Wednesday, November 20, 2013

Perempuan di mata lelaki

salam...

sambungan dari kisah n3 aku pasal perempuan mudah perasan.. aku nak berkongsi satu kisah..dari seorang kawan lelaki yang amat rapat dengan aku. Kami sering bersembang tentang banyak perkara dan yang paling best tentang hubungan ..kerana aku sering bercerita tentang bf-bf aku dan dia pasti akan bercerita tentang kekasih kekasih dia yang aku rasa bertuah kerana memiliki dia.

kawan aku ni seorang yang tegas, cerewet, tapi simple dalam hidupnya. Dia tidak pernah menganggap bahawa masalah itu memberikan dia stress dan yang paling best dia leh layan kerenah perempuan..sb tu dia ramai gf...hahhaha. ini adalah perbualan aku dengan dia..satu ketika dulu..berkenaan perempuan dan sikap..

kawan aku: aku tak faham la dengan perangai perempuan nih...(suara dah semacam)

aku: apsal lak? ko kan ramai awek..apa susah..

kawan aku: tak delah...aku ada kenal seorang awek ni..tapi perangainya , ya allah..macam bagus   je..

aku: apsal? dia dah kenapa?

kawan aku: Nampak cam suci je..tapi bila bercakap..ya ampun..kasar..lepas tu..semuanya hanya dia je yang betul..

aku: kalau rasa x suka..jgn kawan..putus je

kawan aku: memang la nak putus tapi aku nak bgtau kau..lelaki mana suka perempuan camtu..dah la cakap kasar, nak control aku lak..yang sedih tu..duk cakap kat kawan aku yang dia nak kawin dengan aku..padahal kawan je pun..perasan nak mampus..

aku: ish..x kan kot..

kawan aku: mana nya tak..dia mudah perasan..macam la aku nak sangat kat dia..duk bersayang ayang ngan aku padahal aku test je dia..hmm entah la..sakit jiwa aku dengan dia

aku: amboi kutuk perempuan Nampak..yang ko duk panggil dia sayang pesal? (aku dah mula angin)

kawan aku: weh..aku bukan citer pasal ko la..memang la tak semua perempuan camtu cuma awek sorang ni punyalah mudah perasan sampai aku nak tergelak pun ada. agaknya semua lelaki yang duk kawan ngan dia memang kena la kot. kesian aku tgk

aku: cuba la ko cakap ngan dia..mana tau dia dengar cakap kau..

kawan aku: cik kak..ini aku nak bgtau kau..satu ..lelaki x suka..ok !! x suka dengan perempuan yang bercakap kasar! kedua..lelaki tak suka kena control..bila time kita dia x leh nak tolak ansur..bila time dia..amboi bukan main lak.. ketiga..lelaki tak suka perempuan yang mengatur hidup dia..belum apa apa dah kecoh pasal kawin..tunggu aku buat press conference dulu baru la leh canang satu Malaysia yang aku nak kawin dengan dia..

aku: ish..jgn la macam tu...so apa ko buat dengan dia?

kawan aku: apa lagi..putus la..hidup la dia dengan perangai camtu..tak hingin aku..


sebahagian dari kisah aku dan kawan aku. entah la..nak komen pun tak reti cuma aku pernah citer pasal lelaki ..apa yang boleh menambat hati lelaki..dan memang antaranya..lelaki tak suka perempuan bercakap kasar.. nak tambat hati lelaki..senang je..cakap lembut dan kalau pandai bermanja..lagi la lelaki suka..hahaha ye ke?

so moral of the story: jgn la mudah perasan tentang lelaki ...mereka ni depan kemain baik je cakap..tapi belakang..suka ngumpat perempuan..cam kawan aku...(x semua lelaki camtu)

psstt kawan lelaki aku semuanya jenis cerewet...hmm

xoxo
rfa




perempuan, kenapa mudah perasan?

salam...

n3 aku kali ini berkenaan perempuan yang mudah perasan..dan aku tidak bercerita tentang orang lain tetapi tentang aku sendiri..suatu ketika dulu.. namun pengalaman memberi aku banyak pengajaran dan alhamdullilah..aku berjaya mengawal perasaan tersebut.

ada banyak perkara yang menunjukkan seorang perempuan itu mudah perasan....terutama bila dikatakan perasaan cinta.

1. Perempuan akan mudah perasan bila seorang lelaki memberikan perhatian yang lebih pada dia..di fikiran dia..lelaki itu berminat pada dia...
hakikatnya : lelaki itu hanya menganggap perempuan itu sebagai kawan..or mungkin tempat untuk dia menggunakan perempuan itu secukupnya.

2. perempuan akan mudah perasan bila terdengar lelaki itu memanggil dia sayang
hakikatnya: lelaki itu mungkin memang suka memanggil semua kawan kawan dia 'sayang' dan tiada makna bagi panggilan itu

3. perempuan akan mudah perasan bila mendengar lelaki bercerita pasal kawin
hakikatnya: sama ada lelaki itu hanya menguji dia atau pun merasakan isu perkahwinan itu adalah soal remeh yang boleh di citerkan pada sesapa saja dan pada bila - bila masa saja.

untuk kaum wanita yang mudah perasan, sedarlah diri..bangun dari dunia khayalan, bangkit dari bubble cinta semusim..yang tidak menjanjikan apa apa...kebanyakkan lelaki..apabila dia melihat seorang perempuan itu mempunyai kelemahan dari segi perasaan..maka dia akan membuat perempuan itu percaya bahawa kesungguhan dan keikhlasan hati ..namun hakikatnya ...lelaki itu hanya ingin mengambil kesempatan pada perempuan itu.

namun..ada sesetengah perempuan..dia tahu bahawa dia telah dipermainkan oleh lelaki tetapi dia masih menafikan perasaan itu..dan terus menerus menganggap bahawa lelaki itu adalah yang terbaik ..dan akhirnya bila ditinggalkan oleh lelaki..maka yang terluka adalah perempuan ...



psstt..tak mampu nak menahan luka dihati

xoxo
rfa

Tuesday, November 19, 2013

sehingga menjilat mangkuk...

salam...

tajuk macam gempak je..

aku ni jarang nak bercerita tentang makanan..tapi kali ini aku nak citer pasal makanan sebab aku dah jatuh cinta dengan makanan ini...MEE REBUS JOHOR

kali pertama aku makan mee rebus Johor ni..masa try usha food court kat space U8..pada pertengahan Oktober.  Aku ni jenis bila makan yang berkuah selalunya akan tinggalkan kuah tu..sebab aku lebih gemar menelan isinya..haha tapi kali ini bila aku rasa Mee Rebus Johor kat foodcourt tu..aku habiskan sampai licin..tak tahu la tekak u all..tapi tekak aku memang berselera sangat dengan mee rebus Johor nih..hahah satu perubahan ketara...

 
 
 
 
Pic kat atas adalah fresh dari ladang...lunch tadi bersama LadyBoss..aku request untuk makan kat spaceU8, semata-mata mee rebus ini...dan kali ini.. aku makan sampai licin...sehingga menjilat mangkuk!! (maksudnya licin le..idok le teman jilat mangkuk)
 
 
Kalau sesiapa yang nak try mee rebus ini..leh la jengah foodcourt spaceU8..cari gerai yang jual pelbagai mee n sup..sebelah gerai makanan western...harganya semangkuk RM5.00..boleh la...
 
 
 
psttt teringat ingat mee rebus ni...
 
xoxo..rfa


Monday, November 18, 2013

Alfatihah...

salam isnin untuk semua..

biasalah hari isnin..semuanya lemau..macam aku..weekend mcm tak pernah cukup..adanya nak wat..dan 90 % adalah tidor..hehehehe..jangan marah ye..

oklah..pada pagi jumaat yang dingin..aku menerima bbm dari kazen aku..memberitahu aku tentang kematian kekasihnya Z..dan kebetulan aku mengenali arwah kekasihnya , sebagai rakan fb aku. Aku memang dikhabarkan bahawa dia kemalangan pada hari selasa, operation, coma tapi aku sentiasa berdoa agar dia selamat dan aku amat berharap agar kazen aku berkahwin dengan dia.

arwah ada juga menghantar mesej kat inbox fb..bertanya khabar dan yang paling aku suka bila dia memang nyatakan pada aku betapa dia amat mencintai kazen aku dan berusaha untuk menjadi yang terbaik ..dan plan dia untuk kawin itu tetap ada..cuma kazenku masih tidak berdaya memberi jawapan "yes"...

apa pun..life must go on.. sememangnya kita tidak akan menjangka bila kita di jemput olehNya. Semua yang berlaku ada hikmah, ada maksud tersurat dan tersirat.. untuk kazen syg...kak rfa berharap dikau akan tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang. Jangan sesekali menyalahkan diri kerana  Segalanya berlaku dengan kehendak Allah dan sebagai hamba kita harus menerima dengan redha dan pasrah...

kisah ini memberikan aku kesan pada aku..seperti kata sis luna..kita kena appreciate org yang kita sayang, baik family atau pun kawan kawan di sekeliling kita sb kita x akan tahu apa yang akan berlaku kemudian hari..


"sampaikan salam buat semua
salam terakhir..salam teristimewa
kepada kau yang tersayang
pada teman yang ku kenal
pemergianku ini tak dirancang

usah bertanya mengapa aku
mengucap salam terakhir kepadamu
kerna waktu berputaran
bimbang tak kesempatan
melahirkan kerinduan terhadap mu

demi sebuah kenyataan
yang amat menyakitkan
aku yang tidak berdaya
hanya berserah pada Nya

salam akhir
salam yang teristimewa
ku memohon keampunan
melaluinya ku beri kemaafan
kepadamu..

Andainya aku punya waktu
masih ku ingin mengulangi semula
saat indah bersama mu
sayang tak berkesempatan
abadikan saja
salam ku diingatan..
salam ku yang terakhir..."



Dear Z, damailah dikau disana....dan semoga dikau ditempatkan di tempat orang yang beriman dan diberkati...aminn...alfatihah



pssstt....tak mampu nak dengar berita kehilangan org yang kita sayang...lembik rasa lutut..

xoxo rfa
krdt to mr.google

Tuesday, November 12, 2013

kenapa harus begini

salam...

pagi tadi apabila aku update status kat fb..ada seorang kawan lama..bertanyakan pada aku..kenapa status aku agak sedih..macam kecewa..hmmm mungkin itulah yang aku rasa sekarang.

Dalam beberapa bulan ini..aku menghadapi banyak masalah..namun ianya bukanlah masalah yang besar cuma sedikit sebanyak mencuit perasaan dan hati ini. Bermula dari :

1. kisah aku dan abie..yang mana kami sambung semula hubungan yang terputus..bahkan kali ini kami berazam untuk  menamatkan zaman cinta kami dengan perkahwinan...

2. kisah cinta kami yang tidak direstui..,membuatkan aku rasa sedih..sayu dan kami berusaha untuk mencari solution...

3. Berusaha untuk perjuangkan cinta kami..aku sedari..abie tidak mampu untuk bersuara dengan ibu dan ayahnya...dan ianya hanya tinggal harapan...

4. masalah yang timbul...apabila dua sahabat baik bergaduh kerana aku...dan paling sedih mereka putus sahabat kerana aku..


semua kisah kisah itu berlaku dalam masa beberapa bulan  dan ianya memberikan kesan pada aku. Runsing dan resah itu membuatkan kekadang aku terfikir untuk "switch off" dan pergi jauh dari semua masalah ini..namun aku tidak boleh lemah dalam menghadapi masalah ini..

Terima kasih pada kekawan yang bertanyakan tentang situasi aku..thanx a lot...cuma aku sekarang bertekad untuk melupakan segalanya tanpa apa apa tindakan yang akan aku ambik.. biarlah masa yang menentukan...

psstt...redha dan pasrah..pelamin anganku musnah..hahahaha

xoxo rfa

Thursday, November 7, 2013

mencari cinta

salam...

baru berpeluang nak menulis kat sini. bz dengan assignment dan yang paling best..aku hampir tertukar jadual kuliah..gara-gara terlalu pk kan pasal assignment. Kebetulan pulak dengan kes aklima..membuatkan hilang focus sekejap. syukurlah dia bertambah baik dan itu memberikan aku sedikit rasa lega di hati. Mana la x hilang focus aku..bila 3 kali dia kena minor operate kat kaki . Gugur jantung jap...
 
oklah..bila lama tak sembang disini..hari ni aku nak bercerita tentang sesuatu..tentang cinta..tentang mencari cinta..mungkin pada sesetengah orang untuk mendapatkan cinta itu terlalu sukar, ada yang akan terus menerus menjadi seorang yang cukup setia, ada yang membenci cinta , malah ada yang terlalu berharap pada sesebuah cinta. Bagi aku, cinta adalah istilah yang terlalu biasa di dengari. Bukan untuk meninggi diri namun hakikatnya aku dan cinta tidak boleh di pisahkan..kalau tak, takkan lah cik luna pernah berkata " u mana pernah tak bercinta..persoalannya dengan siapa je"...hahah ternyata aku setuju dengan kata-kata cik luna. Sekiranya hari ini aku break off dengan seseorang..besok atau lusa..aku pasti akan dapat cinta baru..hahahaha..poyo siot!!!
 
Namun demikian, cinta adalah sesuatu yang indah. Cinta membuatkan seluruh hidup seseorang akan berubah...menjadi lebih ceria, menjadi lebih bermakna..dan cinta juga membuatkan seseorang itu menafikan tentang banyak perkara.
 
Dalam usaha mencari cinta, aku amat berharap kawan kawan diluar sana..cuba fikir sejenak tentang cinta yang di harapkan itu. adakah itu yang kalian mahukan. Kalau benarlah itu yang kamu mahukan..maka terimalah seadanya cinta itu..dan jangan sesekali menyesali sekiranya ada yang berlaku . Perkuatkanlah cinta kalian..kerana sesungguhnya..cinta perlu sokongan kalian.
 
sekiranya kalian yang menghadapi masalah dalam menentukan apa yang diperlukan untuk cinta..maka kalian boleh meminta pandangan dari kawan kawan yang terdekat...dan yang penting kalian harus menerima segala kemungkinan yang mereka akan beritahu..sama ada kena kutuk, kena kritik..kena rasional..timbang tara..fikir sedalam dalamnya.. Memang mereka tidak berada dalam situasi kita..namun mereka adalah insan yang sentiasa melihat kita..dan pastinya mereka tidak mahu melihat kita kecewa dan sakit kerana pencarian cinta yang tidak berkesudahan itu..Jangan memendam perasaan dan membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Aku bersyukur kerana , apabila aku menghadapi masalah tentang perkara ini..aku sentiasa ada pakar rujuk yang boleh membuka mata dan minda aku...
 
Aku sendiri mengalami kisah cinta yang memeningkan. Cinta kami kuat..saling memerlukan namun ianya dihalang oleh restu keluarga..dan ada beberapa pandangan yang telah aku terima dari kawan kawan..antaranya
 
" Perkahwinan tanpa restu pernah kau lalui..kenapa perlu lalui sekali lagi ? Terimalah orang lain dan cinta itu akan datang kemudian bersama dengan tanggungjawab..."
 
                                                                                                                  - Zura
 
"U have to  fight for your love..otherwise it's not worth it for both of u"
 
                                                                                                              - miss luna aurora
 
"cuba pujuk dulu family abie..untuk dapat restu mereka..bertahan"
   
                                                                                                              - amy suhana
 
"akak..berpijak dibumi yang nyata.."
 
                                                                                                           - aklima
 
 
Segala-galanya terletak pada diri kita..adakah kita akan mendapat apa yang kita nak ..dengan meneruskan pencarian cinta sebegitu atau..kita berhenti mengharap pada cinta itu dan cuba buka buku cinta yang baru..supaya ianya tidak melukakan hati kita ..kerana seperti kata ladyboss..."sebelum kita cintakan orang lain..lebih baik kita cintakan diri kita sendiri"...so stop hurting urself...!!!
 
 


psstt...tak pernah give up dengan cinta...



xoxo..rfa



fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....