Thursday, September 29, 2011

kemaafan dendam yang terindah




peristiwa yang berlaku dalam diri aku beberapa hari yang lepas membuatkan aku terfikir bahawa..senang untuk melukakan hati seseorang namun sukarnya untuk menyembuh luka di hati yang telah robek dan ada kesan parut yang terlalu dalam. Aku menjadi trauma bila datang ke pejabat. Masih terngiang -ngiang lagi kata kata lelaki itu yang pernah aku anggap seorang abang /ayah ..apabila dia menengking dan marah aku tanpa sebab. Kuasa fitnah memang kuat dan aku tidak nafikan bahawa "bini firaun" yang menabur fitnah itu secara tidak langsung berjaya membuatkan hubungan aku dan boss -boss aku renggang.

walau bagaimana pun...kini aku sedar..siapa lawan siapa kawan...

ya! allah! permudahkan segala urusan ku dan semoga aku sentiasa dilindungi oleh Nya...amin

Tuesday, September 27, 2011

kes tindas menindas episode II

hari ini dalam sejarah..aku kena marah dengan boss..atas kerja yang aku tak buat. aku tidak pernah menduga bahawa akan ada orang mengadu domba tentang sesuatu yang aku tak perkatakan. 

apa pun aku akan berusaha untuk menjadi lebih baik dan bersabar kerana aku tahu aku berada di pihak yang benar..insya allah..semoga doa mama agar aku dilindungi akan di makbulkan..insya allah..!!!

Monday, September 26, 2011

my collections





nak tambah collections....

me, book and lunch



Sabtu lepas, aku ke Kompleks PKNS...having lunch(nasi lemak..dalam pic tu...dagingnya memang garing n sedap) Satu tabiat yang memang aku tak boleh nak kikis..ialah makan sambil membaca. Aku belum berjaya menghabiskan buku BREAKING DAWN..dari TWILIGHT SAGA...

Sambil makan sambil baca...satu tabiat yang memang dari dulu lagi ...hahaha..ini kalau mertua lalu pun aku tak sedar ni...Buku dan aku memang tidak dapat dipisahkan dan aku seboleh bolehnya mahu memiliki semua buku yang ada di dunia ini..hahah( berangan siot)


Saturday, September 24, 2011

akhirnya....dia berlalu pergi

aku memberanikan diri, mengumpul sejuta kekuatan untuk 'delete' abie dalam list bbm aku. semasa aku lakukan itu, aku merasakan bahawa..inilah masanya untuk aku melepaskan dia kerana aku menyedari bahawa sudah berminggu dia membisukan diri dan aku yakin bahawa dia tidak akan menyedari akan kehilangan aku di sisinya. aku akui..aku rindu dia...aku sayang dia dan aku cinta dia namun...tiada guna berharap pada sesuatu yang sudah pasti bukan menjadi milik kita...lantas kerana itu aku lepaskan dia..semoga dia akan sedar bahawa selama ini..hanya aku dan cinta aku saja yang ada dalam dirinya dan seandainya aku pergi dari dia..maka tiada lagi cinta dan sayang itu...

pergilah sayang..kerana sesungguhnya...aku merelakan dirimu pergi....seandainya ini yang membahagiakan dirimu........

Thursday, September 22, 2011

menilai segala apa yang telah berlaku pada beberapa minggu yang lepas

aku mengambil masa yang lama untuk menulis kembali dalam blog aku..pertama kerana aku agak bz dengan kerja yang memerlukan komitment dan fokus pada kerja. kedua, kerana mood aku yang masih swing dan membuatkan aku hilang idea untuk menulis.

musim raya bermakna musim open house tapi aku yg memang tak suka open house..hanya pergi ke beberapa rumah yang berdekatan sahaja.

selepas musim raya..aku sibuk dengan kuliah ku...terasa macam ada yang tak kena kerana belajar tanpa sifu ni ibarat orang buta berjalan tanpa tongkat tapi aku gagahkan jua kerana aku perlu kuat...

lately aku merasakan aku semakin kehilangan orang yang aku sayang..sorang demi sorang...persahabatan sudah menjadi tawar dan tidak lagi seindah dahulu namun aku tetap begini,...kalau tiada yang suka dengan aku maka aku harus juga berdiri di kaki aku sendiri....

percintaan aku juga sudah berakhir dan aku sudah tidak mampu untuk mempertahankannya..selamat tinggal cinta..mungkin aku akan bertemu dengan cinta yang selayaknya untuk aku..

kehilangan demi kehilangan membuatkan aku sedar bahawa...aku semakin menjadi matang dalam menghadapi kehidupan ini dan aku sedar bahawa...sebaik mana pun kita...seikhlas mana pun hati kita...sejujur mana pun jiwa kita namun hasad dengki, irihati dan benci adalah ramuan hidup yang kita tidak boleh pandang rendah...



fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....