Wednesday, August 10, 2016

Nikmat yang diberikan oleh Allah...

Salam..

lama juga aku tidak menulis kat blog ni. dah bersawang dah.. bukan aku xnak cuma idea tu kadang kadang hanya sekerat je..pastu hilang.

lately banyak terfikir tentang kehidupan. Secara individu..pandangan aku pada apa yang aku rasa dan apa yang aku fikirkan. Sebagai hamba Allah..kadangkala kita lupa siapa diri kita..apa lagi kita lupa bahawa kita dipinjamkan nikmat dunia oleh Allah. ..dan andainya Allah nak tarik nikmat tu..kita xde hak untuk menghalang.

aku banyak membaca kisah kisah manusia yang diduga dengan pelbagai dugaan. Paling menakutkan bila dugaan tu Allah tarik nikmat dari kita..nikmat sihat..nikmat rezeki...dan macam macam lagi.

bila dah nak masuk 4series ni...aku rasa takut dan gerun seandainya nikmat yang Allah berikan..ditarik. Maha Suci Allah...so sekarang ni aku berusaha sedaya upaya untuk jaga hubungan aku dengan Allah..paling penting aku berusaha untuk SOLAT di awal waktu. Memang susah nak buat sebab tak biasa. Normally aku selalu melewatkan solat...namun sejak beberapa minggu ni..aku ditimpa satu masalah..hati tak tenang.. sampaikan aku mendapat sakit..tekanan darah..jadi tinggi...masa tu aku punyalah risau..seandainya aku kena stroke sb tiba tiba sebelah lengan sehingga ke jari mula rasa kebas dan tak boleh menggenggam dengan kuat. Masa tu ..aku fikir..Allah dah beri peringatan pada aku..bahawa bila bila masa saja DIA boleh mengambil balik nikmat sihat aku dan masa tu..siapa aku nak halangkan  .

so..aku nekad untuk berubah.. paling utama dalam hidup..adalah SOLAT. Aku mula solat awal waktu ...dan berdoa semoga Allah bantu aku untuk aku berubah . Alhamdullilah..memang Allah  xpernah jauh dari hambaNYA..aku hanya minta Allah mencukupkan keperluan aku didunia..dan Allah berikan aku masa yang banyak untuk keperluan jiwa aku.

Aku tidak pernah anggap bahawa diri  aku ni dah cukup hebat . aku sentiasa cakap pada diri aku..aku ni hamba Allah..maka Allah jualah tempat aku meminta dan mengharap....dan setiap hari selepas solat..aku bicara dengan Allah..mohon agar aku  tergolong dalam golongan hambaNYA yang tahu bersyukur dan jauhi perasaan riak.

Alhamdullilah... hati aku mula tenang kembali..jiwa aku juga seperti terisi.. dan aku harap ianya akan berterusan.


bagi mereka yang masih  trbuai buai dengan nikmat dunia.. harap bolehlah bersama - sama istiqomah ..mulakan dengan SOLAT.. jgn sampai nanti Allah tarik nikmat yg diberikan...subhanallah.

sekadar perkongsian..peringatan diri sendiri....

Seksa Meninggalkan Sembahyang

6 SEKSAAN DI DUNIA

•Allah mengurangkan berkat umurnya
•Allah tidak mempermudahkan rezekinya di dunia
•Allah menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya
•Ia tidak akan mempunyai tempat di dalam Islam
•Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala
•Allah tidak menerima doanya

3 SEKSAAN KETIKA MENGHADAPI MATI

•Orang itu akan menghadapi mati dalam keadaan yang hina
•Mati dalam keadaan yang sangat lapar
•Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun diberi minum dengan banyaknya

3 SEKSAAN SEWAKTU DALAM KUBUR

•Allah akan menyempit kuburnya dengan sesempit sempitnya
•Allah akan menggelapkan kuburnya
•Allah akan menyeksanya sehingga hari kiamat

3 SEKSAAN KETIKA BERTEMU ALLAH

•Di hari Kiamat ia akan dibelenggu oleh malaikat
•Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ihsan
•Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang akan diazab di dalam Neraka dengan azab yang keras

DOSA DAN BALASAN MENINGGALKAN SEMBAHYANG LIMA WAKTU

SUBUH – Sekali meninggalkannya dimasukkan ke dalam Neraka selama 30 tahun di Akhirat (bersamaan 60000 tahun di dunia)

ZOHOR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1000 umat Islam
ASAR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuh Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram, Mekah)
MAGHRIB – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri
ISYAK – Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmatnya.


Semoga Allah lindungi aku , keluargaku dan kawan kawanku...Insya Allah....


xoxo...
rfa...

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....