Tuesday, May 31, 2011

cinta dan air mata

Aku tidak tahu bagaimana untuk aku memulakan satu kehidupan yang baru selepas kehilangan dia kelak? adakah aku akan menjadi sekuat dan setabah insan lain? adakah aku mampu untuk memadamkan segala kenangan aku dengan dia? dan berpura pura bahawa semua itu hanya mimpi ngeri yang sentiasa menghuni tidur malam ku? adakah aku akan bisa berdepan dengan semua itu tanpa memikirkan bahawa jaud disudut hati ini..aku menderita!!

walau bagaimana aku cuba untuk membencintya namun aku tidak mampu. dia adalah insan yang bertakhta di hati ini kini dan selamanya. aku tidak mampu melukai hati dia..walaupun berkali aku berfikir untuk menjauhkan diri darinya.. biar dia hidup tanpa aku dan aku hidup tanpanya..namun antara kami seperti sudah berkongsi nyawa..masing masing tidak mampu bertahan lama menahan kerinduan ini kerana aku dan dia pasti saling mencari cari ruang dan masa untuk bersama. Duhai kekasihku..tahukah dikau...aku terlalu mencintaimu dan kini aku menderita kerana mencintaimu. aku tidak mampu untuk berkata apa apa kerana aku tahu aku pasti akan kehilangan dirimu namun aku akan berjuang sehingga ke hujung hati..mencintaimu..menyayangimu..mengasihimu...

Wednesday, May 25, 2011

Malam yang pilu

Setiap malam. . Sblm tidur aku pasti akan teringatkan abie,segala tentang dirinya. Berulangkali aku berfikir sekiranya aku mampu untuk melupakan dia. . Namun setelah sekian laama trnyata aku tidak mampu untuk berbuat begitu.
Abie. . Walaupun cinta kita tak akan bersatu namun syg berjanji untuk terus menjaga kesetiaan ini tanda setia syg pada abie.
Setiap malam aku menangis bila memikirkan ttg perpsahan ygvakan berlaku. Pedih rasanya, pilu hati ini...hanya Tuhan yang tahu.

Abie,aku cinta padamu.

Monday, May 23, 2011

sakit...itu penghapus dosa

aku sakit.!! well walaupun ianya demam+batuk+selsema namun cukup membuatkan aku tidak selesa. Mungkin inilah yang dinamakan penghapus dosa kecil.. even sekejap je pun aku dah terseksa..apabila dirawat barulah aku tahu yang aku kena acute tonsil grade III. Apa pun yang boleh aku buat..adalah makan ubat dan rehat. Ini sebab aku suka minum ais, dan seperti biasa...aku tidak sesekali pun menurut kata doktor. biarlah..aku memang tak boleh berenggang dengan ais. Lama jugak aku tak demam..inilah yang latest..hehehe..nasib baik exhubby..babang menolong aku menghantar aku ke klinik. syukur ada dia...hehehe..tq babang..


sebahagian ubat dan surat mc aku..hahah..kecoh satu malaya sb aku sakit. hmmm apa pun syukur sb aku dah semakin pulih...

Thursday, May 19, 2011

bosannnnnn....

hari ni aku x ada mood. bosan dari pagi sampai la sekarang. aku tidak tahu kenapa tapi aku tahu rasa aku tahu sebabnya. well aku ni jenis tak suka dengar orang membebel. aku tidak suka dengar orang berleter...bosan dengan apa yang aku dengar tanpa tujuan. aku tidak suka dan aku tidak suka!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, May 18, 2011

Bahagia atau derita..itu adalah takdir

semalaman bersama ABIE membuatkan aku rasa bahagia. Dia adalah segala-galanya bagi aku dan andainya kami berpisah..maka hancur lah hati ini. Hakikatnya...perpisahan itu pasti akan terjadi dan sebagai manusia yang diberi akal dan fikiran..serta kekuatan dalaman, maka seharusnya aku bersedia untuk menerima perpisahan ini. Restu ibunya adalah segala-galanya dan aku akui..aku bukanlah wanita yang baik dan selayaknya untuk Abie. Pilu bila memikirkan tentang apa yang berlaku namun aku sedang berusaha untuk menerima segalanya dengan tenang.
Mungkin inilah balasan di atas apa yang aku lakukan, baik dalam keadaan aku sedar atau tidak...dan aku harus akur..

Thursday, May 12, 2011

selangkah bersama cinta

pagi pagi lagi dah bad mood. aku cuba untuk tidak bad mood di pagi khamis tapi entah kenapa bila melangkah ke pejabat..mood aku tetiba berubah. Semuanya tidak kena., nak marah, nak menangis..hmmm..nak nasib le orang yang mendekati aku pada hari ini. Semalam, Mr.J membaca blog aku dan dia terharu kerana tiada orang yang begitu menyayangi dia seperti mana aku..

Mungkin aku sudah bertemu dengan seseorang yang mampu meruntuhkan ego aku, yang mampu membuatkan aku tersenyum 24 jam dan yang penting...bila bersamanya aku dapat apa yang aku nak...kasih sayang, perhatian, manja dan sebagainya.

Kata orang...jangan terlalu berharap pada sesuatu, kerana pastinya ia tidak akan menjadi. So do i...tidak pernah mengharap dan sedang mempersiapkan diri untuk dilukai....

JEFFRI...tiada kata secantik bahasa untuk aku gambarkan betapa aku cinta pada mu...tiada harta untuk aku tukarkan kepada nilai cinta ku terhadap mu.......

Wednesday, May 11, 2011

lelaki yang banyak memberi kesan dalam kehidupanku

Tadi , zura , akak aku upload pic-pic kawin dia..tahun 1995..sekali aku dpt tgk pic ni..pic kekasih hati yang tidak pernah padam dalam hati aku. Gambar AYAH...(1995) ..4 tahun kemudian dia meninggal. TQ for zura sb upload pic pic tu...

Ini adalah lelaki yang amat aku sayangi. Tiada nilainya dalam hidup ini untuk aku tukarkan pada dia..namun aku tahu sedalam mana pun cinta aku, kasih aku pada dia...dia tetap milik ALLAH. Apabila ayah dijemput olehNya..aku berada di sisinya...melihat setiap nafas terakhirnya pergi...berada dihujung kakinya . Sehingga kini aku masih mendengar akan bunyi mesin di wad CCU menandakan ayah sudah tidak bernyawa lagi. Mungkin ada yang tersangkut antara aku dan ayah maka sehingga ke hari ini aku masih tidak mampu menerima kenyataan bahawa dia sudah tiada. Itulah yang telah Allah hukum pada aku, anak yang paling nakal dan degil. Aku menerima apa yang telah diberikan dengan hati yang tabah.

Ayah adalah seorang lelaki yang garang, tegas, manja dan yang paling penting..sifat sifatnya semua ada dalam diri aku. Dia mudah mesra dengan kaum hawa..heheh dan aku pulak sb aku perempuan..maka aku mudah mesra dengan kaum Adam. hehehe

Ayah...rindunya pada ayah....al fatihah untuk ayah...

mengenali insan yang bernama lelaki..

Ramai yang berkata kepada aku tentang lelaki lelaki yang pernah hadir dalam hidup aku. Percaya atau tidak, ramai yang mendekati aku mahukan tips tips bagaimana untuk mendekati lelaki. Hmmm..bagi pendapat aku..lelaki ni ada dua jenis..satu yang baik dan satu yang nakal. Aku sentiasa bertembung dengan lelaki lelaki yang nakal dan hanya sedikit saja yang baik yang pernah aku kenali. Namun..pengalaman itu yang paling bernilai kerana dengan mengenali lelaki lelaki nakal aku maklum dan fasih dengan kehendak dan keinginan lelaki lelaki bersifat nakal ini.

APA YANG LELAKI SUKA DAN TIDAK SUKA...

Untuk tatatpan kekawan sekalian..

Lelaki:-
1. Suka wanita yang independent..
2. Suka wanita yang manja
3.Suka wanita yang open minded
4.Suka wanita yang cantik (subjective)
5.Suka wanita yang tahu membawa diri apabila di bawa ke mana mana...(terutama majlis yang berkaitan dengan kawan kawannya)
6. Suka wanita yang pandai masak
7. Suka wanita yang ada pendirian , tegas tapi lembut
8. Suka wanita yang tahu bercakap pada masanya..(bukannya membebel ttg perkara yang tak sepatutnya dia cakap)
9. Suka wanita yang suka mendengar..(good listener)
10. Suka wanita yang educated..

Lelaki:-

1. x suka wanita yang suka berharap pada lelaki sahaja
2. x suka wanita yang cengeng terlebih
3. x suka wanita yang close minded
4. x suka wanita yang pengotor
5. x suka wanita yang tak pandai bersosial
6. x suka wanita yang tiada pendirian
6. x suka wanita yang kuat membebel
7. x suka wanita yang kuat merajuk
8. x suka wanita yang kuat shopping
9. x suka wanita yang bercakap kasar dan kuat
10. x suka wanita yang ego tinggi...

Ini adalah perkara -perkara yang ada dalam diri seorang lelaki apabila dia mahukan sesuatu hubungan. Tapi ..perlu di ingat bahawa KITA TIDAK SEMPURNA...

Bagi aku...andainya ada yang sudi menerima segala kebaikan dan kekurangan diri kita..itu dah cukup baik kerana kita yang akan hidup bersama bukannya orang lain...

fikirkanlah.....

Tuesday, May 10, 2011

sekadar berkongsi memori.......

18/5/2009 (isnin) –pakcu meninggal…..

Aku memulakan tugas seperti biasa. Mood aku agak kurang sebab sakit gigi aku masih lagi terasa. Semalaman aku menahan kesakitan . Pelbagai kerja menanti aku di meja. Aku hanya rilex n cool. Pada pukul 10 pagi, aku menghubungi mama, bertanyakan pakcu …dan mama maklumkan pada aku bahawa keadaannya masih tidak berubah. Di hujung perbualan, aku nyatakan pada mama agar dia pergi dengan tenang. Tepat pukul 12.25, aku menerima sms dari Salme mengatakan bahawa Pakcu sudah tiada. Luluh jantung aku membaca mesej itu dan dengan pantas aku menghubungi mama. Ternyata apa yang diberitahu oleh adik melalui sms itu benar. Aku tidak menyangka akan ketiadaanya kerana aku baru saja berbual dengan mama, dengan cc aku, dengan puan , dengan semua orang yang bertanyakan kemana aku menghilang selama 4 hari.
Aku mendengar suara mama yang tenang dan aku tahu aku juga harus tenang kerana aku tahu aku sudah redha akan kehilangannya. Syukur lah kerana penderitaan dia sudah berakhir. Syukur kerana aku tidak perlu melihat dia menderita.

Ternyata syawal nanti sudah tidak seperti yang aku lalui lagi.  Tiada lagi kucupan di tangannya kerana aku sudah menganggap dia sebagai ayahku. Ya Allah…terima kasih kerana memberi keizinan merasai kasih sayang seorang ayah darinya.

ini adalah sebahagian dari coretan diari aku yang aku simpan. sekadar berkongsi perasaan...insan yang pernah memberi ruang pada aku menumpang kasih setelah aku kehilangan ayah tersayang....al-fatihah untuk kedua-duanya







WHEN U SAY U LOVE ME...







Like the sound of silence calling,
I hear your voice and suddenly
I'm falling, lost in a dream.
Like the echoes of our souls are meeting,
You say those words and my heart stops beating.
I wonder what it means.
What could it be that comes over me?
At times I can't move.
At times I can hardly breath.

When you say you love me
The world goes still, so still inside and
When you say you love me
For a moment, there's no one else alive

You're the one I've always thought of.
I don't know how, but I feel sheltered in your love.
You're where I belong.
And when you're with me if I close my eyes,
There are times I swear I feel like I can fly
For a moment in time.
Somewhere between the Heavens and Earth ,
And frozen in time, Oh when you say those words.

When you say you love me
The world goes still, so still inside and
When you say you love me
For a moment, there's no one else alive

And this journey that we're on.
How far we've come and I celebrate every moment.
And when you say you love me,
That's all you have to say.
I'll always feel this way.

When you say you love me
The world goes still, so still inside and
When you say you love me
In that moment,I know why I'm alive

When you say you love me.
When you say you love me.
Do you know how I love you?


Mungkin sekarang dalam hati aku ada taman so aku sentiasa mencari artikel dan lagu lagu cinta. Abie cakap aku jiwang but i don't care sb aku suka bila aku jiwang..hehe..lagu yang paling aku suka adalah...josh groban..so nice to hear n maksud liriknya memang kena dengan aku dan cinta aku pada abie....heheheh

cinta dan kasih sayang...

Mungkin ramai yang tidak menyangka apabila cinta itu hadir secara tiba-tiba. Namun, kenapa kita dapat menerimanya dengan hati yang tenang dan gembira tatkala cinta tiu hadir bersemi di hati. Namun, kenapakah kita akan berduka dan bersedih tatkala perpisahan itu muncul? Sepertimana cinta yang hadir secara tiba-tiba..maka kita juga harus sentiasa bersedia untuk menerima kekecewaan dan perpisahan...

Ramai yang berpendapat bahawa cinta itu adalah buta...dan bagi aku sememangnya cinta itu memang buta. Buta dalam menyemai cinta itu...sehinggakan aku terlupa bahawa zaman sekarang masih ada yang diskriminasi ttg sesuatu contohnya darjat, keturunan dan sebagainya.

Cinta tidak boleh di paksa..juga cinta tidak boleh dijual beli...itu yang selalu aku dengar namun apakah cinta itu akan ada nilainya kalau benci, sakit hati muncul mengiringi cinta itu? Apakah cinta itu ada nilainya kalau pembohongan demi pembohongan berlaku sehinggakan kita tidak sedar yang mana betul dan yang mana salah.

Aku tidak pernah meragui lelaki yang bernama JEFFRI namun aku  juga harus bersedia seandainya satu hari nanti aku tidak diperlukan olehnya.Andainya satu hari nanti, dia akan melangkah pergi dari sisi aku dan meneruskan kehidupannya tanpa aku. Segalanya harus diterima dengan hati yang terbuka dan sesungguhnya..pada saat dia pergi meninggalkan aku....dia membawa bersama seluruh hidupku. Tanpanya, tanpa dirinya...aku akan terus menutup pintu hati ku pada orang lain dan aku akan terus bersendirian sehingga akhir hayat ku...

mungkin semua orang akan mengatakan aku GILA namun ini kehidupan ku ..biarlah aku yang tentukannya.

Monday, May 9, 2011

best quotes...

aku suka statement di atas ni...

abie yang comel

Aku dating dengan dia di KL SENTRAL , sabtu 7 May 2011. Di kl sentral, ia adalah tempat aku dan di bertemu untuk kali pertama dan aku sentiasa akan ingat saat -saat indah aku dengannya. Walaupun seketika, namun cukup memberikan aku memori yang terindah.Sengaja aku rakamkan gelagatnya sewaktu makan di The Chicken Rice Shop..supaya bila aku kerinduan, aku akan melihat gelagatnya.

Friday, May 6, 2011

masalah cintaku

sesungguhnya..kisah cinta aku n abie boleh dijadikan satu kisah novel. terlalu menyakitkan dan memedihkan. Keluarganya membenci aku...dan yang paling sedih dia tak nak lepaskan aku..Aku tidak mampu membuang dia dari diri ini. Dia adalah segala-galanya untuk aku dan aku terlalu menyayanginya dan mencintainya.

abie..i love u so much. Semoga rintangan ini kitaberdua mampu hadapinya

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....