Wednesday, July 3, 2013

tetiba rindu kat musuh ketat

salam...

baru sempat nak menjengah blog setelah bertungkus lumus menghadapi final exam untuk semester ni..tinggal lagi satu paper yang mana jatuh pada bulan puasa..hmmm dugaan betul la... dah la paper yang susah..

nak dijadikan cerita, selepas settle paper kedua, aku balik dan mula membelek miss red aku..dan bila aku tgk..ada beberapa pic musuh ketat aku..hmm kenapa aku cakap dia musuh ketat kerana pada mulanya aku berkawan dengan dia..namun entah kenapa aku jadi hangin satu badan bila dia mempertikaikan masa untuk aku bersama dengan dia. Rasanya aku tidak pernah failed bagitau kekawan aku yang aku ni bz ..terutama hari Ahad kerana itulah hari aku akan jadi pelajar...dari kul 8 hingga kul 6..kepala otak pun dah boleh beku...alih alih dia nak ajak dating la, tgk wayang la, shopping la..mana la aku tak hangin..oleh itu..beberapa bulan yang lepas aku dan dia dengan rasminya bergaduh..siap maki maki siap aku cakap 'kalau kau mampus pun aku tak heran la"..punyalah ayat tu ..akhirnya dia menyepi..dia tak call aku atau sms aku...

pada mulanya aku suka bila tidak diganggu sebegitu..namun kini..sepi itu membuatkan aku jadi rindu pada dia. Rindu nak bertekak dengan dia..malah aku rindu nak bergaduh bagai dengan dia..hahaha kelakar namun itulah yang terjadi...akhirnya..dua hari lepas...aku beranikan diri sms bertanya khabar kerana last aku dapat tahu dia kemalangan di tempat kerja dan sekarang berada dikampung..

syukurlah.setelah berbual panjang, aku mohon maaf kerana berkasar dengan dia dan aku gembira bila dia sudah dimiliki...aku dan dia sudah berbaik semula.. untuk awak..terima kasih ye..semoga persahabatan kita kekal..dan saya doakan awak bahagia dengan buah hati awak..hehehe...

psttt... rindunya nak gaduh dengan dia..hahhaah

xoxo..rfa

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....