Tuesday, May 10, 2011

cinta dan kasih sayang...

Mungkin ramai yang tidak menyangka apabila cinta itu hadir secara tiba-tiba. Namun, kenapa kita dapat menerimanya dengan hati yang tenang dan gembira tatkala cinta tiu hadir bersemi di hati. Namun, kenapakah kita akan berduka dan bersedih tatkala perpisahan itu muncul? Sepertimana cinta yang hadir secara tiba-tiba..maka kita juga harus sentiasa bersedia untuk menerima kekecewaan dan perpisahan...

Ramai yang berpendapat bahawa cinta itu adalah buta...dan bagi aku sememangnya cinta itu memang buta. Buta dalam menyemai cinta itu...sehinggakan aku terlupa bahawa zaman sekarang masih ada yang diskriminasi ttg sesuatu contohnya darjat, keturunan dan sebagainya.

Cinta tidak boleh di paksa..juga cinta tidak boleh dijual beli...itu yang selalu aku dengar namun apakah cinta itu akan ada nilainya kalau benci, sakit hati muncul mengiringi cinta itu? Apakah cinta itu ada nilainya kalau pembohongan demi pembohongan berlaku sehinggakan kita tidak sedar yang mana betul dan yang mana salah.

Aku tidak pernah meragui lelaki yang bernama JEFFRI namun aku  juga harus bersedia seandainya satu hari nanti aku tidak diperlukan olehnya.Andainya satu hari nanti, dia akan melangkah pergi dari sisi aku dan meneruskan kehidupannya tanpa aku. Segalanya harus diterima dengan hati yang terbuka dan sesungguhnya..pada saat dia pergi meninggalkan aku....dia membawa bersama seluruh hidupku. Tanpanya, tanpa dirinya...aku akan terus menutup pintu hati ku pada orang lain dan aku akan terus bersendirian sehingga akhir hayat ku...

mungkin semua orang akan mengatakan aku GILA namun ini kehidupan ku ..biarlah aku yang tentukannya.

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....