Tuesday, May 31, 2011

cinta dan air mata

Aku tidak tahu bagaimana untuk aku memulakan satu kehidupan yang baru selepas kehilangan dia kelak? adakah aku akan menjadi sekuat dan setabah insan lain? adakah aku mampu untuk memadamkan segala kenangan aku dengan dia? dan berpura pura bahawa semua itu hanya mimpi ngeri yang sentiasa menghuni tidur malam ku? adakah aku akan bisa berdepan dengan semua itu tanpa memikirkan bahawa jaud disudut hati ini..aku menderita!!

walau bagaimana aku cuba untuk membencintya namun aku tidak mampu. dia adalah insan yang bertakhta di hati ini kini dan selamanya. aku tidak mampu melukai hati dia..walaupun berkali aku berfikir untuk menjauhkan diri darinya.. biar dia hidup tanpa aku dan aku hidup tanpanya..namun antara kami seperti sudah berkongsi nyawa..masing masing tidak mampu bertahan lama menahan kerinduan ini kerana aku dan dia pasti saling mencari cari ruang dan masa untuk bersama. Duhai kekasihku..tahukah dikau...aku terlalu mencintaimu dan kini aku menderita kerana mencintaimu. aku tidak mampu untuk berkata apa apa kerana aku tahu aku pasti akan kehilangan dirimu namun aku akan berjuang sehingga ke hujung hati..mencintaimu..menyayangimu..mengasihimu...

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....