Thursday, June 14, 2012

saat syahdu:terkenang generasi lama...keluarga Middin

Salam,
what a busy day...berkejar kesana kesini untuk siapkan dokumen urusan tanah pusaka keluarga Middin. Well Middin adalah my arwah atuk..dan apabila tanah pusaka milik keluarga Middin akan di jual demi kebaikan semua, maka aku cukup bersyukur. Ini memudahkan semua ahli keluarga kerana generasi baru tidak begitu arif dan tahu sekiranya di biarkan begitu.

saat begini aku jadi syahdu tiba-tiba. maybe betul la kata orang...muka je macam brutal tapi hati aku kecik( hahahaha ! padan muka).. mana tak syahdunya semua arwah mak sedara dan bapak sedara aku adalah orang orang yang rapat di antara kami. Cuma bila generasi kedua agak kurang kerana merantau termasuk lah aku.

Seriusly, aku mengalirkan air mata bila teringatkan mereka semua. Terkenang saat-saat mereka semua ada..gathering keluarga tatkala raya dan ada dua perkara yang paling aku tidak boleh lupa yang masih bermain di fikiran aku iaitu:-
1. Raya terakhir arwah ayah..semua adik beradik dia yang masih hidup datang beraya di rumah... dan aku masih ingat kata-katanya " yang muda kena ziarah yang tua".. dan itulah yang aku buat sekarang, pasti raya aku akan kerumah yang lebih tua.

2. Saat -saat akhir ayah di wad CCU, Hospital Kota Bharu, sebelum dia tidak sedar kan diri, dia berhajat untuk makan nasi air..so arwah mami , adik kesayangan dia..bawa menu itu, namun dia terlambat kerana tatkala dia masuk ke ruang bilik dimana arwah ayah di tempatkan,yang di lihat adalah sekujur tubuh yang sudah tiada..dan pada masa itu jugaklah arwah mami siap campak selipar yang di pakai dan aku teringat kata- katanya " kenapa tak tunggu aku"..! dan arwah mami tak percaya yang ayah sudah tiada..siap suruh doktor check semula...masa itu, aku berada di sisi arwah ayah..sebab itu aku masih dapat mengingati apa yang berlaku...


saat aku menaip...tak dapat ditahan tahan, airmata mengalir..dan betapa itulah tandanya kerinduan aku pada mereka semua... alfatihah untuk mereka semua....

nota: semoga hubungan kami sepupu sepupu akan lebih kuat dan kukuh...

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....