Tuesday, June 25, 2013

Jerebu di hati

Salam...

Aku baru berkesempatan untuk menulis di blog kesayangan aku..setelah melalui hari hari yang agak menyedihkan..dan menyakitkan hati. Biarlah ianya berlalu dengan tenang. Rata-rata sekarang duk citer pasal jerebu yang melanda diseluruh malaysia...hmmm dugaan dari Allah sebenarnya....semoga jerebu yang melanda akan cepat hilang..

Seminggu yang terlalu menyakitkan apabila aku dapat tahu bahawa ada org yg cemburu dengan apa yang aku ada dan kelebihan yang aku ada. Terjerut rasa dihati bila mendengar kata kata itu kerana aku bukanlah seorang yang hebat yang harus dicemburui..kerana aku ada banyak kurangnya...terutama dari segi fizikal aku...dan sesungguhnya aku bersyukur dengan  keadaan diri aku..kerana masih ramai lagi yang tidak bernasib baik. Aku memiliki sebuah keluarga yang bahagia...ada mama yang sentiasa menyokong aku dan sentiasa mendoakan aku...aku ada adik beradik yang rapat...memiliki sahabat yanb ada di kala susah dan dikala senang...memiliki kawan kawan lelaki yang sentiasa ada untuk aku...mendengar keluh resah aku dan yang paling penting dua  beradik yang cukup aku sayang ..anak anak aku sara dan icha...sumber inspirasi aku untuk aku terus hidup...aku nak lihat mereka membesar...mahu menjadi penyokong mereka...mahu mendengar citer citer mereka di sekolah rendah, sekolah menengah,universiti,alam percintaan,...kehidupan selepas kawin...sekiranya diizinkan oleh ALLAH...

Utk kawan yang menyimpan perasaan benci pada sikap aku terhadap lelaki, menyampah dengan status status aku di fb, dan sikap cemburu tentang perhatian lelaki pada aku...walhal..aku adalah wanita didalam golongan tidak cantik...disini aku ingin titipkan tips untuk menambat hati lelaki...yang aku praktikkan dan alhamdullilah..ianya menjadi...cuma kena yakin diri...

1. Sentiasa bercakap lemah lembut dan sopan...jgn tinggi suara dengan lelaki ...itu kepantanganya..

2. Sentiasa menjadi pendengar yang setia pada dia...lelaki suka wanita yang suka mendengar permasalahannya...

3. Jangan tunjuk pandai dengan lelaki...walaupun kita tahu perkara itu...tapi biarkan lelaki yang menonjol...kerana lelaki suka diangkat sebegitu..

4. Manja...kalau tak boleh bersifat manja..cuba perlahan lahan...takut nanti lelaki cop mengada ngada

5. Open minded...tapi biar bertempat...jgn mudah prejudis tentang apa yang dikatakan oleh lelaki..

6. Jangan bossy , jangan memaksa maksa.,..jgn mengarah ngarah lelaki....kerana itu berkait dengan ego seorang lelaki..

7. Jangan membebel...

8. Bersifat jinak merpati...dengan lelaki kerana ego lelaki..makin susah nak dekati makin dia akan berusaha mendapatkan kita...

9. Sentiasa berperwatakan menarik...kemas, pakaian yang bersesuaian, wangi...

10.berkawan dengan lelaki itu dengan ikhlas, anggaplah..andai ada restu dari Allah..maka adalah jodohnya...

Inilah perkara perkara yang aku ingatkan pada diri aku...tatkala berkawan dengan lelaki...insya allah...

So...bg yg tertanya tanya camna la aku mudah didekati lelaki...jawapannya  selain tips kat atas tu...ianya kerana aku juga seorang yang peramah dan slumber...berkawan dan terus berkawan...

Aku harap...pada mereka yg cemburu pada aku...hentikanlah perasaan itu kerana..bila kita cemburu pada seseorang...hati kita tak akan tenang...ingatlah...bila hati x tenang...seluruh hidup kita juga sama..bermuhasabah diri itu adalah lebih baik dan yang pasti...kalau  kita rasa kita ni malang...ada lagi yang malang dari kita...ingatlah...

Pssstt...tak salah berubah diri kalau untuk kebaikan....

Pssttt...selamat malam kekasih kekasihku....luv u all

Xoxo...rfa

Wednesday, June 19, 2013

Bila hati gundah gulana

Salam...

Tujuan aku menulis blog adalah kerana aku suka menulis...suka berkarya...dan ianya memberikan aku idea untuk aku menulis dan terus menulis. Walapun ada yang tak suka aku menulis atau menyatakan apa saja yang terlintas di hatiku...namun ianya  tidak mematahkan semangat aku untuk menulis di blog ini.

Sudah hampir 5 hari aku tidak dapat tidur ngan lena...mata memang dah ngantuk , badan dah cukup penat, namun otak aku masih memaksa aku untuk terus berjaga....akibatnya..aku jadi letih yang teramat sangt.

Hakikatnya...banyak perkara yang berlegar di fikiran aku. Jujurnya...aku sunyi...kalau dulu, walaupun exhubby selalu tiada disisi namun apabila dia ada...aku mampu untuk bercerita tentang stress,tentang kesedihan aku...tentang segala-galanya..namun..

Aku menerima takdirku...aku menerima dugaan yg ada..malah aku tidak pernah kurang dari segi  kasih sayang seorang lelaki dalam hidup aku...namun lelaki lelaki itu semuanya milik orang lain...dan aku dilihat sebagai perampas kasih sayang..padahal aku hanya mahu menumpang kasih mereka..sayangnya...lelaki lelaki ini....hanya dapat melihat aku dikala aku ketawa..dan tidak melihat titisan airmata aku dikala aku sedih....

Mungkin inilah balasan dari Nya..kerana aku byk melukakan hati orang...banyak menyusahkan hidup org lain..dan hakikatnya aku harus SABAR dan redha...

Psssttt...cinta pada lelaki tidak ada gunanya..

Psstttt...harap dpt tidur lena lepas ni

Xoxo...rfa

Monday, June 17, 2013

review buku : "act like a lady..think like a man" - part 2

salam...

aku nak sambung review buku yang aku telah baca sb banyak perkara yang berguna yang boleh di jadikan pengajaran...

6. pandangan lelaki terhadap jenis perempuan
    a.  jenis perempuan yang untuk dijadikan mainan  - "ikan toman"
- perempuan jenis yang tiada peraturan
- perempuan yang jnis tidak berkehendak
- perempuan yang jenis tiada garis panduan
- perempuan yang tak perlu hormat diri sendiri

b. jenis perempuan yang dijadikan belaan - "ikan kelisa"

- perempuan yang jual mahal
-perempuan yang tahu dan jelas apa yang diperlukan
- perempuan yang mempunyai standard tersendiri
- perempuan yang perlu dihormati...

7. kenapa lelaki curang...

- tiada kepuasan seks;
- mahu jadi diri sendiri.. tidak dapat buktikan diri sendiri apabila bersama isteri;
-tiada kemesraan yang dahulu dilakukan oleh si isteri( suasana rumah, layanan dari isteri, emosi);
- sememangnya lelaki itu nak curang..tanpa ada alasan..

8. (5) soalan yang perlu dikemukan oleh lelaki

   a. Apakah matlamat jangka pendek?

  b. Apakah matlamat jangka panjang ?

 c. Apakah pandangan kamu tentang perhubungan?

 d. Apakah SAYA pada fikiran kamu?( Selepas beberapa kali keluar date)

 e. Apakah perasaan kamu pada saya?

9. Peraturan 90 hari:

 - Tabiat lelaki akan jelas dalam tempoh 90 hari...perangai baik or perangai buruk akan terpapar..
- wanita ada KUASA untuk berkata tidak @ ya sekiranya di goda oleh lelaki
- ada KUASA untuk membuat lelaki menunggu, membuktikan dia layak untuk dapat CINTA kamu

Cuba tgk respon lelaki sekiranya:-

- apakah reaksi lelaki bila kamu beritahu masalah
- bagaimana reaksi dia bila kamu berada di bawah tekanan
-apakah reaksi dia bila  menerima berita buruk
-apakah reaksi dia bila kamu menolaknya...

ini yang aku dapat review tentang buku tersebut. Aku harap ..kekawan yang masih dalam mood bercinta..leh la praktikan apa yang di katakan dlam buku ini...happy reading..


xoxo rfa...

review buku: "act like a lady..think like a man" - part 1

Salam...
Malam tadi ...aku tidak dpat tidur...penat bergolek-golek, mandi, minum susu...semuanya dh buat...tapi x jugak dpt tidur...akhirnya...aku ambik satu buku...tajuknya.."act like a lady...think like a man.."penulisnya  STEVE HARVEY...siap leh wat review note tentang buku tu...oklah. nak share ngan u all beberapa tips...tentang lelaki dan perempuan yang tertulis dlm buku itu. Aku tidak ambik semua sekali sebagai panduan namun ambik yang penting penting saja...

1. Lelaki adalah ...tidak cerewet, tidak kompleks, mudah..

2.  Cinta lelaki adalah...
     
-Jika lelaki itu syg n cinta pd seorg wanita..dia akan memberi kedudukan dihatinya...cthnya..bila bertemu dengan kekawan/saudara mara , dia akan memperkenalkan kamu sbg teman wanitanya...

-Jika hubungan itu sudah 90 hari...namun si lelaki tidak bersedia utk membawa si wanita bertemu parent dia...maka wanita itu haruslah  bersedia  mencari cinta yang baru...

- Lelaki yang sejati tidak akan abaikan nafkah zahir n batin..

- Lelaki sejati akan beri perlindungan terhadap wanita yg dia sayang..


3. 3 perkara yg diperlukan oleh lelaki..dari wanita kesayangannya..

       i.   Dorongan - lelaki perlu kata kata dorongan ...ucapan semangat dari wanita  
            kesayangannya...jgn asyik nak condemn suami @bf...

       ii. Kesetiaan -bagi lelaki..cinta adalah setia...sentiasa ada di waktu susah n senang...

      iii. Seks - bagi lelaki seks adalah ekspresi cinta..

4. Lelaki adalah seorg yg akan menyelesaikan pelbagai masalah...dan boleh menjadi pendengar yg setia pada wanita kesayangannya.

5. Sikap lelaki terhadap perempuan yg disuka...yang akan dijadikan pasangannya..

-lelaki itu akan berbicara tentang minat/keinginan/masa depan dengan kamu..
-lelaki itu akan sentiasa ikut peraturan kamu dan berhati hati menjaga hati kamu
-Dlm tempoh 24 jam berkenalan, dia akan call dan tunjuk minat pd kamu
-lelaki itu akan bayar untuk dinner date
-lelaki itu akan sentiasa ada untuk menyenangkan kamu..sentiasa call...dtg on time, sentiasa sms..
-lelaki akan bawa wanita kesayangannya kerumah , bertemu dengan keluarga dan saudara maranya..
- lelaki itu akan bersetuju untuk hadir ke majlis majlis yang berkaitan dengan kamu
-lelaki itu akan selesa dengan ahli keluarga , anak(jika ada)
- Lelaki itu mampu sara dan lindung kelurga beliau
-lelaki itu mahukan hubungan yang esklusif .. the only one..







psssstttt....mengenal lelaki...huhuhu

xoxo..rfa
 

Tuesday, June 11, 2013

peringatan untuk segelintir kaum lelaki...

salam...

kalau ikutkan tajuk entri aku..pastinya seolah olah aku membenci lelaki namun hakikatnya aku hanya ingin memberi peringatan kepada segelintir kaum lelaki yang mana telah membuatkan kaum perempuan seperti kami ini merasa tersiksa dan merana.

kenapa aku berkata begitu...? oklah..aku mendapat berita bahawa seorang rakan baik aku diceraikan kerana suaminya sudah tidak ada perasaan padanya. nampak cam cliche namun hakikatnya suaminya tidak ada perasaan terhadap dia kerana suaminya itu rupanya bernaluri perempuan..masa aku mendengar cerita itu, aku menangis kerana aku tidak sangka..majlis perkahwinan yang gilang gemilang, walaupun aku tidak menghadirinya namun melihat melalui facebook..aku melihat akan kegembiraan terpancar di wajah mereka..

kenapa harus jadi begitu? kalau dilihat..aku mengagak yang bekas suaminya sememangnya tidak berminat pada perempuan dari mula lagi malah dia sebenarnya bernalauri perempuan dan  mahu menjadi perempuan..dan perkahwinan itu adalah experimen untuk dia bagi  menentukan sama ada benar atau tidak perasaan yang ada dalam dirinya.

Apa yang aku marah dan kesalkan adalah kerana lelaki itu pentingkan diri sendiri kerana membuatkan rakan aku merana. Tidak dapat aku bayangkan betapa tersiksa dirinya zahir dan batin. Ada suami namun tidak di endahkan.
Aku juga mempunyai kawan kawan GAY..dan bagi aku itu adalah pilihan yang telah dibuat dan aku tidak pernah prejudis tentang mereka..namun aku tidak suka bila perkahwinan dijadikan mainan dan percintaan itu adalah palsu.

untuk kaum lelaki yang memang tak minat dengan perempuan, yang ingin jadi perempuan, aku berharap..u all jangan la nak jadikan perkahwinan itu satu eksperimen, jangan nak jadikan perkahwinan itu satu tabir untuk cover diri u all yang berbeza dari lelaki lain. Be brave..kalau dah nak jadi gay..then just be what u want to be, jangan la aniaya perempuan kerana berlainan nafsu.

peringatan ini adalah untuk diri aku dan untuk aku jadikan salah satu kisah dalam hidup aku. Aku berharap rakan baik aku..akan jadi tabah dan sabar dalam menghadapi kehidupan ini. Aku juga berharap dia akan bertemu dengan lelaki yang jauh lebih baik dari lelaki yang membuat dia begitu.



psssttt..lelaki sekarang ni susah nak kenalpasti..suka perempuan ke suka lelaki..hahaha..jgn mare ye..

pssttt...aku bersyukur kerana lelaki- lelaki yang menjadi milik aku semuanya tulen...aminn

xoxo...rfa...

Friday, June 7, 2013

Kenapa dia?

salam jumaat...

sepanjang hari..aku asyik dengar lagu.."rindu- agens monica" ..yes..i'm inlove dan aku memang kerinduan sangat sangat. sampaikan sesekali aku menangis..giler kan...last week..8 jam bersama..makan , berjalan jalan, sesi luahan hati masing masing...sampailah tiba masa kami berpisah seketika..tak sabar nak tunggu dia pulang..

kenapa aku suka dia ?
kerana perhubungan kami yang unik..walaupun dia berstatus suami kepada isterinya..namun bila dia bersama dengan aku..dia adalah milik aku sepenuhnya...seluruh dirinya..adalah milik ku tatkala kami bersama menghabiskan masa bersama..

kenapa aku rindu dia?
 kerana dia satu -satunya lelaki yang memberi kenangan yang terindah pada ku..kami sama sama mempunyai fikiran yang sama..kekadang bila aku bbm dia..in the same time dia akan bbm aku..

kenapa aku pilih dia ?
sebab dia manjakan aku..dia layan semua kerenah aku dengan baik..he can handle me well...dia seorang yang cerewet seperti mana aku cerewet..dia suka buat suprise..ayat ayat cintanya membuatkan aku lupa bahawa dia adalah milik orang lain

cinta ? kami masih berada dalam hubungan yang selamat..masing masing saling memerlukan namun cinta itu bukanlah agenda utama kerana kami tahu apa yang kami perlukan antara satu sama lain. aku tidak pernah menyuruh dia meninggalkan isterinya kerana aku tahu itulah kebahgiaannya apatah lagi dia sudah mempunyai seorang anak perempuan yang comel...namun aku juga berharap dia tidak meninggalkan aku kerana i need him badly...

saat ini, aku tidak mahu fikirkan tentang kesedihan akan datang kerana aku hati aku sedang diubati oleh dia..so aku menerima dia dengan hati terbuka..walau sesibuk mana pun dia..walau jauh dia disana, walau dia berada bersama isteri dan anak ..hakikatnya..dia tetap milik aku ...hahahah..jiwang siot!!!

sayang...Z.I

Getaran dihatiku
Yang lama haus akan belaianmu
Seperti saat dulu
Saat pertama kau dekap dan kau kecup bibir ini
Dan kau bisikan kata-kata ku cinta padamu
....

psstt...im in love...untuk yang keberapa kali...sioot!!!

xoxo..salam rindu pada dia...untuk dia..
rfa..

Monday, June 3, 2013

Menghabiskan masa bersama yang tersayang

Salam..pagi isnin yang agak memenatkan...

Seharian semalam aku menghabiskan masa dengan org yg tersayang . Walaupun seketika saja pertemuan itu namun 8 jam bersama seolah olah seluruh dunia terhenti masanya hanya kerana aku dan dia. Aku rindu dia...walaupun seketika tadi..dia berlalu pergi kerana tugas ...namun aku tetap rindu dia. Aku akan bertemu dengan dia ..namun masa yang terhad membuatkan aku harus belajar bersabar. Sayang..i luv u so much...

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....