Thursday, December 27, 2012

my famili part 2

salam..

my next activiti dengan anak anak buah ialah di kolam renang. aku beria -ia check in hotel semata-mata untuk bermain-main dengan icha dan sara serta menghabiskan masa bersama mereka...




sara teruja berada di bilik hotel


teruja bila dapat botol air..
icha siap utk mandi kolam

sara yang excited


sara...


icha yang takut air


me , sara n icha


sara n i-shu


sebelum meninggalkan kolam


sara tgh pujuk icha yang meraung

mama yang terjerit jerit mengawal anak anak
Seharian bersama mereka...kepuasan sebab mandi kolam dan sara..sambung berendam dalam bath tub kat bilik..hahaha..



my famili part 1

salam,

agak lama tidak mengupdate blog..akibat kesibukan yang terlampau. Tapi kali ini aku nak update pasal aktiviti aku bersama anak anak buahku yang comel comel dan very de nakal..haha..aku rasa melayan kerenah mereka seolah-olah melayan karenah 10 orang budak..usik mengusik, merajuk, menangis dan segala-galanya.

Part 1...aktiviti di SPACE U8.. which is first time for them...hahahaha

mama,icha n sara..tiga dara pingitan



sara yang suka posing


my sweet icha


pak su aka i-shu


makan tak pandang kiri kanan..


my menu..

mama n icha


Monday, December 17, 2012

Berusaha mengawal emosi...satu kemenangan

Salam,
entah kenapa selepas solat subuh pagi tadi, tiba-tiba idea untuk aku menulis blog muncul, tak pasti sama ada doaku pagi tadi dimakbulkan ataupun kerana mood akibat melihat cerita sedih di TV3 malam tadi membuatkan hati aku sayu sangat..dan terbawa -bawa ke hari ini.
Hari ini aku nak bercerita tentang EMOSI yang mana satu perkara yang ada dalam setiap manusia.Emosi ada banyak jenis dan sesiapa yang boleh kawal perasaan/emosi merupakan seorang yang hebat kerana untuk mengawal emosi dia turut mengawal pemikirannya. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku seorang yang melalui banyak peringkat umur..Dari aku kanak –kanak sehingga dewasa, aku mengenal emosi ku dan belajar untuk menjadi seorang yang tidak beremosi terlampau.
Dalam keluarga, aku terkenal dengan sikap pemarah yang terlampau ( diwarisi oleh sikap arwah ayah yang garang) dan tidak sabar, sikap mudah merajuk dan tegas . Rata –rata ahli keluarga tahu akan sikap aku dan mereka sebolehnya tidak akan mengusik emosi aku dan berusaha untuk menyembunyikan apa saja yang boleh membangkitkan kemarahan aku kerana mereka semua tak nak layan kerenah aku..perangai aku yang panas baran dulu hinggakan apabila aku marah..seluruh barang rumah akan aku campak merata untuk lepaskan kemarahan aku ( ingat lagi tak mr.ijam?) Ada kawan rapat aku bertanya, macamana nak kawal emosi , kawal kemarahan yang mana aku rasa ianya di sertakan dengan hasutan syaitan. Antara cara yang aku praktikkan adalah
a.       Wuduk -Apabila kemarahan melampau melanda,  cepat cepat ambik wuduk.. kita akan dapat rasakan kesejukan air wuduk itu mampu menghapuskan perasaan marah tersebut;
b.      Solat- apabila emosi tidak stabil, solat adalah jalan terbaik untuk bertenang. Mohon pada Yang Maha Esa..
c.       Luahkan – cari kawan yang betul betul ‘ good listener’ , yang boleh menyejukkan hati bukan menambahkan rasa marah di hati.
Kesannya apabila semakin aku dewasa, semakin aku kenal diri dan tahu untuk mengawal emosi dan kini, aku rasa aku berjaya 90% mengawal emosi aku..Cuma kalau aku dengan daddy or scandal scandal aku, emosi aku berlainan.
Kesimpulannya..apabila kita dah bertambah dewasa..kita harus belajar mengawal emosi.. tak kira lah apabila berdepan dengan apa jua masalah. Jangan sampai orang kata umur dah 30an or 40 an tapi perangai macam budak budak dan emosi terlampau  Apabila berlaku sesuatu, jangan cepat melatah dan asyik nak menyalahkan orang lain..cuba muhasabah diri..mungkin kesilapan itu datangnya dari kita sendiri. Kadangkala umur juga bukanlah menjadi ukuran melihat kematangan seseorang dalam mengawal emosi. ada yang muda dari segi umur tetapi matang dari segi pemikiran dan ada yang tua dari segi umur tetapi tidak matang dari segi pemikiran.

nota: aku harap...aku dapat mengawal emosi aku dengan jayanya...!!!!

Friday, December 14, 2012

Plan x jadi...kesian daddy

Salam...

Bila dpt call dari dubai..tiada lain mesti dari daddy..n yg paling aku bengang dia masih tak dpt balik.still kat dubai...ada urusan belum settle.
Aku x nk marah marah cuma plan dia nk menetap duk malaysia kena postponed..Hatiku rasa sayu gak sb daddy tu bukannya sihat sgt..n bila dia ckp yg dia baru je kuar wad..aku rasa risau...Tapi aku tersenyum lebar bila dapat dgr suara dia...hilang rindu padanya...dihujung perbualan..ucapan rindu tidak lekang dari bibirnya...i miss u too.
Daddy maklumkan dia akan balik ke malaysia bulan februari or mac...x sbr nk jumpa..

Nota:sori sesapa yg baca...hehe terjiwang sekejap

Wednesday, December 12, 2012

perancangan cuti hujung tahun

salam...
dalam aku sibuk dengan urusan compile bajet..aku sempat lagi berfikir nk pergi bercuti..hahaha..ada beberapa destinasi yang telah aku listkan tapi semuanya masih dalam perancangan...sehingga aku dah booking hotel or beli tiket..maka aku tak tahu mana nak aku pilih..yang penting style backpackers menjadi pilihan (senang dan jimat)

antara destinasi aku plan:

1. melaka..sentiasa menyukai melaka

2. penang ...sesi menjejaki kawan baik aku

3. pulau pangkor..menikmati keindahan pantai dan sunset

4. port dickson..

5. kelantan..balik berehat di kampung..



so..sehingga saat aku menulis ni..aku masih tidak tahu kemana destinasi percutian aku..harap harap aku tetap pendirian..


nota: sekali...aku just lepak n tidur dirumah..hahahaha

Sunday, December 9, 2012

sepetang bersama Mr. Ijam

salam hari minggu..

hari ini aku update blog aku di restoran mamak..ALRAFI..bersama mr.Ijam..aka my exhubby. Lama tak lepak dengan dia..apatah lagi dia sibuk dengan kerja barunya. Aku masih berkawan baik dengan dia sebab aku masih sayang dia .

opsss...jangan salah anggap k..aku sayang dia sebagai seorang yang pernah hidup dalam hidup aku dan sikap dia yang masih ambil berat terhadap aku. Dia akan menjadi pendengar yang setia di kala aku menangis dan dia jugalah yang akan memberi komen tentang apa saja yang aku lakukan. Jodoh kami tak panjang tapi tak semestinya aku dan dia ttidak boleh berkawan. Lagipun dia adalah kesayangan mama...bahkan aku rasa mama lebih sayangkan dia dari aku..hahah...

seronok sesekali keluar dengan dia kerana dia akan memenuhi setiap kehendak aku...malah dia akan sentiasa buat aku ketawa n im happy with that. ok..lupa lak..dia dah berkahwin semula dan sudah mempunyai seorang anak lelaki.

cuma..kami ditakdirkan tidak bersama dan jodoh kami tidak lama...tapi aku tahu antara kami..saling ambil berat n paling tidak aku ada seorang lelaki yang akan sentiasa ada untuk aku..dikala aku susah atau senang. andainya semua lelaki dalam dunia ini tak suka aku..aku tetap ada dia disisi aku..hahahah...


nota: aku berharap satu hari aku ada anak perempuan dan aku akan berbesan dengan dia...

Monday, December 3, 2012

kenapa perlu jadi begini?

salam..

Mood pagi isnin..malasnya..hahah.. hari ni aku nak citer pasal satu peristiwa di Tesco Extra, Shah alam . Aku dan ladyboss suka sangat beli barang kat situ sebab Tesco extra ni besar dan tak crowded..so..kami pun membeli belah..hahah..beli air mineral je pun..tapi botol besar..apabila tiba nak membayar..kami menghadapi masalah kerana kaunter yang di buka hanya empat saja sehinggakan kami kena beratur panjang. aku lihat ramai yang membeli barang di tesco extra untuk belian pukal dan banyak . macam kami berdua ni..barang barang di beli less than 10 item..tapi kaunter itu pun penuh dengan customer yang more than 10..hahaha

nasib baik aku dan ladyboss tak de la rushing ..so kami layankan je cuma aku jadi hairan..sepatutnya pihak pengurusan tesco harus lah mengambil langkah yang bijak untuk menyelesaikan masalah ini sb kaunter yang ada more than 10 tapi yang buka hanya 4 sahaja. Ini akan mengundang ketidak puasan hati mereka yang beratur lama. Selepas aku dan ladyboss punya turn..tiba tiba..kaunter yang kitaorang guna tu..nak di tutup..sehingga ada seorang customer lelaki merungut dan bertanya kenapa macam ni sedangkan dia dan yang lain lain beratur lama..jawab si cashier...saya pun kena balik juga..dari pagi kerja..
disini memang la x leh salahkan si c ashier sb keje sebegini sepatutnya ada jadual keje. cuma di sini aku nak cadangkan beberapa langkah yang boleh dipertimbangkan oleh tesco sekiranya x nak kehilangan customer...

1. buka kaunter lebih sikit apabila waktu waktu puncak..terutamanya hari minggu sebab ramai yang akan membeli belah pada ketika itu.

2. kaunter untuk less than 10 sepatutnya diberi keutamaan dan ketegasan sikit pada mereka yang membeli banyak tapi ke kaunter tersebut.

3. pertukaran shift cashier perlu di lakukan cepat supaya tak de yang mengamuk apabila dah penat beratur bila tiba turn ..kena ke kaunter lain..dan beratur lagi...


harap tesco memandang serius perkara-perkara sebegini....

suasana jem di 4 kaunter Tesco Extra, shah alam




nota:  lebih suka hypermarket giant...

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....