Monday, December 3, 2012

kenapa perlu jadi begini?

salam..

Mood pagi isnin..malasnya..hahah.. hari ni aku nak citer pasal satu peristiwa di Tesco Extra, Shah alam . Aku dan ladyboss suka sangat beli barang kat situ sebab Tesco extra ni besar dan tak crowded..so..kami pun membeli belah..hahah..beli air mineral je pun..tapi botol besar..apabila tiba nak membayar..kami menghadapi masalah kerana kaunter yang di buka hanya empat saja sehinggakan kami kena beratur panjang. aku lihat ramai yang membeli barang di tesco extra untuk belian pukal dan banyak . macam kami berdua ni..barang barang di beli less than 10 item..tapi kaunter itu pun penuh dengan customer yang more than 10..hahaha

nasib baik aku dan ladyboss tak de la rushing ..so kami layankan je cuma aku jadi hairan..sepatutnya pihak pengurusan tesco harus lah mengambil langkah yang bijak untuk menyelesaikan masalah ini sb kaunter yang ada more than 10 tapi yang buka hanya 4 sahaja. Ini akan mengundang ketidak puasan hati mereka yang beratur lama. Selepas aku dan ladyboss punya turn..tiba tiba..kaunter yang kitaorang guna tu..nak di tutup..sehingga ada seorang customer lelaki merungut dan bertanya kenapa macam ni sedangkan dia dan yang lain lain beratur lama..jawab si cashier...saya pun kena balik juga..dari pagi kerja..
disini memang la x leh salahkan si c ashier sb keje sebegini sepatutnya ada jadual keje. cuma di sini aku nak cadangkan beberapa langkah yang boleh dipertimbangkan oleh tesco sekiranya x nak kehilangan customer...

1. buka kaunter lebih sikit apabila waktu waktu puncak..terutamanya hari minggu sebab ramai yang akan membeli belah pada ketika itu.

2. kaunter untuk less than 10 sepatutnya diberi keutamaan dan ketegasan sikit pada mereka yang membeli banyak tapi ke kaunter tersebut.

3. pertukaran shift cashier perlu di lakukan cepat supaya tak de yang mengamuk apabila dah penat beratur bila tiba turn ..kena ke kaunter lain..dan beratur lagi...


harap tesco memandang serius perkara-perkara sebegini....

suasana jem di 4 kaunter Tesco Extra, shah alam




nota:  lebih suka hypermarket giant...

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....