Saturday, June 9, 2012

trauma?fobia?

salam...
di hari sabtu begini..aku mula rasa sesak otak..apabila tak banyak aktiviti nak dilakukan. Hanya lepak di rumah sambil tgk tv..tak per besok ada Ben10..yeahhh( mcm budak kecik)

Rasa macam nak berkongsi cerita..tentang komen seorang rakan baik aku..dia adalah seorang teman yang sehingga kini berhak untuk menegur aku sekiranya aku ada buat silap. Satu hari, semasa berbual dengan dia..aku secara spontan..aku bertanya.."aku ni memilih ke?" soal aku pada dia...dan dia menjawab.."ye..akak memilih, materialistik"...jawapan itu membuatkan aku tergamam dan sejak dari hari tu aku banyak berfikir tentang apa yang dia cakapkan...secara kesimpulannya..memang benar kot..(masih ada kot!)

aku tidak memandang lelaki itu pada rupa paras..tetapi aku lebih memandang lelaki di atas apa yang dia ada. Handsome ..tidak menjamin masa depan perhubungan itu. Apa gunanya..handsome..seandainya..tiada keje, guna duit perempuan,..lebih baik seorang lelaki yang 'average joe' tapi bertanggungjawab, baik, tidak curang dan sebagainya.

namun itu salah satu faktor..yang lain..adalah semasa aku berkahwin dahulu..aku hidup susah..pada awal perkahwinan...sehinggakan aku merasakan..dugaan yang paling hebat yang pernah aku alami adalah semasa bergelar isteri..kesusahan itu membuatkan aku tidak mahu pisang berbuah dua kali dan aku rasa..seandainya aku berkahwin untuk kali kedua..aku tidak mahu laluinya...
disebabkan itulah..ada yang mengatakan aku ni trauma dan fobia dengan perkahwinan. Ada kebenarannya.
Aku boleh berkawan, bercinta dengan sesiapa saja tapi apabila berbicara tentang perkahwinan aku jadi freak out dan aku mula memikirkan tentang pro and cons.. sampai satu ketika aku pernah memutuskan untuk tidak bertunang ..padahal hari pertunangan itu hanya tinggal sebulan

untuk melalui frasa perkahwinan kedua..aku merasakan ianya terlalu menakutkan. bagaimana andainya aku hidup lebih susah..? sedangkan sekarang aku sudah selesa kehidupan aku.
Apa pun aku tidak pernah menolak untuk menerima cinta sesiapa pun cuma..aku perlukan lelaki yang berjaya memujuk hati aku dan sentiasa menyokong aku..tatkala aku dalam ketakutan untuk menyambut dunia baru bersama dia....
Bagi aku...duit bukanlah segala-galanya..namun tanpa duit..kita tidak boleh beli segala-galanya yg berkaitan keperluan hidup....

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....