Jerebu di hati

Salam...

Aku baru berkesempatan untuk menulis di blog kesayangan aku..setelah melalui hari hari yang agak menyedihkan..dan menyakitkan hati. Biarlah ianya berlalu dengan tenang. Rata-rata sekarang duk citer pasal jerebu yang melanda diseluruh malaysia...hmmm dugaan dari Allah sebenarnya....semoga jerebu yang melanda akan cepat hilang..

Seminggu yang terlalu menyakitkan apabila aku dapat tahu bahawa ada org yg cemburu dengan apa yang aku ada dan kelebihan yang aku ada. Terjerut rasa dihati bila mendengar kata kata itu kerana aku bukanlah seorang yang hebat yang harus dicemburui..kerana aku ada banyak kurangnya...terutama dari segi fizikal aku...dan sesungguhnya aku bersyukur dengan  keadaan diri aku..kerana masih ramai lagi yang tidak bernasib baik. Aku memiliki sebuah keluarga yang bahagia...ada mama yang sentiasa menyokong aku dan sentiasa mendoakan aku...aku ada adik beradik yang rapat...memiliki sahabat yanb ada di kala susah dan dikala senang...memiliki kawan kawan lelaki yang sentiasa ada untuk aku...mendengar keluh resah aku dan yang paling penting dua  beradik yang cukup aku sayang ..anak anak aku sara dan icha...sumber inspirasi aku untuk aku terus hidup...aku nak lihat mereka membesar...mahu menjadi penyokong mereka...mahu mendengar citer citer mereka di sekolah rendah, sekolah menengah,universiti,alam percintaan,...kehidupan selepas kawin...sekiranya diizinkan oleh ALLAH...

Utk kawan yang menyimpan perasaan benci pada sikap aku terhadap lelaki, menyampah dengan status status aku di fb, dan sikap cemburu tentang perhatian lelaki pada aku...walhal..aku adalah wanita didalam golongan tidak cantik...disini aku ingin titipkan tips untuk menambat hati lelaki...yang aku praktikkan dan alhamdullilah..ianya menjadi...cuma kena yakin diri...

1. Sentiasa bercakap lemah lembut dan sopan...jgn tinggi suara dengan lelaki ...itu kepantanganya..

2. Sentiasa menjadi pendengar yang setia pada dia...lelaki suka wanita yang suka mendengar permasalahannya...

3. Jangan tunjuk pandai dengan lelaki...walaupun kita tahu perkara itu...tapi biarkan lelaki yang menonjol...kerana lelaki suka diangkat sebegitu..

4. Manja...kalau tak boleh bersifat manja..cuba perlahan lahan...takut nanti lelaki cop mengada ngada

5. Open minded...tapi biar bertempat...jgn mudah prejudis tentang apa yang dikatakan oleh lelaki..

6. Jangan bossy , jangan memaksa maksa.,..jgn mengarah ngarah lelaki....kerana itu berkait dengan ego seorang lelaki..

7. Jangan membebel...

8. Bersifat jinak merpati...dengan lelaki kerana ego lelaki..makin susah nak dekati makin dia akan berusaha mendapatkan kita...

9. Sentiasa berperwatakan menarik...kemas, pakaian yang bersesuaian, wangi...

10.berkawan dengan lelaki itu dengan ikhlas, anggaplah..andai ada restu dari Allah..maka adalah jodohnya...

Inilah perkara perkara yang aku ingatkan pada diri aku...tatkala berkawan dengan lelaki...insya allah...

So...bg yg tertanya tanya camna la aku mudah didekati lelaki...jawapannya  selain tips kat atas tu...ianya kerana aku juga seorang yang peramah dan slumber...berkawan dan terus berkawan...

Aku harap...pada mereka yg cemburu pada aku...hentikanlah perasaan itu kerana..bila kita cemburu pada seseorang...hati kita tak akan tenang...ingatlah...bila hati x tenang...seluruh hidup kita juga sama..bermuhasabah diri itu adalah lebih baik dan yang pasti...kalau  kita rasa kita ni malang...ada lagi yang malang dari kita...ingatlah...

Pssstt...tak salah berubah diri kalau untuk kebaikan....

Pssttt...selamat malam kekasih kekasihku....luv u all

Xoxo...rfa

Comments

Popular posts from this blog

Perempuan di mata lelaki

nilai sebuah perkahwinan : suami rogol isteri sendiri? kenapa dan mengapa?

part 2: masih di plaza alam sentral...