam percik la, ikan percik la, kurma la, kuih jalo mas la, akok la..( kecur air liur ni)

satu peristiwa yang aku tak leh lupa...adalah last paper sebelum balik bercuti dan beraya di kampung. Kami membeli juadah berbuka puasa kat gerai yg berniaga di luar pagar hostel. kami semua pakat beli nasi ayam..apa yang terjadi..adalah ramai yang kena keracunan makanan . Orang paling kesian adalah si aya, kesian dia..apabila besok pagi nak bersahur..dia sakit perut..dan berulang ulang ke toilet...sehinggakan dia akhirnya terlelap di muka pintu toilet. Kesian dia..dah la pagi tu nak exam paper statistik..n paper last...cukup cukup kesian....

tapi itu semua kenangan yang tak pernah padam dalam ingatan aku...

untuk kak ayu, aya, kak fuzah dan kekawan yang lain..bila la dapat berkumpul kan..rindu wehhh!!!!

nota: rindu nak lepak kat depan bilik hostel sambil lepak lepak..makan kuaci, makan maggi..kenangan mengusik jiwa betul

Tuesday, June 19, 2012

sesuatu yang dirindui....

salam selasa untuk semua...hari ni full dengan meeting di pagi hari dan briefing di petang hari..so cukuplah dua keje aku pada hari ni..hahaha( nampak cam senang tapi sayangnya susah)

sesuatu yang dirindui..

aku rindu suasana kampung...bangun pagi selepas solat subuh...makan nasi belauk sambil layan mata mengantuk sebab kampung yang cukup nyaman dan sejuk..

aku rindu keluarga ku..walau jauh mana aku merantau..which is..memang aku banyak masa di luar kawasan..sampai ada yang tak kenal aku anak mama...hati aku tetap pada mereka..(ini belum kira nak berhijrah ke luar negara lagi ni...apa akan jadi..mesti homesick)

aku rindu arwah ayah..kerana watak dan perangainya telah aku warisi...

aku rindu mama..kerana dialah kekuatan aku sehingga ke akhirnya

aku rindu sahabat-sahabat lama...yang jauh dan dekat..teringin nak buat gathering....

aku rindu kawan kawan baik aku...yang sering menemani aku di kala sedih dan di kala gembira..

aku rindu baby-baby aku...yang boleh membuatkan aku tersenyum sendirian

aku rindu dady-dady aku..yang sentiasa ada masa untuk melayan kerenah manja ku

aku rindu scandal-scandal ku..yang sering meletakkan aku di tempat yng sepatutnya dan melayan aku dengan penuh berhemah dan baik..

aku rindu dia...kerana setahun bersama dia..memberikan aku erti sebuah perhubungan

                                                               *********************

betapa kerinduan itu adalah perasaan yang cukup halus..mendiami di sudut hati.....

luv  u all

nota: tapi adakah berbaloi kalau kita je rindu dia..dia tak rindu kita.!!!! ikhlas !ikhlas!!!!

Monday, June 18, 2012

Monday..what a busy day...!!

salam isnin untuk semua...

walau camna bz pun, mesti nak menyelit menulis...sebab dah habit kot..lagi pun dengan cara ini leh buat ilang stress...

good news..hari ni BPENT menerima boss baru..heheh apa pun aku bersyukur kerana akhirnya boss yang di nanti - nantikan sudah tiba.. yes...aku dah start usha nak tukar.., reshuffle pun ok le

busy day? masih pending 4 laporan dan aku akan habiskan pada hari ini atau pun malam ni..hahah keje sampai bawak balik umah...nasib baik tak de laki kalau tak mampus kena kutuk..bawa le bantal tilam ke opis..nak stayback lama -lama takut lak kat opis ni...sebab dah ada ala - ala misteri nusantara...selepas hari tu ditegur oleh 'sesuatu'..

semoga briefing  besok berjalan dengan lancar...amin...

nota: tetiba teringat nak melepak dengan somebody...bestnya!!!!





Saturday, June 16, 2012

hobi baru aku ke? entah..

salam...

aku ni bukanlah seorang yang suka bergambar tapi aku suka gambar yang kandid or spontan . Tatkala aku melihat satu iklan " yuna n her camera' aku jadi teruja lak. Kamera yang dia pegang tu menarik perhatian aku sampai aku cakap kat cik wan..iklan itu ternyata berkesan menarik nafsu aku untuk mendapatkan kamera itu..bengong tul... tapi kalau aku nak beli kamera itu..mestilah aku kena ada minat yang berkaitan..kalau setakat beli then simpan kotak baik tak yah....ok..korang mesti nak tahu...what kind of camera yang aku duk giler sekarang?..jeng jeng jeng

 



ta daaaa!!!!! inilah dia...Camera Canon EOS 1100D..kaler merah (ala..yang Yuna pegang tu)...


  • 12.2MP APS-C CMOS Sensor
  • SD/SDHC/SDXC Memory Card Slot
  • DIGIC 4 Imaging Processor
  • 2.7″ Clear View LCD
  • Full HD Movie Mode
  • 100-6400 ISO
  • Compatible with Canon EF and EF-S Lenses
  • 63 Zone Dual-Layer System / 9 Point AF
  • 3 fps Continuous Shooting
  • Basic + Function / Creative Auto
  • The Canon EOS 1100D has a 12.2MP CMOS (APS-C) sensor and Canon’s DIGIC 4 image processor – providing you with high quality JPEG and RAW images. Features like 100-6400 ISO, the 9 point AF system, and the 63 zone dual layer metering system help to capture detailed and lush images in any situation. Of course the 2.7″ LCD doesn’t hurt either – infact, the LCD provides a brillant display on which to compose and relive your shots. The camera also has a viewfinder for more precise image making.

    In addition to taking great photographs the 1100D also records great movies! The camera captures 1280 x 720/30p/25p video. Add videos to your Facebook or work on your HD DSLR video short, whatever your goal, this is definitely one tool that’s expected on most DSLR cameras these days.
    The 1100D also features a number of shooting controls designed to make using the camera hassle-free. Functions like Basic+, Quick Setting, and Creative Auto all work to take the guesswork out of photography. Additionally, Quick Control and the feature guide make operation of the camera and its function a no-brainer.
    (crdt to: mylensdb.com)

    Ini adalah target aku sekarang selepas galaxy note (yg mana belum ag dapat di penuhi) ..i love gajet!!!  Kalau ada rezeki..aku akan dapatkan kamera ini.....gunanya? nantilah aku cuba pupuk minat untuk bergambar, or ambik pic anak anak dara aku ..si qisha n si sara....hmmm yang penting...aku dapat  camera ni ....


    nota: agaknya kalau kenen ngan daddy dubai..dapat tak ek?..hahaha berangan je lebih ni....



    Inilah cara aku menghilangkan STRESS...

    Salam,

    Sudah beberapa kali aku tunda nak g tengok wayang citer kartun  ni...n malam tadi aku berjaya juga tengok citer tu ngan adik lin. Nak tengok dengan BF..mcm tak de BF tapi ada BF...hahah dah giler ni!!..

    Aku dan Lin g tgk kat Space U8, sebelah rumah aku (hahaha..)... yang bestnya shah alam sekarang dah ada panggung wayang...Kami sampai awal...citer start kul 10 50, tapi kami kul 10 20 dah ada di MBO, ayat si Lin best je..saja jer datang awal...takut jem..dan aku pun jawab ..nak jem kat celah mana cik adik oiii...sebab lokasi spaceU8 ni dalam area kilang..hahahah sengal!!!



    Masa kami sampai..tak ramai orang..hehe best giler..maybe sebab student poli tak masuk ag kot...



    bosan menunggu..time to posing posing..hahah sengal!!!!

     ini lah azlin..si comel yang sudi menemani aku tengok Madagascar..3..TQ dik...

    tengah bosan sebab menunggu time nak masuk panggung wayang...we both sengal!!!


    Menonton citer tu boleh hilangkan stress aku. Sepanjang citernya..asyik gelak je sampai aku rasa rahang pipi aku lenguh sebab asyik duk ketawa je. Aku sebenarnya agak cerewet memilih citer untuk masuk panggung tapi Madagascar 3 adalah satu satunya citer kartun yang aku duk sebut nak tgk !. lagi satu kalau ada filem BEN10...sure aku tgk..hahahahaha..


    i give 4.5/5 untuk Madagascar 3...dan yang best..citer ni boleh halau stress aku yang bersarang dalam kepala otak ini

    nota: Agaknya ada ke nak kat aku  ek..umur dah tua tapi perangai cam budak budak...ah!! lantak..yang penting aku happy..(tetiba sentap..siot je)

    Thursday, June 14, 2012

    saat syahdu:terkenang generasi lama...keluarga Middin

    Salam,
    what a busy day...berkejar kesana kesini untuk siapkan dokumen urusan tanah pusaka keluarga Middin. Well Middin adalah my arwah atuk..dan apabila tanah pusaka milik keluarga Middin akan di jual demi kebaikan semua, maka aku cukup bersyukur. Ini memudahkan semua ahli keluarga kerana generasi baru tidak begitu arif dan tahu sekiranya di biarkan begitu.

    saat begini aku jadi syahdu tiba-tiba. maybe betul la kata orang...muka je macam brutal tapi hati aku kecik( hahahaha ! padan muka).. mana tak syahdunya semua arwah mak sedara dan bapak sedara aku adalah orang orang yang rapat di antara kami. Cuma bila generasi kedua agak kurang kerana merantau termasuk lah aku.

    Seriusly, aku mengalirkan air mata bila teringatkan mereka semua. Terkenang saat-saat mereka semua ada..gathering keluarga tatkala raya dan ada dua perkara yang paling aku tidak boleh lupa yang masih bermain di fikiran aku iaitu:-
    1. Raya terakhir arwah ayah..semua adik beradik dia yang masih hidup datang beraya di rumah... dan aku masih ingat kata-katanya " yang muda kena ziarah yang tua".. dan itulah yang aku buat sekarang, pasti raya aku akan kerumah yang lebih tua.

    2. Saat -saat akhir ayah di wad CCU, Hospital Kota Bharu, sebelum dia tidak sedar kan diri, dia berhajat untuk makan nasi air..so arwah mami , adik kesayangan dia..bawa menu itu, namun dia terlambat kerana tatkala dia masuk ke ruang bilik dimana arwah ayah di tempatkan,yang di lihat adalah sekujur tubuh yang sudah tiada..dan pada masa itu jugaklah arwah mami siap campak selipar yang di pakai dan aku teringat kata- katanya " kenapa tak tunggu aku"..! dan arwah mami tak percaya yang ayah sudah tiada..siap suruh doktor check semula...masa itu, aku berada di sisi arwah ayah..sebab itu aku masih dapat mengingati apa yang berlaku...


    saat aku menaip...tak dapat ditahan tahan, airmata mengalir..dan betapa itulah tandanya kerinduan aku pada mereka semua... alfatihah untuk mereka semua....

    nota: semoga hubungan kami sepupu sepupu akan lebih kuat dan kukuh...

    Tuesday, June 12, 2012

    LELAKI MEMILIH?

    Salam,

    hari ini aku nak berkongsi kisah tentang satu topik "lelaki memilih" ( nanti akan ada citer "perempuan memilih") Kenapa aku nak bercerita tentang lelaki memilih? sebab ini terkena pada kawan aku yang mana aku sendiri involve.

    Kawan aku, si L  mengenali seorang lelaki melalui kawannya. At first, semuanya ok sampai lah bila lelaki ini melihat  si L , secara tiba-tiba terus dia memberi tahu kawan si L yang sebenarnya dia nak ciri ciri wanita yang kurus dan bertubuh kecik, sedangkan si L , agak gempal dan rendah. akhirnya, hubungan itu tak berjaya kerana lelaki langsung tidak membuka peluang untuk kenal dengan lebih rapat.

    Aku sedar bahawa ramai wanita yang bertubuh gempal dan tak cantik pernah mengalami masalah yang sama, malah aku juga mengalami masalah yang sama, suatu ketika dulu.  Dari dulu lagi aku sering katakan pada kawan kawan yang lelaki memiliki kuasa MEMILIH. namun ramai yang tidak setuju. Kenapa aku kata begitu, kerana kalau lah perempuan ni dah separuh mati suka kan lelaki..namun andainya lelaki menggunakan kuasa MEMILIH untuk tidak meneruskan hubungan dengan perempuan itu, maka hubungan itu tak akan jadi...apatah lah nak berkawin, takkan perempuan yang akad nikah , pegang tangan tok kadi kot...

    Berbalik pada citer kawan aku si L, aku menjadi kesian dengan dia, namun aku katakan pada dia, lelaki itu 'jerk'. lelaki itu tak layak untuk si L, she deserve better person. Lelaki itu x sepatutnya di layan dengan baik .

    Isu nya sekarang, kenapa perlu menjatuhkan airmuka seseorang. Yes, dia tak cantik dan gempal dan gemuk tapi apakah itu semua menjadi tanda pengukur tentang perhubungan dan persahabatan?  Bagi aku, jujur dan ikhlas adalah antara perkara yang perlu ada dalam  persahabatan atau pun perhubungan.

    Aku berharap kebanyakkan lelaki kat luar sana..kalau pun tak suka dan perempuan itu bukan taste you all , jgn la malukan dia, atau letakkan ukuran cantik itu sebagai tanda. Berkawan seperti biasa dan tak salah berkawan kerana mana kita tahu, satu ketika, perempuan itu akan tolong you all..

    semoga L akan bertemu dengan lelaki yang menerima dia seadanya...amin..

    note: lelaki yang memilih nak perempuan cantik dan lawa dan kurus, kalau muka u macam muka anuar zain, or brad pitt..or paling koman pun macam aaron aziz...oklah jugak..ini muka cam orang asli baru kuar dari hutan...huh! sengal tul la lelaki ni!!!

    Saturday, June 9, 2012

    trauma?fobia?

    salam...
    di hari sabtu begini..aku mula rasa sesak otak..apabila tak banyak aktiviti nak dilakukan. Hanya lepak di rumah sambil tgk tv..tak per besok ada Ben10..yeahhh( mcm budak kecik)

    Rasa macam nak berkongsi cerita..tentang komen seorang rakan baik aku..dia adalah seorang teman yang sehingga kini berhak untuk menegur aku sekiranya aku ada buat silap. Satu hari, semasa berbual dengan dia..aku secara spontan..aku bertanya.."aku ni memilih ke?" soal aku pada dia...dan dia menjawab.."ye..akak memilih, materialistik"...jawapan itu membuatkan aku tergamam dan sejak dari hari tu aku banyak berfikir tentang apa yang dia cakapkan...secara kesimpulannya..memang benar kot..(masih ada kot!)

    aku tidak memandang lelaki itu pada rupa paras..tetapi aku lebih memandang lelaki di atas apa yang dia ada. Handsome ..tidak menjamin masa depan perhubungan itu. Apa gunanya..handsome..seandainya..tiada keje, guna duit perempuan,..lebih baik seorang lelaki yang 'average joe' tapi bertanggungjawab, baik, tidak curang dan sebagainya.

    namun itu salah satu faktor..yang lain..adalah semasa aku berkahwin dahulu..aku hidup susah..pada awal perkahwinan...sehinggakan aku merasakan..dugaan yang paling hebat yang pernah aku alami adalah semasa bergelar isteri..kesusahan itu membuatkan aku tidak mahu pisang berbuah dua kali dan aku rasa..seandainya aku berkahwin untuk kali kedua..aku tidak mahu laluinya...
    disebabkan itulah..ada yang mengatakan aku ni trauma dan fobia dengan perkahwinan. Ada kebenarannya.
    Aku boleh berkawan, bercinta dengan sesiapa saja tapi apabila berbicara tentang perkahwinan aku jadi freak out dan aku mula memikirkan tentang pro and cons.. sampai satu ketika aku pernah memutuskan untuk tidak bertunang ..padahal hari pertunangan itu hanya tinggal sebulan

    untuk melalui frasa perkahwinan kedua..aku merasakan ianya terlalu menakutkan. bagaimana andainya aku hidup lebih susah..? sedangkan sekarang aku sudah selesa kehidupan aku.
    Apa pun aku tidak pernah menolak untuk menerima cinta sesiapa pun cuma..aku perlukan lelaki yang berjaya memujuk hati aku dan sentiasa menyokong aku..tatkala aku dalam ketakutan untuk menyambut dunia baru bersama dia....
    Bagi aku...duit bukanlah segala-galanya..namun tanpa duit..kita tidak boleh beli segala-galanya yg berkaitan keperluan hidup....

    Friday, June 8, 2012

    lelaki yang sentiasa aku rindui selepas arwah ayah

    salam jumaat..

    semalam sewaktu aku bangun dari tidur..aku terbayangkan nasi berlauk ..versi kelantan. Memang dah kronik dah penyakit nak balik kampung ni tapi sayangnya aku tidak berkesempatan untuk balik sehingga ke hari raya nanti. Apa pun, aku sentiasa menghubungi mama.

    Bercerita tentang raya...ada sesuatu yang aku rasa cukup terkilan, terlalu sangat terkilan tapi apa kan daya...sebagai seorang manusia, kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. Aku mengimpikan satu suasana raya yang penuh dengan ahli keluarga ku. Seingat aku kali terakhir ahli keluarga ku berkumpul adalah perkahwinan Salmee Suhana dan sejak itu, kami tidak bertemu. Bagi yang stay dekat Kelantan, tak de masalah sebab setiap kali balik kampung akan bertemu namun bagi yang duk jauh dan saling jauh..masing masing sukar di pertemukan.
    Jujurnya aku rindukan abang DIN yang jauh di Johor.(dimana ianya masih dalam malaysia)  Untuk pengetahuan semua, aku hanya ada dua abang dan kedua duanya memberi kesan yang mendalam dalam diri aku. Abang Man, adalah abang sulung yang sentiasa suka mengusik aku , malah jujurnya aku terlalu manja dengan dia walaupun dah tua bangka macam ni. , manakala Abang Din adalah salah seorang anak arwah ayah yang kami kenali semasa aku di tingkatan 3 (kalau tak silap) . Hubungan kekeluargaan tidak akan putus walau apa pun yang terjadi.

    Entah di mana silapnya, hubungan kekeluargaan kami macam berjalan lancar. Namun kasih sayang aku sebagai adik kepada abang tetap tidak berubah dan pernah sekali aku terlalu merindui kedua abang aku..sehingga mengalirkan air mata., saat aku gundah gulana, aku sentiasa berharap agar aku dapat berkongsi , mengadu tentang hati dan perasaan kepada abang -abangku namun sayangnya aku tak mampu. Mereka juga ada masalah yang lain yang perlu di utamakan. Kadangkala aku rasa cemburu dengan mereka yang mempunyai abang dan kawan lelaki yang ada adik perempuan, dimana mereka terlalu akrab..terasanya di hati ini....

    Aku sentiasa berdoa agar aku dapat dipertemukan dengan abang abang aku ..dan aku dapat merasai kasih sayang abang terhadap adiknya. ...

    untuk abg din, walau pun sejauh mana kita terpisah..walau sejauh mana hati terasa..kita tetap adik beradik..dunia dan akhirat....

    untuk abang man, walau diri ini sering di usik dengan usikan yang kasar sekali pun...kita tetap adik beradik....


    inilah dua orang abang kesayangan aku.. yang pakai kopiah , abang man (ala-ala pelakon tamil)...dan yang sebelah yang handsome tu abang din..mereka adalah lelaki yang paling aku sayang selepas arwah ayah ....

    Monday, June 4, 2012

    Semangat yang hilang

    salam...
    lama betul rasanya aku tidak mengisi masa di sini. menulis adalah salah satu minatku namun di sebabkan satu peristiwa yang lalu..aku jadi fobia untuk menulis ..aku takut akan ada hati -hati yang terluka disebabkan kata-kata yang ditintakan dalam blog aku. hmm...
    walaupun aku tidak menulis kat sini..aku sempat mencoretkan apa yang aku rasa dalam playbook yang sering aku bawa kemana-mana...just in case aku inginkan kepuasan menulis.

    Sejak hari itu, aku banyak mendiamkan diri dan mengenal diri..serta muhasabah diri. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan aku sedar bahawa ini adalah salah satu cabaran yang aku harus terima , sama ada aku rela atau tidak..dan aku tidak akan pernah memaafkan diri aku atas apa yang berlaku.terima kasih pada semua.

    Kebelakangan ini, aku terlalu merindui kampung..rindu untuk melepak dengan kak mariani, rindu untuk berbual bual dengan lisa.., rindukan masakan kelantan, kuih jalo mas..semuanya bermain-main dalam fikiran aku cuma..aku tidak dapat pulang dalam masa yang terdekat. kerja yang menantikan due date di tambah dengan preparation untuk final exam untuk semester ini membuatkan kaki aku dirantai di shah alam..walaupun begitu, semangat aku sudah hilang pulang ke kampung,.....berangan tak habis...Kali ini..aku mahu mengunjungi sekolah lama aku...teringat ttg segala kisah yang berlaku di sana..dengan kawan kawan..
    dengan adanya FB..ramai juga kawan kawan lama yang aku temui ..alhamdulilah..semuanya sudah berjaya dan memiliki keluarga.

    note: kisah di zaman persekolahan...ada suka dan duka...hmmm

    fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

    sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....