Thursday, April 13, 2017

Demi anakanda tersayang...

Assalamualaikum...
Rasanya ramai yg sudah tahu ttg berita aku selamat bersalin. Alhamdullilah...aku selamat bersalin anak lelaki pada 30.3.2017. Walaupun aku berharap sgt baby boy aku ni lahir dalam bulan kelahiran aku namun siapa kita utk melawan kuasa Allah...
Sudah hampir 2 minggu aku berpantang..dan baru sekarang aku berpeluang untuk update kisah ini. Percaya x..sewaktu aku menaip kisah ni...jam kul 12.55tghmalam..yes...my baby boy berjaga malam so rutin tido aku juga sudah berubah.
Aku nak bercerita ttg pengalaman bersalin which is..aku x pernah sangka aku berpeluang untuk merasai saat saat bersalin...
Pada 27.3.2017...selepas melayan tv...aku plan utk mandi namun sewaktu aku bangun nak ke toilet...tiba tiba...ada rasa air keluar laju melalui peha. Aku segera ke toilet namun x sempat masuk toilet...air tersebut makin banyak keluar. Aku panggil en suami dan maklumkan ttg perkara ni...dan aku sempat call adik aku utk sahkan air itu air ketuban. Masa tu kandungan aku 36minggu..ngam ngam 9 bulan. En suami dah panik...tapi aku still rilex. Sempat lagi mandi ...kemudian kami bergegas ke hospital shah alam..terus ke PAC. Bermula dari kul 1230 tghmalam..aku berada di PAC sampailah kul 7 petang ke esokkannya..barulah aku dpt masuk wad. Memang aku akui..ramai ibu ibu nak bersalin.
Pada 29hb...seawal jam 630 pagi...sesi check laluan dijalankan oleh doktor. Masa kena seluk tu..x berapa sakit dan air ketuban aku still leaking. Bila doktor ckp..laluan terbuka 2 cm..aku just..hmm ok...then dr masukkan ubat pertama. Yang kelakar..aku xrasa sakit apa apa. Kemudian...sebelah petang..doktor masukkan ubat kedua...yg ni memang terasa sakit but still boleh gelak gelak...dan malamnya bila dicheck laluan lagi sekali...bukaan adalah 3 cm. Aku mula rasa takut but still boleh control.
Pada 30.3. Doktor maklumkan yg aku kena bersiap sedia sekiranya labour room ada kosong ...so aku ingt benda tu lambat lagi...aku sempat request ngn en suami...nak makan nasi ayam azira...dan semasa dia dtg bawa nasi ayam tu...aku diberitahu perlu ke labour room..aduhai mujurlah sempat juga jamah nasi ayam walaupun dlm keadaan tergesa gesa..
Di labour room...aku di tanya ttg suntikan epidural dan aku terpaksa juga mengambilnya kerana tekanan darah aku tidak cantik..dan sekiranya sakit terlampau..akan memberi  kesan pada aku...en suami juga bersetuju. Ubat terakhir dimasukkan selepas pakar bius suntik epidural..dan bermula dari 3 petang sampailah 12tghmalam...aku merasai tekanan dan kesakitan yg melampau. Epidural tidak banyak membantu aku kerana aku masih merasa sakit. Sepanjang masa tersebut..aku mengalami komplikasi tekanan darah tinggi dan denyutan jantung yg tidak normal serta aku mengalami sesak nafas yg teruk. Akhirnya selepas di check laluan ..dan masih tidak ada progress...dr decide utk emergency czer. Dlm hati..aku rasakan bahawa czer itu sepatutnya dibuat awal lagi.
Dan akhirnya tepat 3.46 pagi...lahirlah baby boy dan aku sendiri mcm x percaya bila melihat dia...anak yg aku kandungkan..yg aku selalu berbicara...yg aku rasa tendangannya dan yg merasai setiap perasaan yg aku rasai.
Aku terpaksa berehat selama 6 jam tanpa bergerak dan selepas itu aku diberitahu...baby boy aku terpaksa ditahan di NICU untuk pemantauan kerana aku gdm on insulin. Aku redha...janji  anak aku selamat. Dan pada 1.4 2017..aku dan baby boy dapat discaj..walaupun baby boy ada kuning sikit..so kena follow up kat klinik kesihatan seksyen 7.
Pengalaman yg x ternilai dan amat berharga kerana aku mempertaruhkan nyawa aku demi baby boy aku...
Untuk en suami yg sentiasa sabar melayan kerenah aku...fayyadh adalah  hadiah syg utk abg..untuk famili dan famili mertua...terima kasih kerana memberi sokongan dan doa......terima kasih juga untuk kawan kawan yg mendoakan aku...

tunjuk lengan sado je la...hehehe...



fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....