Wednesday, May 11, 2011

lelaki yang banyak memberi kesan dalam kehidupanku

Tadi , zura , akak aku upload pic-pic kawin dia..tahun 1995..sekali aku dpt tgk pic ni..pic kekasih hati yang tidak pernah padam dalam hati aku. Gambar AYAH...(1995) ..4 tahun kemudian dia meninggal. TQ for zura sb upload pic pic tu...

Ini adalah lelaki yang amat aku sayangi. Tiada nilainya dalam hidup ini untuk aku tukarkan pada dia..namun aku tahu sedalam mana pun cinta aku, kasih aku pada dia...dia tetap milik ALLAH. Apabila ayah dijemput olehNya..aku berada di sisinya...melihat setiap nafas terakhirnya pergi...berada dihujung kakinya . Sehingga kini aku masih mendengar akan bunyi mesin di wad CCU menandakan ayah sudah tidak bernyawa lagi. Mungkin ada yang tersangkut antara aku dan ayah maka sehingga ke hari ini aku masih tidak mampu menerima kenyataan bahawa dia sudah tiada. Itulah yang telah Allah hukum pada aku, anak yang paling nakal dan degil. Aku menerima apa yang telah diberikan dengan hati yang tabah.

Ayah adalah seorang lelaki yang garang, tegas, manja dan yang paling penting..sifat sifatnya semua ada dalam diri aku. Dia mudah mesra dengan kaum hawa..heheh dan aku pulak sb aku perempuan..maka aku mudah mesra dengan kaum Adam. hehehe

Ayah...rindunya pada ayah....al fatihah untuk ayah...

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....