Saturday, June 30, 2012

gajet: kebaikan dan keburukkan

salam hari minggu..

sejak minggu lepas, aku telah menggunakan salah satu gajet yang ckup popular dan aku  merasa amat teruja. Walau bagaimana pun aku menyedari beberapa perkara telah berlaku setelah aku menggunakan gajet tersebut dan ini membuatkan aku tersedar bahawa gajet ni ada baik ada buruknya..antaranya:

kebaikkan:

1. banyak infomasi dapat diperolehi di hujung jari dan semuanya menjadi mudah ( alamak...dah macam iklan lak)

2. rangkaian sosial yang mudah dan membuatkan dapat berkenalan dengan ramai orang

3. banyak peluang dan ruang..contoh, sekiranya gajet itu adalah camera DSLR..maka penggunanya boleh menjadikannya sumber pendapatan..baik secara freelance or permenant.

keburukkan:

1. kurang bermasyarakat...
    - point inilah yang aku ingin highlight kan sebab aku rasa begitu terasing dengan kawan kawan kerana dek kelekaan aku dengan gajet...aku lebih suka membaca blog , buka fb, skyping , chatting di ym dan membaca komen di twitter... so masa aku dengan kawan kawan tidak sebegitu banyak dibandingkan dengan aktiviti alam maya (fuhhh!!)

2. disebabkan rangkaian sosial yang begitu meluas, potensi nak kenal dengan orang orang jahat amatlah besar...betul tak?


walau bagaimanapun, aku ambil perkara yang positif je. aku tidak mahu menjadikan benda tu negatif. Aku dan Gajet memang tidak boleh di pisahkan dan kebanyakkan kawan kawan melabelkan aku sebagai seorang yang gila gajet.! tapi aku rasa ianya tidak begitu teruk kot. Apapun...aku bersyukur dengan apa yang aku ada dan sekiranya kekawan perlukan nasihat ttg sesuatu gajet..yang aku tahu, aku tidak pernah kedekut ilmu untuk berkongsi...


nota: menanti gajet terakhir untuk aku letakkan dalam senarai koleksi gajet aku....sabar!sabar!

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....