Wednesday, December 7, 2016

surat untuk kau...

Assalamualaikum...
 
Aku dikejutkan dengan berita bahawa kau berpoligami. Macam x percaya saja..bila berita itu sampai ditelinga aku.. aku membayangkan siapakah perempuan malang yang akan dikikis oleh kau seperti mana kau mengikis duit bini kau sebelum ini.. dan siapakah perempuan yang bodoh itu yang sanggup menangung hidup kau ..ibarat menanggung biawak hidup..at least..biawak ni kalau dah x berguna boleh juga jual kat orang...dapat juga duit..tapi aku x salahkan perempuan tu sebab dia tertipu dengan kau ..dia tidak tahu bahawa kau bukannya lelaki baik..
 
Jantan macam ni..jantan dayus...jantan x guna.Aku bukannya penentang poligami kerana kita sekeluarga tahu ..kita dari keluarga poligami, X pernah melarang untuk berpoligami tapi biarlah betul dengan syariat islam..tanya diri tu dulu..mampu ke nak kawin lagi satu..mampu ke nak jalankan tanggungjawab seorang suami..mampu ke jadi imam pada isteri dan anak anak? mampu ke tanggung isteri dan anak anak. Hari ni boleh la lepas dengan apa yang telah dibuat..akhirat nanti..menjawablah dengan Allah. Sekarang memang isteri tua x tahu..tapi satu hari nanti...Allah Maha Berkuasa...
Bercakap seolah olah menongkat langit...menipu sana sini, minta duit dengan anak yatim..biadap ..kurang ajar.. semuanya ada pada jantan x guna ni...semua orang tahu sikap kau yang sebenarnya..bau bangkai x boleh nak ditutup..akhirnya keluar juga bau tu..hahaha..
kenapa aku nak sibukkan tentang kau ? mesti itu yang ditanya..kerana dalam darah kau ada darah aku dan dalam darah aku ada darah kau..kita sedarah..dan rasa kasih dan sayang aku pada kau lah..membuatkan aku ambik  apa yang berlaku dan kalaulah pemilik darah yng mengalir dalam diri kita ini masih hidup..dia pasti menangis melihat kejahilan kau..
aku kesian dekat kau..kerana kau bukan saja kepapaan di dunia namun kau juga kepapaan harta akhirat. Umur kau dah setengah abad..namun kau masih lagi hidup nak menongkat langit. Kau abaikan tanggungjawab kau dan kau sendiri yang nak memutuskan tali darah kita...
tidak pernah sekali pun aku tertinggal berdoa untuk kau dan seluruh keluarga agar diberkati dan dilindungi oleh Allah di setiap solat aku..ye..aku pun bukan baik tapi manusia berubah bila usia meningkat tapi kau..semakin kau tua..semakin kau lupa diri. ..dan kini doa aku pada kau..agar Allah memberikan balasan yang setimpal pada kau kerana penganiayaan yang telah kau buat..Aku maafkan kau dunia akhirat kerana aku nak Allah yang memberi pengadilan atas apa yang kau buat. Kalau kau terselamat di dunia..belum tentu kau akan selamat di akhirat kerana masa tu..bukan suara kau yang penuh dengan penipuan itu yang akan keluar namun anggota badan kau yang akan berkata kata..
 
kau rasa kau hebat kan...bahkan kau bangga mengatakan bahawa semua orang sayang dan ambik berat pasal kau..tapi kini ternyata..kau silap kerana sekali saja kau putuskan tali darah ini..maka Allah mula membuka semua yg tertutup.. kau ingat kau Tuhan ke?
 
aku masih boleh simpan rasa hormat kat  kau walaupun  kau mula mengeluarkan kata kata ugutan pada aku..kau kata..jgn sampai kau marah..dan benci aku.. !! kalau kau marah dan benci aku..apa yg kau dapat? apa yang aku dapat..aku tetap aku..tapi sehingga ke hari ni bila aku dapat kesahihan ttg kisah poligami itu..maka hormatku hilang...langsung hilang..kerana selama ni aku fikir kau akan berubah...
 
namun aku maafkan kau dunia akhirat..kerana aku xnak kau tersiksa ..aku berharap Allah membalas apa yang kau dah buat..dan memberi hukuman yang setimpal..dengan apa yang kau dah buat..aku juga mengambil keputusan untuk "melihat drama swasta hidup kau"..sambil makan pizza...hahahahahaa
 
 
seandainya satu hari nanti ..kau berada ditepi jalan ..merempat pun..pasti aku akan hulurkan duit kat kau kerana aku kesian..dan andainya masa tu kau rasa kau nak mengaku aku ni saudara kau..satu soalan yang aku nak Tanya kau.."Kita ni sedara ke?...
 
sekian..wassalam..
 
 
 

Wednesday, October 26, 2016

My 2nd trimester

Assalamualaikum...

Rasanya last update blog adalah bulan 8 hari tu..lepas keluar wad. Setakat ni perjalanan menuju 9 bulan masih berjaya ditempuhi. Aku sekarang sudah berada di trimester kedua...masuk 4 bulan. Baby..alhamdullilah..sudah bergerak cuma sebab aku ni gemuk..so xde la rasa lagi. Selama 4 bulan ni..rasanya perkara yg paling perit adalah menghadap doktor tiap tiap minggu..kena review bsp dan bacaan gula pula..on off..sekejap ok sekejap xok. Apa pun..life kena teruskan.. sehingga ke hari ni..masih mencari penawar untuk turunkan gula dlm darah. Yg aku amalkan sekarang adalah teh hijau..itu pun di ambil waktu nak buat bsp...mmg jaga makan betul.

Ada lagi lebih kurang 5 bulan lagi nak penghujung tarikh due. Walaupun tarikh due aku...19.4. Namun semua org duk bgtau..tarikh aku bersalin adalah awal..seawal 5.4. Xperlah adik baby..janji dlm bulan 4...sama bulan besday dengan mommy...

Disebabkan en suami sentiasa x berkesempatan nak tgk waktu aku scan perut...so isnin hari tu..aku ajak en suami ke klinik swasta..nak tunjuk kat dia..si adik baby...charge untuk scan biasa ..RM50.00. Alhamdullilah..bilamana doktor ckp..adik baby dah mula bergerak dlm perut cuma mommy je x rasa lagi...yang penting sihat..jantung berdegup...dah lega dah...alhamdullilah...


Adik baby berusia 14 minggu..subhanallah...amanah Allah...


Semoga perjalanan ke tarikh bersalin nanti...dpt diteruskan dan berjaya diharungi. Tq untuk en suami yg sentiasa ada disisi..x jemu memenuhi semua keinginan anak tekak aku...famili dan famili mertua...syukur kerana aku berada dikalangan mereka semua...kawan kawan yg byk mendoakan...

Xoxo
Rfa


Wednesday, August 24, 2016

Perkara yang tak diduga..menerima amanah Allah..Alhamdullilah...

Salam,

aku ambik masa untuk menulis entri ni sebab aku tidak tahu bagaimana harus aku mulakan....

pada 11/8/2016.. balik dari kerja, aku terdetik untuk check sama ada aku preggy atau tak. Kebetulan , ada alat UPT yang aku beli sebelum ni. Bila aku check.. ternyata resultnya sungguh mengejutkan. Double line!!!!! masa tu aku..whatttt? terkejut macam tak percaya dengan apa yang aku tengok. So aku tunjukkan result itu pada en suami dan dia juga sama terkejut cuma x tunjuk. Dalam hati aku masih menidakkan sb aku takut alat UPT tu dah x leh pakai so x valid la. orang yang aku cari mestilah adik aku..si salmee tu sb dia dah 3 orang anak..dan juga minta pandangan dari kakak aku. masing  masing bagi mcm mcm versi la..so aku decide untuk belikan lagi 2 upt..satu nak test malam tu jugak..dan satu lagi..nak test awal pagi( katanya result akan valid kalau pagi)

so gigihlah aku dan en suami g beli benda tu...dan akhirnya dua dua result pun sama..positif .





jumaat...12/8/2016..sebelah petang, aku ke klinik di ttdi jaya untuk confirmkan sama ada aku preggy atau x?..so bila doctor sendiri hulur tangan..ucap tahniah kerana aku mengandung..barulah aku yakin yang aku ni pregnant. Masa tu ..aku happy sebab ini adalah yang ditunggu tunggu...namun yang sedih bila aku didapati bacaan gula dalam darah tinggi dan bacaan tekanan darah juga tinggi. So doctor x nak ambik risiko terus buat referral letter ke hospital Shah Alam..klinik O&G. dan kemungkinan besar aku kena masuk wad. Terus rasa down. Aku tak nak masuk wad..x mauuuuuuuu.

Isnin.. 15/8/2016.. aku dan en suami ke hospital shah alam dan salmee yang kebetulan kerja di situ..ada menemani aku dan en suami. Urusan nya agak serabut...mula-mula ke klinik O & G..pastu di arah ke ED..untuk pemeriksaan lanjut..pastu disebabkan bacaan gula aku agak tinggi.. so aku di referkan ke PAC...untuk doctor check detail.. Masa aku di PAC yg mana ada dewan bersalin disitu..aku lihat ramai ibu -ibu yang tengah tunggu turn untuk bersalin. First time..tgk suasana begitu..buat aku makin gemuruh.

akhirnya...perkara yang aku tak mahu..terjadi jugak..bilamana aku diminta untuk masuk wad. Sayu wehh sb aku x bersedia pun.





 
Selama 4 hari 3 malam duk dalam wad...wad yang dipenuhi dengan ibu - ibu yg bersalin serta anak anak syurga.. suara mereka menguatkan jiwa aku dan sesekali melihat anak syurga yang baru lahir membuatkan aku semakin kuat..bau anak anak syurga..manisss je. dari keputusan doctor..aku terpaksa menggunakan insulin untuk menstabilkan gula dalam darah dan akhirnya belajarlah untuk cucuk insulin 4 kali sehari. Aku terima semua ini dengan hati yang tenang. Amanah dari Allah yang ada dalam perut ini..harus aku pertahankan.

pen insulin untuk aku.. free from hospital..

 

Bermulalah perjalanan kehidupan aku yang baru...setiap minggu kena check up.. kena makan berpantang selayaknya sebagai pesakit diabetes ...kena jaga pergerakan..kena jaga emosi takut tekanan darah naik dan macam macam lagi..

memang kadangkala..aku jadi sayu sebab aku penat. tapi setiap kali itulah aku ingatkan pada diri aku.. yang aku yg minta Allah berikan zuriat ..maka Allah makbulkan...maka kena kuat...





semoga amanah yang Allah berikan ini akan selamat aku lahirkan. Semoga Allah lindungi kami berdua ..Insya Allah...


p/s...mohon kawan kawan yang membaca post ini doakan semoga kami selamat dan dilindungi...



xoxo
rfa


Wednesday, August 10, 2016

Nikmat yang diberikan oleh Allah...

Salam..

lama juga aku tidak menulis kat blog ni. dah bersawang dah.. bukan aku xnak cuma idea tu kadang kadang hanya sekerat je..pastu hilang.

lately banyak terfikir tentang kehidupan. Secara individu..pandangan aku pada apa yang aku rasa dan apa yang aku fikirkan. Sebagai hamba Allah..kadangkala kita lupa siapa diri kita..apa lagi kita lupa bahawa kita dipinjamkan nikmat dunia oleh Allah. ..dan andainya Allah nak tarik nikmat tu..kita xde hak untuk menghalang.

aku banyak membaca kisah kisah manusia yang diduga dengan pelbagai dugaan. Paling menakutkan bila dugaan tu Allah tarik nikmat dari kita..nikmat sihat..nikmat rezeki...dan macam macam lagi.

bila dah nak masuk 4series ni...aku rasa takut dan gerun seandainya nikmat yang Allah berikan..ditarik. Maha Suci Allah...so sekarang ni aku berusaha sedaya upaya untuk jaga hubungan aku dengan Allah..paling penting aku berusaha untuk SOLAT di awal waktu. Memang susah nak buat sebab tak biasa. Normally aku selalu melewatkan solat...namun sejak beberapa minggu ni..aku ditimpa satu masalah..hati tak tenang.. sampaikan aku mendapat sakit..tekanan darah..jadi tinggi...masa tu aku punyalah risau..seandainya aku kena stroke sb tiba tiba sebelah lengan sehingga ke jari mula rasa kebas dan tak boleh menggenggam dengan kuat. Masa tu ..aku fikir..Allah dah beri peringatan pada aku..bahawa bila bila masa saja DIA boleh mengambil balik nikmat sihat aku dan masa tu..siapa aku nak halangkan  .

so..aku nekad untuk berubah.. paling utama dalam hidup..adalah SOLAT. Aku mula solat awal waktu ...dan berdoa semoga Allah bantu aku untuk aku berubah . Alhamdullilah..memang Allah  xpernah jauh dari hambaNYA..aku hanya minta Allah mencukupkan keperluan aku didunia..dan Allah berikan aku masa yang banyak untuk keperluan jiwa aku.

Aku tidak pernah anggap bahawa diri  aku ni dah cukup hebat . aku sentiasa cakap pada diri aku..aku ni hamba Allah..maka Allah jualah tempat aku meminta dan mengharap....dan setiap hari selepas solat..aku bicara dengan Allah..mohon agar aku  tergolong dalam golongan hambaNYA yang tahu bersyukur dan jauhi perasaan riak.

Alhamdullilah... hati aku mula tenang kembali..jiwa aku juga seperti terisi.. dan aku harap ianya akan berterusan.


bagi mereka yang masih  trbuai buai dengan nikmat dunia.. harap bolehlah bersama - sama istiqomah ..mulakan dengan SOLAT.. jgn sampai nanti Allah tarik nikmat yg diberikan...subhanallah.

sekadar perkongsian..peringatan diri sendiri....

Seksa Meninggalkan Sembahyang

6 SEKSAAN DI DUNIA

•Allah mengurangkan berkat umurnya
•Allah tidak mempermudahkan rezekinya di dunia
•Allah menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya
•Ia tidak akan mempunyai tempat di dalam Islam
•Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala
•Allah tidak menerima doanya

3 SEKSAAN KETIKA MENGHADAPI MATI

•Orang itu akan menghadapi mati dalam keadaan yang hina
•Mati dalam keadaan yang sangat lapar
•Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun diberi minum dengan banyaknya

3 SEKSAAN SEWAKTU DALAM KUBUR

•Allah akan menyempit kuburnya dengan sesempit sempitnya
•Allah akan menggelapkan kuburnya
•Allah akan menyeksanya sehingga hari kiamat

3 SEKSAAN KETIKA BERTEMU ALLAH

•Di hari Kiamat ia akan dibelenggu oleh malaikat
•Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ihsan
•Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang akan diazab di dalam Neraka dengan azab yang keras

DOSA DAN BALASAN MENINGGALKAN SEMBAHYANG LIMA WAKTU

SUBUH – Sekali meninggalkannya dimasukkan ke dalam Neraka selama 30 tahun di Akhirat (bersamaan 60000 tahun di dunia)

ZOHOR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1000 umat Islam
ASAR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuh Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram, Mekah)
MAGHRIB – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri
ISYAK – Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmatnya.


Semoga Allah lindungi aku , keluargaku dan kawan kawanku...Insya Allah....


xoxo...
rfa...

Sunday, July 3, 2016

Puasa dan raya

Assalamualaikum...

Lama nya x berceloteh disini. Yess...memang bz tapi sering juga nak meluahkan apa yg dirasa ..tentulah disini.

Puasa tahun ni...adalah puasa kedua bersama suami. Kami makin matang dan rasanya puasa kali ini lebih santai. Aku yg memang ada sakit gastric...memang buat persiapan awal...utk hadapinya dibulan puasa. Kalau hari biasa..aku kontrol makan..on time...x pernah miss..so bulan puasa..kena standby ubat.

Tahun ni juga adalah kali pertama sambut raya di kampung bersama en suami. Tahun lepas aku berendam airmata beraya di shah alam..sb en suami keje. Walaubagaimanapun...kami sambut dengan sederhana je. Apa yg penting kami dpt balik beraya...insya allah...

So..utk kawan kawan...selamat hari raya..maaf zahir dan batin..

Ikhlas dari
Rfa n suami...

xoxo.....

Thursday, May 5, 2016

isu anak..bukan isu baru

salam,

dah lama benor x menulis..kali ni memang terasa sangat nak menulis sebab aku nak clearkan apa yang terasa di hati..maklumlah..aku ni dah senjakala..mudah sensitive..hahaha

isu pasal anak..memang satu isu yang boleh dikatakan sensitive sebab dalam dunia ni mana ada perempuan yang x nak anak. Aku pernah berkahwin..dan sepanjang itu pun aku tidak dikurniakan oleh anak..oleh yang demikian..semasa tempoh perkenalan dengan en suami..aku memang dah cakap bahawa aku ni seorang perempuan yang di duga Allah..dengan anak. dan berkali kali juga aku jelaskan tentang anak dan aku nak en suami buat keputusan yang tepat. Alhamdullilah..en suami menerima aku dengan seadanya...

AKU TIDAK SUKA orang bertanyakan perihal anak pada aku. Kerana aku tidak ada jawapan tentang soalan itu. Allah menguji aku, sebab aku ni hamba DIA so aku tidak merasakan bila x de anak...aku ni hina dina di mata Allah.

Sebenarnya aku tidaklah merasa sedih or marah bila orang Tanya cuma aku tidak mampu bagi jawapan pada soalan itu dan soalan itu seolah olah menunjukkan aku ni CACAT..sebab x bole beranak..hahahahah..

 Anak adalah rezeki Allah. DIA Maha Berkuasa..dan sebagai hambaNYA..aku redha. Susah tau nak redha. Allah menguji aku dan en suami kerana DIA sayangkan kami. Pada yang bertanya..tak terfikir ke yang bila kamu mempersoalkan tentang anak pada aku..seolah kamu mempertikaikan kuasa Allah? Hebat sangat ke kita ni nak mempertikaikan kuasa Allah? Kenapa kita nak sibuk , nak ambik alih tugas Allah..?

Walaupun aku dan en suami tidak diberi anak..tapi kami bahagia. Apa lagi en suami , seorang lelaki yang sabar..bahkan aku rasa dia lelaki yang boleh jadikan aku permaisuri. Melayan semua kehendak aku dan paling penting dia cukupkan apa yang aku kurang. Kebahgiaan ini adalah kurniaan dari Allah.. dan aku bersyukur sangat sangat. Setiap dari kita diberi dugaan masing  masing so..dari duk pk masalah aku yang x boleh beranak ni..baiklah korang pk macamana nak atasi dugaan korang..ataupun pk camna nak tambah pahala untuk dibawa bekalan ke akhirat.

Mungkin bagi sesetengah orang..duk sibuk pasal anak adalah satu perkara yang biasa dibuat tapi dari duk sibuk tanya pasal anak ..baik doakan aku dan suami..dipermudahkan urusan.

aku maafkan mereka yang sibuk pasal kehidupan aku. Kesian mereka mereka nih...maybe kehidupan mereka tak seperti yang aku rasa. Aku maafkan mereka ..kerana nak dapat redha Allah..dan paling penting dengan memaafkan orang..hati aku tenang.

semoga dengan penjelasan ini..korang semua paham..aku sendiri tak pernah nak mempertikaikan apa apa ...dan harap sangat JANGAN SIBUK HAL ORANG LAIN...JAGA HAL SENDIRI LAGI BAIK..


xoxo
rfa...

Tuesday, January 26, 2016

Perkara yang baik di awal tahun 2016

Salam...

masih belum terlambat untuk mengucapkan salam tahun baru . Kesibukan awal tahun , ditambah dengan kehadiran mama tercinta di rumah adik membuatkan aku bz memenuhi kehendak mama. Aku tidak akan lepaskan peluang untuk mencari saham akhirat..berbakti untuk mama...hehe

di awal tahun 2016..ada beberapa perkara baik yang berlaku pada aku..antaranya :

1. Kelahiran anak buah lelaki..uwais mikail..anak adik aku. Mama adalah org yang paling gembira kerana dia sentiasa menginginkan cucu lelaki.

2. Borang permohonan pertukaran ke Kelantan telah di tandatangani oleh Tuan Pengarah..setelah beberapa kali asyik x jadi..

3. Mendapat tawaran melanjutkan pengajian di peringkat sarjana/master di UITM. Memang ini adalah perkara baik yang tidak aku jangkakan kerana aku merasakan permohonan aku tempohari tidak lengkap dan seriously aku tidak bersedia. Siapa sangka..target perancangan pengajian aku..bermula diploma hingga Sarjana...masih dalam laluan perancangan selama 10 thn..subhanallah...Pada mulanya aku bercadang untuk cuba memohon pengajian ke luar Negara namun disebabkan masalah mata wang..aku terpaksa abaikan impian itu. xperlah..dah dapat dalam negeri pun dah mujur..syukur.

Dalam duk bincang dengan kawan kawan dan family..terutama en suami..aku membuat keputusan untuk menerima tawaran itu...dan seandainya aku dapat tukar..maka aku akan berulang alik dari Kelantan ke shah alam...tempoh pengajian adalah selama 2 tahun..insya allah..

4. Bercuti selama seminggu, balik kampong..dan plan aku untuk menyiapkan bhgn rumah di kampong..telah berjaya..

5.en suami mendapat kerja baru..alhamdullilah


Aku berharap banyak lagi perkara yang baik muncul di tahun 2016. Semoga Allah memberkati apa yang telah aku dan en suami usahakan..


xoxo
rfa

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....