Friday, June 8, 2012

lelaki yang sentiasa aku rindui selepas arwah ayah

salam jumaat..

semalam sewaktu aku bangun dari tidur..aku terbayangkan nasi berlauk ..versi kelantan. Memang dah kronik dah penyakit nak balik kampung ni tapi sayangnya aku tidak berkesempatan untuk balik sehingga ke hari raya nanti. Apa pun, aku sentiasa menghubungi mama.

Bercerita tentang raya...ada sesuatu yang aku rasa cukup terkilan, terlalu sangat terkilan tapi apa kan daya...sebagai seorang manusia, kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. Aku mengimpikan satu suasana raya yang penuh dengan ahli keluarga ku. Seingat aku kali terakhir ahli keluarga ku berkumpul adalah perkahwinan Salmee Suhana dan sejak itu, kami tidak bertemu. Bagi yang stay dekat Kelantan, tak de masalah sebab setiap kali balik kampung akan bertemu namun bagi yang duk jauh dan saling jauh..masing masing sukar di pertemukan.
Jujurnya aku rindukan abang DIN yang jauh di Johor.(dimana ianya masih dalam malaysia)  Untuk pengetahuan semua, aku hanya ada dua abang dan kedua duanya memberi kesan yang mendalam dalam diri aku. Abang Man, adalah abang sulung yang sentiasa suka mengusik aku , malah jujurnya aku terlalu manja dengan dia walaupun dah tua bangka macam ni. , manakala Abang Din adalah salah seorang anak arwah ayah yang kami kenali semasa aku di tingkatan 3 (kalau tak silap) . Hubungan kekeluargaan tidak akan putus walau apa pun yang terjadi.

Entah di mana silapnya, hubungan kekeluargaan kami macam berjalan lancar. Namun kasih sayang aku sebagai adik kepada abang tetap tidak berubah dan pernah sekali aku terlalu merindui kedua abang aku..sehingga mengalirkan air mata., saat aku gundah gulana, aku sentiasa berharap agar aku dapat berkongsi , mengadu tentang hati dan perasaan kepada abang -abangku namun sayangnya aku tak mampu. Mereka juga ada masalah yang lain yang perlu di utamakan. Kadangkala aku rasa cemburu dengan mereka yang mempunyai abang dan kawan lelaki yang ada adik perempuan, dimana mereka terlalu akrab..terasanya di hati ini....

Aku sentiasa berdoa agar aku dapat dipertemukan dengan abang abang aku ..dan aku dapat merasai kasih sayang abang terhadap adiknya. ...

untuk abg din, walau pun sejauh mana kita terpisah..walau sejauh mana hati terasa..kita tetap adik beradik..dunia dan akhirat....

untuk abang man, walau diri ini sering di usik dengan usikan yang kasar sekali pun...kita tetap adik beradik....


inilah dua orang abang kesayangan aku.. yang pakai kopiah , abang man (ala-ala pelakon tamil)...dan yang sebelah yang handsome tu abang din..mereka adalah lelaki yang paling aku sayang selepas arwah ayah ....

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....