Tuesday, December 27, 2011

2012..semakin menghampiri

2012..tahun baru yang di nantikan..semoga dengan kehadiran tahun baru, aku kuat semangat, tabah dan paling penting semoga aku bertemu dengan cinta baruku di tahun baru...pernah aku katakan bahawa sekiranya pada tahun 2011, aku tidak bertemu jodoh..maka aku akan menutup pintu hatiku pada sesiapa saja..dan mungkin itu yang aku akan lakukan..cuma sesekali timbul kasihan di hati apabila MAMA begitu berharap agar aku bertemu jodoh dan hidup berkeluarga.

Aku juga berharap..pada tahun 2012, aku akan di murahkan rezeki, semoga aku akan dapat kerja lain , jawatan lain bersesuaian dengan kelayakan aku.

juga..aku berharap agar aku sentiasa dilindungi olehNYA...dan diberkati olehNYA.. AMIN...

Tuesday, December 20, 2011

OMBAK RINDU....satu fenomena

semalaman aku membaca novel OMBAK RINDU, cuba mencari apa yang dikatakan sedih, meleleh dan sayu..dan aku dapati..kalau dari novelnya..tidaklah banyak bab yang menyedihkan kecuali semasa watak pak dollah dan mak jah..which is parent sebenar Hariz...bertemu dengan Hariz..dan ayat yang paling menyentuh perasaan adalah tatkala mak jah nak menunjukkan baju yang dikaitkan untuk Hariz...sayu terasa...disitu isu kekeluargaan dapat dilihat dan aku merasakan ianya benar-benar hidup.

aku sememangnya penggemar novel, malah aku dalam usaha nak siapkan novel yang ada..merasakan naskah OMBAK RINDU  adalah di antara novel yang hidup..kerana jalan ceritanya yang kreatif..perkahwinan rahsia..cinta yang wujud di antara IZZAH DAN HARIZ . Tiada siapa yang menduga bahawa PAK DOLLAH DAN MAK JAH adalah ibubapa kandung HARIZ.

Mungkin kalau aku  menonton filemnya..maka aku akan membuat kesimpulan yang berbeza. Kiranya penulis ini sememangnya bertuah kerana hasil nukilannya di angkat menjadi sebuah filem yang bernilai lebih dari RM 10 JUTA keuntungannya...

Insya Allah..kalau berkesempatan melihat filemnya..aku akan comparekan antara kedua -duanya..dan kalau dilihat dari yang lepas-lepas..movie yang di ambil dari novel..boleh dikatakan..membaca buku adalah lebih bagus dan real dari filem..entah lah...

Monday, December 19, 2011

ME AND MR.ETHAN HUNT

Salam semua...

semalam( 18/12/2011) , aku tgk wayang dengan azlin ( dalam demam-demam dan banyak masalah) aku gagahkan juga sebab aku memang peminat mission impossible dan yang pasti aku suka kan watak TOM CRUISE aka AGENT ETHAN HUNT.  Sebab dah janji dengan azlin...so aku g tgk...citernya memang best la..penuh dengan aksi dan thrill( standard citer omputih) ..tapi yang paling aku suka tentang aksi di dubai..


inilah aksi yang paling aku suka... sebab aku seorang yang gayat..so bila dia berada di atas macam ni..mau gugur jantung aku..hahah

so far..citernya tak mengecewakan... dari mula sampai akhir...n yang paling untung adalah watak jutawan india..yang dilakonkan oleh ANIL KAPOOR..sememangnya dah tahu kan..kalau ada je artis asia yang akan masuk pasaran HOLLYWOOD bermakna mereka akan cepat jadi terkenal dan bayaran pun pasti mahal..

Saat ETHAN HUNT tgk isterinya..dari jauh...setelah dia terpaksa memalsukan kematian isterinya , terasa bahawa pengorbanan dibuat demi yang tersayang  (cewahh) ...5 star for this film...




Thursday, December 15, 2011

apa harus aku buat!!!!

pepagi lagi aku dah mula masuk blog ni dan sebenarnya dari malam tadi lagi aku memikirkan untuk menulis kerana aku sudah tidak tahan dengan apa yang telah berlaku. Kalau sebelum ini aku ada bercerita tentang lelaki  yang bernama NIK, kini aku kembali bercerita tentang dia...
Aku sudah tidak tahan dengan sikap dan perilaku nya yang aku anggap sudah tidak dapat diterima dek akal aku, dan kerana itu, dia tidak lagi menjadi my MR. NICE GUY.
Aku memberikan peluang kepadanya berulang kali sehinggalah satu ketika...apabila kami membincangkan tentang hati dan perasaan dan aku meminta untuk menjadikan hubungan aku dan dia hanya kawan....dia melenting dan mengamuk. Aku sendiri tidak tahu kenapa dia perlu marah sedangkan selama ini aku tidak pernah menyatakan secara langsung tentang perasaan aku padanya. Mungkin inilah kesilapan aku yang mana aku tidak akan ulangi lagi.

kenapa aku tidak suka dia?

NIK bukanlah lelaki yang teruk, yang suka berfoya-foya dengan pompuan lain ataupun suka mempermainkan perasaan perempuan.. namun NIK seorang lelaki yang terlalu sensitif, mudah mengamuk dan panas baran. Apabila dia marah..semua benda akan keluar dari mulutnya dan ayat yang aku tak tahan adalah apabila dia mengatakan bahawa "aku sudah ada jantan lain" which is not true, kerana bagi aku, selagi aku tidak menjadi isteri kepada sesiapa, aku berhak berkawan dengan sesiapa saja dan aku tidak seharusnya terikat dengan seorang lelaki saja. Berkawan...apa salahnya,

Aku sudah tidak sanggup menerima apa saja kata -katanya ketika marah dan dia akan merajuk apabila di tegur dan paling aku tidak tahan lagi apabila dia akan meletakkan telefon tanpa sempat aku berkata apa -apa . Rude!! dan semalam...kemuncaknya..aku mengugut agar dia tidak call atau sms aku kerana sikap dia yang suka letak fon sesuka hati itu....

Berkali - kali aku fikirkan..adakah aku perlu lelaki sebegini dalam hidup aku? Its my life we talking about and i have my own reason y i shud think twice about it.  Ini belum kawin lagi ni...kalau tak..hmmm hancur...

Aku akan cuba mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini..namun begitu...buat masa sekarang..aku perlu fokuskan pada kerja, dan study sebab masa nak exam dah dekat!!! untuk NIK..better cari pompuan lain k...

Monday, December 5, 2011

breaking dawn movie review

salam semuanya..
aku mengambil masa untuk menulis tentang filem breaking dawn yang di tayangkan di seluruh dunia. kisah twilight saga ini memberikan impak yang besar dalam industri perfileman. pada 26/11/2011. aku, azlin, sis luna dan ayu telah menonton filem ini . Very excited. 





Sepanjang filem itu di tayangkan aku merasakan bahawa banyak adegan -adegan yang sepatutnya pelengkap kepada kisah vampire ini telah di potong  dan ianya membuatkan cerita ini tidak menarik dan lost. Bagi yang telah membaca buku-buku twilight, akan rasa kecewa kerana banyak adegan telah di potong . Mungkin pihak yang bertanggungjawab ada alasan yang untuk membuat potongan adegan ini .  Untuk filem ini, aku berikan 4/5 kerana ianya di cacatkan oleh adegan -adegan yang tergantung. Berharap agar breaking dawn part 2 tidak akan di potong adegannya....











Tuesday, November 22, 2011

Mencari Idea untuk Novel

Aku masih tidak dapat menyiapkan novel yang ada kerana ketiadaan idea. Tak boleh nak connect antara satu sama lain..walau bagaimanapun aku tgh berusaha mencari feel supaya aku dapat siapkan jugak novel ini. Watak watak yang ada di dalamnya penuh emosi dan bermain dengan perasaan..aku perlu mencari idea dengan pergi bercuti kot..tensennya...arggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

Monday, November 21, 2011

Masa untuk serius tentang semua perkara

semalam 20/11/2011, aku berada seharian di kampus puncak perdana. Kelas bermula dari 8 pagi sehingga 6 petang membuatkan otak menjadi sangat sangat penat dan aku terasa amat letih. Namun nasib baik semua input selamat berada di dalam kepala hotak aku ni...
Study adalah satu perkara yang paling aku suka.. sejak dari dulu ( sebelum aku melakukan kesilapan besar dalam hidup aku) sehingga lah sekarang. Berada di sekeliling buku-buku  membuatkan aku bersemangat dan merasakan diri ini di berkati oleh Tuhan kerana memberikan kekuatan dan IQ yang baik.





Exam makin hampir tapi aku kurang membuat persediaan. ..so now adalah masanya untuk membuat segala persiapan sebelum exam..hmmm




tapi .. dugaan demi dugaan menggoda..mampu ke aku ni...hahahahahahaha



Wednesday, November 16, 2011

penjelasan yang boleh diterima



berdasarkan teguran aku pada pihak pengurusan Les Copaque melalui email, maka aku menerima jawapan dan aku mengucapkan terima kasih kerana email aku berjaya mendapat perhatian pihak pengurusan. aku menerima cara pihak pengurusan terutama Tuan Haji Burhanuddin menjawab email aku dan terima kasih atas penjelasan tersebut. Apa yang penting pihak pengurusan seharusnya memberikan perhatian tentang tahap perkhidmatan mereka.


persahabatan itu diukur dengan apa?

persoalan yang menjadi tajuk post aku kali ini sebenarnya adalah dari perasaan aku tentang seorang sahabat yang aku anggap 'best frend'. Mungkin bagi dia aku hanyalah sekadar kawan biasa yang tak penting tetapi bagi aku, dia aku anggap sahabat baik kerana aku sebenarnya tidak mempunyai ramai kawan perempuan yang rapat. Aku tidak menyangka bahawa dia berubah dengan tiba-tiba. Aku tahu dia sekarang sudah ada seseorang yang boleh menjadi harapan untuk dia dan aku bahagia kerana dia sudah tidak menderita tentang cinta dan lelaki. namun..kenapa perlu menyisihkan aku sebagai kawannya?

apa pun..aku berdoa dia akan bahagia cuma aku terasa di hati sebab di kala dia menderita tentang cinta, segala  masalah dia...aku adalah insan yang dicari dan sering mendengar masalahnya namun kini..semuanya tiada...

buat dia..semoga dia bahagia ....

Tuesday, November 15, 2011

order lain dapat lain....Satu peringatan!!!!

lokasi: gengs corner , jam 8.00 malam, tarikh 14.11.2011..

aku dan lady boss mencari tempat makan yang selalu kami g makan tapi rupanya tutup..so sebagai altenartif..kami memilih RESTORAN GENGS CORNER sebagai tempat makan malam kami

Aku dan ladyboss kekadang citerasa lebih kurang cuma yang pasti aku tak makan nasi so menu berasaskan nasi tak akan di pandang (cewah..perasan) menu aku order : bihun goreng biasa +sup tulang+ jus tembikai+ ais kosong (air wajib) dan ladyboss : nasi putih+ sup tulang+ jus tembikai.

kami menunggu dengan sabar kerana melihatkan tak de la ramai orang kat restoran ni..ditambah dengan hujan yang cukup lebat. apabila sampai makanan yang di order....kami tergamam kerana menu yang di order lain  yang datang dalam bentuk lain..hahaha..jeng jeng jeng.!!!!.lupa lak nak ambik pic sb tngah marah...
aku dan ladyboss meruap rasa nak marah sb setahu kami..tak de pun ayat order" sup tulang untuk dua orang makan" sb kami order berasingan. sup tulang kami rupanya di satukan dalam satu mangkuk. punya la hangin aku sb aku tidak makan pedas sedgkan ladyboss ada le rasa pedas sikit sikit...

kami makan dengan hati yang sebal dan marah sb x puas hati...aku ni kira seorang yang suka makan dan mencari tempat makan yang best dan kalau best memang best la tempat tu. namun inilah kali pertama aku berdepan dengan cara yang paling teruk sekali. aku tidak boleh terima benda camni...sedangkan kedai makan tepi jalan (SHASHA TOMYAM ) yang semuanya pekerja dari siam dan pattani..pun tak buat kesilapan macamni....

sebagai seorang yang pernah makan di kedai ini...aku tidak akan rekomenkan tempat makan ini..kerana servis yang teruk dan tidak bagus..ok berbalik dengan citer tadi..

selepas kami selesai makan...setelah menantikan kaunter bayaran tak de orang..maka aku dengan hati yang membara telah meluahkan ayat ayat manis pada penjaga kaunter. pada mulanya aku cakap lembut tetapi selepas budak jaga kaunter tu beri satu jawapan yang paling b***h yang pernah aku dengar :
"kenapa akak tak cakap nak asingkan"

aku terus naik angin dan keluarlah ayat ayat membebel aku. persoalannya..perlu ke kami cakap nak asing sedangkan order kami juga asing..melainkan aku dan ladyboss nak share...huh...sakit hati giler..mati selera makan...

last-last..aku beli dua bungkus super ring (jajan) dan ladyboss beli burger ..



Monday, November 14, 2011

menerima cinta kerana benar benar cinta atau kerana simpati??

pagi lagi aku dah di hadapkan dengan masalah cinta. Aku mengenali NIK bermula dengan kawan biasa dan akhirnya dia mengaku dia menyukai aku. Walau bagaimanapun, hati aku tiada feel terhadap dia walaupun dia seorang yang baik dan aku rasa dia seorang anak yang patuh krana dia sanggup tidak bekerja di bandar semata mata nak menjaga mak . Aku tidak tahu apa yang aku mahukan dari seorang lelaki namun NIK bukanlah lelaki yang mampu membuatkan aku ada rasa feel.

Biarlah semua orang berkata aku MEMILIH dan tidak cermin diri sendiri namun aku yang pernah mengalami dunia perkahwinan merasakan lebih baik aku tidak mengalami kesusahan semasa berkahwin dahulu. Aku lebih rela hidup begini..tanpa perlu pk kan tentang kewujudan lelaki dalam hidup aku..
....................
NIK deserve better women dan aku bukanlah perempuan itu. Aku takut untuk melukakan hatinya kerana aku tak nak satu hari nanti aku akan dilukai..namun aku juga tak nak perasaan simpati mengatasi perasaan cinta dan sekaligus aku mencintai dia dalam PAKSA...
..................
Dari rupa paras, aku tidak pernah memilih tetapi lelaki pilihan aku semestinya seorang lelaki yang boleh bawa diri kemana mana....baik dalam keluarga aku maupun keluarga dia..dan yang paling penting, ada rasa tanggungjawab serta perancangan hidup...

Penat aku memujuk dan menjelaskan kepada NIK ttg prinsip dan perasaan aku namun NIK seolah-olah menuduh aku ada lelaki lain dan menolak cintanya kerana lelaki lain. Demi Allah aku tidak ada lelaki lain cuma aku jadi PENAT dan LETIH dengan rindu, cinta, kasih, sayang..lelaki...bosan sih!!!



Thursday, November 10, 2011

sesuatu yang memenatkan

semalam..tiba - tiba aku rasa seluruh hidup aku kosong dan entah kenapa aku rasa...aku lah manusia yang tidak pandai untuk bersyukur. hhhhhmmmm....alamak..ayat tetiba tergantung lak...

Tuesday, November 8, 2011

this is my lovely fren....

salam..
lupa nak masukkan kisah aku, sis luna, baby askim and ayu..berkaraoke...last october. ini adalah kali pertama pertemuan aku dengan baby askim.. well she's so fun n sporting.tq baby askim!!!.. rasanya kalian boleh lihat kegembiraan kami melalui pic -pic di bawah





Siapa sangka...hubungan persahabatan (2thn) membuatkan kami seperti adik beradik.Hubungan aku dan luna..dari geng group lama until group baru..kami seperti adik beradik...Gaduh, dingin, mesra, merajuk, marah, sensitif..semuanya membuatkan hubungan kami unik. Apa pun she's so special to me...luv u all gegurl BBOM...

Yahoo Messengger :baik atau buruk!!!

Salam aidladha utk semua..dan untuk kali kedua berturut turut, aku tidak pulang ke kampung pada hari raya. Nasib baik mama sporting. cuti tak ada..n mood raya juga tidak ada.  Sepanjang cuti dari sabtu hingga isnin..adalah agenda -agenda yang aku telah penuhi tapi yang paling aku tak sangka ialah 'berchatting' di Yahoo Mesengger(YM) . Satu aktiviti yang telah lama aku tidak lakukan kerana aku merasakan chatting di YM sudah agak lama dan tidak efisien lagi. Disebabkan aku dah dapat semula laptop pinkiy aku ..so aku mula dapat melayari chatting di YM dengan jayanya. Apabila difikir-fikirkan semula..kenapa aku tidak minat untuk melayari chatting YM adalah disebabkan beberapa faktor. Antaranya:


1. YM penuh dengan lelaki giler seks 
    - Ayat tu bukan untuk semua, sb ada gak yang ok cuma aku ni kurang bernasib baik sebab tak jumpa dengan lelaki baik dalam YM. Selalunya aku akan kenal lelaki yang kepala otaknya asyik ingat sex..antara ayat ayatnya 'jom notty-notty', 'u pakai bra saiz berapa', u pernah xxx tak?' dan banyak lagi. Aku tergelak besar bila memulakan comunication. Baru bagi salam dah ajak notty..what de hell!!

2. YM penuh dengan penipuan
  - Dalam dunia ni..kenapa la susah sangat nak bercakap jujur sedangkan perkara itu adalah yang terbaik dalam hidup. Aku sering terkena dengan lelaki yang katanya bujang tapi hakikatnya suami orang dan pastinya selang sebulan or dua bulan..aku akan menerima call dari 'isteri' n marah -marah. Ayat aku senang je..pada isteri orang tu..aku tidak tahu pun laki ko tu berstatus kawin..sb aku tanya dah kawin ke belum , di cakapnya tak kawin..
arghhhh...bosan siot...semuanya penuh dengan penipuan.


3. YM penuh dengan video lucah yang free
 - Ada satu perkara yang aku tidak faham tentang lelaki dalam YM ..suka sangat bagi video lucah percuma. Bila buka cam mereka..Ya!Allah..mereka semua ada yang naked, ada yang pakai boxer, ada yang pakai spender dan lain-lain.. kekadang rasanya baik mereka berlakon dalam filem blue..hahah tak pun dalam iklan seluar dalam.. or boxer...kalau bagus ok gak..ini....hampeh..


Walau bagaimana pun, aku tak nafikan bahawa YM ni banyak membantu aku mengenali dengan lebih dekat tentang lelaki , tentang hati dan perasaan. Disitu aku mengenali siapa lelaki yang jujur or yang berniat sebaliknya.


Tq YM sb menjadi peneman di kala aku kebosanan tahap gaban...namun diharap pengguna YM janganlah menyalahgunakan YM untuk tujuan yang tidak elok...



Thursday, October 27, 2011

konvokesyen n jubah


26/10/2011 aku bersama kawan ke Dewan Agung Tuanku Canselor sb nak ambik jubah dan aku akan menerima diploma pada 29/10/2011. Happy sebab dapat jumpa kekawan ...

ambik jubah tu sekejap je tapi nak beraturnya punya la lama..dan panjang. Nasib baik time management kitaorang betul..g pagi..so that tak yah beratur lama. (tgk le pic kat bawah ni)




inilah dewan yang akan menyaksikan majlis convo aku...yeayyy. Berbaloi 3tahun setengah...kuliah setiap petang, berbuka puasa dalam bilik kuliah, penat letih semua ada..berbayar apabila menerima diploma dan insya allah..dua tahun  lagi aku convo untuk Degree lak..yeahhh...

Monday, October 17, 2011

Hari untuk lepaskan stress n tension



Hari sabtu , 15 Oktober, 2011..aku, cik wan, lyn dan aklima berkelah di Sungai Tekala,di hulu langat. Ini adalah perkelahan pertama kami berempat dan aku happy sebab dapat release tension. Pemandangan yang cukup cantik dan airnya yang cukup sejuk.

ada adegan yang tak leh dilupakan ..apabila di serang oleh kera.

masa tu , kami baru je letak makan atas meja batu kat pondok yang disediakan..suddenly datang kera jantan dengan slumbernya ...mendekati kami dan cuba menarik tupperware yang berisi nugget yang di goreng oleh lyn. adegan tarik menarik antara kera n aklima membuatkan kami semua tergelak besar..akhirnya, kera itu berjaya menarik sebungkus epal yang ada di atas meja.. kiranya hari ni buat sedekah jariah ler..bg kat kera tu makan...

pic kat atas tu..kera yang brutal bersama sebungkus epal (perompak buah)


apa pun tq for cik wan , lyn n aklima kerana merealisasikan perkelahan yang singkat tapi cukup membuatkan aku ada kenangan....


tq all....


Saturday, October 8, 2011

filem Al-Hijab

Sejak melihat preview filem al-hijab, aku decide nak g tgk citer ni...sebab aku adalah penggemar filem seram. kali terakhir aku rasa citer paling seram yang aku tgk adalah 'laddaland' filem seram thai.
7/10/2011, aku n cik wan g tgk...nasib baik kami sama sama suka tgk citer tu..

pertama: aku rasa citer dia ok la..dari 5 bintang aku bagi 4 bintang..ini kerana aku rasa citer ni masih boleh dipanjangkan lagi seramnya.

kedua: pelakon-pelakonnya agak kureng sikit terutamanya fathia sebab dia x sesuai dengan watak tu.

ketiga: lawak yang dibuat masa ngasrizal, munir dan seorang lagi pelakon dlam lori pick up tu memang terbaeekk .

keempat: aku cuma tak faham kenapa pierre tak leh nampak hantu hantu yang ada semasa berjalan kaki sedangkan kisahnya ttg hijab dia yang terbuka..alih alih..pemandu pemandu kereta yang lain yg nampak hantu...n hantunya agak kabur

kelima: ending kisah ni seolah-olah ada sambungan citer ini.
keenam: gambaran pocong di dapur rumahnya adalah agak baik ...sebab aku pernah diusik begitu..hahaha

apa pun tahniah pada pierre andre kerana mengarah dan berlakon dlm citer ini .

***masih tak ada kesan takut , tak seperti citer "jangan pandang belakang"..sebab masa balik tgk citer tu dengan salmee...kami mendiamkan diri..takut..hahahahahaah

Friday, October 7, 2011

melayan kerenah audit di opisku

dua hari aku di audit gara-gara email layang yg dihantar kepada ketua ku. sesungguhnya aku diduga beribu ribu kali dan di fitnah berjuta juta kali. aku berharap aku akan dilindungi dan sesungguhnya aku berharap org yang kenakan aku insaf dan dpt pengajaran secukupnya . Allah akan sentiasa melindungi hambNya. . .

Monday, October 3, 2011

me, qaseh and qaira

 me, qaseh and qaira

 mama, qaseh and qaira
 qaira qalisya yang debab
me and qaira

filem yang paling tak menakutkan dan tak seram


first..aku nak review citer pasal filem DREAM HOUSE. aku memang minat citer hantu n citer seram tapi kali ini aku tgk citer ni...aku jadi nak tergelak pun ada. tak ada satu pun yang SERAM dalam citer ni...malah ada rasa sedih dan simpati.

watak utama , Daniel craig ( peter ward/will atenton) bermain dengan halunisasi..dan membuatkan dia rasa wife dan anak anak dia masih hidup. itu je...apa pun korang jangan la tgk citer ni sebab citer ni tak best.....

Thursday, September 29, 2011

kemaafan dendam yang terindah




peristiwa yang berlaku dalam diri aku beberapa hari yang lepas membuatkan aku terfikir bahawa..senang untuk melukakan hati seseorang namun sukarnya untuk menyembuh luka di hati yang telah robek dan ada kesan parut yang terlalu dalam. Aku menjadi trauma bila datang ke pejabat. Masih terngiang -ngiang lagi kata kata lelaki itu yang pernah aku anggap seorang abang /ayah ..apabila dia menengking dan marah aku tanpa sebab. Kuasa fitnah memang kuat dan aku tidak nafikan bahawa "bini firaun" yang menabur fitnah itu secara tidak langsung berjaya membuatkan hubungan aku dan boss -boss aku renggang.

walau bagaimana pun...kini aku sedar..siapa lawan siapa kawan...

ya! allah! permudahkan segala urusan ku dan semoga aku sentiasa dilindungi oleh Nya...amin

Tuesday, September 27, 2011

kes tindas menindas episode II

hari ini dalam sejarah..aku kena marah dengan boss..atas kerja yang aku tak buat. aku tidak pernah menduga bahawa akan ada orang mengadu domba tentang sesuatu yang aku tak perkatakan. 

apa pun aku akan berusaha untuk menjadi lebih baik dan bersabar kerana aku tahu aku berada di pihak yang benar..insya allah..semoga doa mama agar aku dilindungi akan di makbulkan..insya allah..!!!

Monday, September 26, 2011

my collections





nak tambah collections....

me, book and lunch



Sabtu lepas, aku ke Kompleks PKNS...having lunch(nasi lemak..dalam pic tu...dagingnya memang garing n sedap) Satu tabiat yang memang aku tak boleh nak kikis..ialah makan sambil membaca. Aku belum berjaya menghabiskan buku BREAKING DAWN..dari TWILIGHT SAGA...

Sambil makan sambil baca...satu tabiat yang memang dari dulu lagi ...hahaha..ini kalau mertua lalu pun aku tak sedar ni...Buku dan aku memang tidak dapat dipisahkan dan aku seboleh bolehnya mahu memiliki semua buku yang ada di dunia ini..hahah( berangan siot)


Saturday, September 24, 2011

akhirnya....dia berlalu pergi

aku memberanikan diri, mengumpul sejuta kekuatan untuk 'delete' abie dalam list bbm aku. semasa aku lakukan itu, aku merasakan bahawa..inilah masanya untuk aku melepaskan dia kerana aku menyedari bahawa sudah berminggu dia membisukan diri dan aku yakin bahawa dia tidak akan menyedari akan kehilangan aku di sisinya. aku akui..aku rindu dia...aku sayang dia dan aku cinta dia namun...tiada guna berharap pada sesuatu yang sudah pasti bukan menjadi milik kita...lantas kerana itu aku lepaskan dia..semoga dia akan sedar bahawa selama ini..hanya aku dan cinta aku saja yang ada dalam dirinya dan seandainya aku pergi dari dia..maka tiada lagi cinta dan sayang itu...

pergilah sayang..kerana sesungguhnya...aku merelakan dirimu pergi....seandainya ini yang membahagiakan dirimu........

Thursday, September 22, 2011

menilai segala apa yang telah berlaku pada beberapa minggu yang lepas

aku mengambil masa yang lama untuk menulis kembali dalam blog aku..pertama kerana aku agak bz dengan kerja yang memerlukan komitment dan fokus pada kerja. kedua, kerana mood aku yang masih swing dan membuatkan aku hilang idea untuk menulis.

musim raya bermakna musim open house tapi aku yg memang tak suka open house..hanya pergi ke beberapa rumah yang berdekatan sahaja.

selepas musim raya..aku sibuk dengan kuliah ku...terasa macam ada yang tak kena kerana belajar tanpa sifu ni ibarat orang buta berjalan tanpa tongkat tapi aku gagahkan jua kerana aku perlu kuat...

lately aku merasakan aku semakin kehilangan orang yang aku sayang..sorang demi sorang...persahabatan sudah menjadi tawar dan tidak lagi seindah dahulu namun aku tetap begini,...kalau tiada yang suka dengan aku maka aku harus juga berdiri di kaki aku sendiri....

percintaan aku juga sudah berakhir dan aku sudah tidak mampu untuk mempertahankannya..selamat tinggal cinta..mungkin aku akan bertemu dengan cinta yang selayaknya untuk aku..

kehilangan demi kehilangan membuatkan aku sedar bahawa...aku semakin menjadi matang dalam menghadapi kehidupan ini dan aku sedar bahawa...sebaik mana pun kita...seikhlas mana pun hati kita...sejujur mana pun jiwa kita namun hasad dengki, irihati dan benci adalah ramuan hidup yang kita tidak boleh pandang rendah...



Sunday, August 28, 2011

selamat tinggal ramadan. .

beberapa hari lagi.  ramadan akan pergi..dan aku tidak tahu adakah tahun depan aku masih berpeluang untuk menjalani ramadan. .
apa pun. . aku beada di kg. .menyambut ramadan dan syawal bersama keluarga. tiada yang menarik kerana aku tetap begini. . tiada persiapan yang perlu dibuat melainkan untuk diri sendiri.aku juga tidak merasa ghairah n excited untuk  menyambut hari raya kerana bagi aku hari raya hanya untjk kanak-kanak . tiada keajaiaban yg akubharapkan di bulan syawal. . malah kalau ditanya hati. . aku hanya ingin pulang dan mendiamkan diri tanpa dihubungi oleh sesiapa saja. namun satu peristiwa telah berlaku di bulan ramadan. . dimana aku telah kehilangan sebuah cinta yang aku cuba pertahankan. . selama 10 bulan aku cuba menjaganya agar ianya tidak akan mati namun aku tidak berdaya untuk pertahankannya kerana hanya aku yang berusaha untuk menjaganya. . namun tidak pada abie.

selamat tinggal ramadan...selamat tinggal cinta. . selamat tinggal sayang. .

Tuesday, August 2, 2011

madah cinta....

jangan SENTUH hidup seseorang jika berniat untuk 

MAIN2KANNYA...Jangan ucapkan I LOVE U jika itu 1

 pembohongan...perkara yang paling KEJAM ialah membuat 

seseorang itu jatuh CINTA pada kita, sedangkan kita tak 

BERNIAT langsung menerimanya disaat dia benar2 JATUH 

CINTA pada kita....

Monday, August 1, 2011

ramadan tiba...

tanggal 1 Ogos 2011..ramadan datang lagi dan aku masih berada di sini..menghadapi ramadan dengan penuh sabar. kenangan berpuasa tetap menjadi kenangan yang sukar di lupakan. tahun lepas..aku n kawan kawan BBOM( geng blackberry group) berpuasa sambil chit chat ..best gak...semuanya memberi kesan yang mendalam pada aku.

kali ni aku berpuasa ...tanpa perlu menghadiri kelas.dah graduate..dah habis belajar...haha..cuma nak tunggu kemasukan buat ijazah pulak. tak sabar rasanya sebab aku rasakan bahawa semangat aku utnuk belajar kuat.!! aku pasti boleh!!..alamak lari tajuk lak.
ramadan kali ini aku berharap aku akan tenang dan kuat semangat utk menempuhinya. bila munculnya ramadan ..aku akan terbanyangkan kuih kegemaran aku " jalo mas". Sanggup tempah berbelas ringgit semata semata nak makan..kecur air liur aku..hahahah
Inilah kuih kegemaran aku. Dahulu kala, kuih ini hanya untuk raja dan kerabat di raja saja, Aku teringin nak buat kuih ni tapi tak pandai. Rasa sedapnya membuatkan aku tidak pernah lupa untuk membelinya...apabila balik kelate....

aku nak balik kelate n makan kuih ni banyak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, July 14, 2011

jauh di sudut hati

jauh di sudut hati..aku merindui mu
jauh di sudut hati..aku mencintaimu
jauh di sudut hati...aku menyayangimu..

namun jauh disudut hati juga aku terluka..
juga kecewa
juga merana..

mungkin cinta itu bukan milik kita..mungkin juga ianya hanyalah persinggahan sementara aku dan dirimu...
semoga apa yang ada kini..akan terus kekal bersemadi di hati dan seandainya aku akan kehilanganmu..aku yakin dan pasti bahawa..aku akan terus meletakkan namamu, kenangan antara kita dan segalanya di hati ini..di sudut hatiku....untuk selamanya

Monday, July 11, 2011

tindas menindas, kena tindas menindas

salam pagi isnin.. hari ini aku amat bz dengan keje-keje . Walaupun begitu, aku still boleh berdepan dengan semua orang walaupun banyak perkara perlu diselesaikan dan aku tidak mahu mood di pagi hari berubah kerana benda benda kecil. Urusan kerja  aku terlalu menyusahkan aku kerana kekangan orang yang boleh membantu aku melaksanakan urusan aku. Mana nak handle yang ni , yang tu..belum sempat habis yang ni kena buat yang tu..tapi itu semua keje dan aku seboleh-bolehnya akan berusaha untuk siapkan keje -keje ini . Aku belajar menjadi seorang yang sabar dan aku tidak pernah terfikir boleh menjadi sesabar ini. Apapun aku berharap agar urusan keje aku diberkati dan aku berdoa semoga aku dapat bertukar dan seterusnya berada jauh dari orang-orang yang aku tak nak lihat dan pandang.

doa orang teraniaya..akan menjadi makbul dan insya allah aku akan berdoa bg mereka yang mengenakan aku di opis aku  ini.. Langit tak selalunya cerah..kekadang mendung akan datang..dan pastinya mendung dan hujan akan membersihkan segala kotoran ..

Tuesday, July 5, 2011

RENUNGAN UNTUK HATI

lately aku banyak berfikir tentang hubungan aku dan abie, malah aku rasakan bahawa hubungan kami dah semakin hambar. Tiada lagi bbm di awal pagi or waktu waktu biasa nya dahulu sering hadir dalam bb aku. Alasan bz kekadang membuatkan aku terfikir...Mungkin perasaan aku tetapi apabila semakin hari semakin kurang bbm dari Abie..aku fikir mungkin inilah masanya aku kaji semula kisah cinta kami. Sering aku bertanya pada diri sendiri....adakah abie akan mencintai aku seperti mana aku mencintai dia, adakah abie akan merindui aku seperti mana aku merindui dia. malah aku tahu bahawa abie bukanlah seorang lelaki yang romantik apatah lagi nak jiwang..so aku tak berani untuk berkata kata romantis padanya...takut di cop mengada-ngada..hehehehe..
semoga Tuhan mempermudahkan hubungan kami dan aku akan terima apa jua yang akan berlaku kerana aku tau Tuhan sudah menentukan yang terbaik untuk aku.

saya sayang abie....muahhhh

Monday, June 27, 2011

pening!bizi!rindu!bosan!sedih!

Balik dari kampung..semuanya membuatkan aku pening. Excited balik kampung dah jadi hambar kerana hubungan aku dengan mama tidak seperti yang aku harapkan. Maybe benda yang berlaku adalah sesuatu yang simple..bak kata anakbuah aku.."forgive and forget" tapi mungkin terkesan di hati. Di kampung...awal pagi mama akan membelikan sarapan dan alangkah sedihnya ..sarapan untuk aku tidak dibeli. Terkejut juga ..tapi macam yang aku cakapkan..benda tu simple je..cuma aku terasa jugak la. Mungkin pada orang lain nampak biasa tapi sebenarnya aku tahu hakikatnya aku bukanlah seorang anak yang dapat banggakan mama. Semakin aku memikirkannya.aku jadi sedih so i just let it go..walaupun sedih but must be strong becoz..she"s my mother.

pagi hari isnin..bz tetiba..haha..meeting decide nak buat kul sepuluh. nasib baik semua dah siap. selain dari itu, aku merasa rindu pada ABIE.hanya pada dia saja aku boleh menumpang kasih...selain dari kawan kawan bbom yang lain. Namun hakikatnya....aku rindukan dia...abie....

apa pun...aku suka namun duka

Friday, June 24, 2011

Perjalanan ke kelantan

Hari ini. . Aku balik kelantan.kecoh sb inilah percutiaan aku yang paling singkat. Aku balik hari jumaat n hari ahad aku dah balik ke shah alam. Cukup la nak ubat hati yg rindu kan kg.

Monday, June 20, 2011

rindu kowt

sejak minggu lepas..abie tidak dapat dihubungi oleh BBM. Aku dah terbiasa dengan BBM bila berhubung ngan dia so aku jadi marah sb tak dapat berhubung. Memang dia akan sms dan call tapi tak sama, susahnya kalau abie tak on BIS. Aku jadi bad mood sebab benda-benda ni sb aku dah biasa berBBM dengan dia. Abie pun anggap benda ni tak penting..so aku kena respect la apa yang di anggap tu.
Aku senang je..kalau tak nak on BIS dan x nak ON BBM ..so senang citer aku off je BIS N BBM . blackberry aku jadi hp biasa je la. Senang citer.

Aku memang rindu abie...uwaaaa(ikon nanges!!!!!)

siapkan manuskrip

bermula hari jumaat malam sehingga ke hari ahad ..aku bekerja keras menyiapkan manuskrip . Perlu siapkan segera supa akak yati dapat mengedit dan seterusnya publish kan manuskrip itu. Kisah cinta itu biasa namun pengalam bercinta memang berbeza antara satu sama lain..so aku hanya mahu berkongsi kisah cinta aku dengan yang lain lain dan seterusnya boleh menjadi iktibar pada yang lain lain.
minggu ini aku akan balik ke kelantan. 24hb akan berada di kelantan. Mungkin aku akan bawa balik laptop dan siapkan dirumah. Apa pun aku berharap aku akan berjaya menyiapkannya dan mahu melihat feedback dari kawan kawan baik di internet mahupun kawan-kawan sekeliling..

Friday, June 17, 2011

apa lah salah aku ek

aku merupakan pengguna blackberry bold 3 dan aku memang enjoy menggunakannya. blackberry mesengger  merupakan satu satunya perkara yang membuatkan aku addict dengan BB. Namun begitu aku cukup tak faham dengan manusia manusia yang ada dalam BB ni..suka suka add lepas tu nak blah suka suka blah tanpa ada bg tau apa apa...so untuk mereka yang suka add n suka remove..tolonglah...setakat berkawan tak salah kot..kalau pun ada perasaan cinta tu pun hanya virtual je kot...

mood pada hari jumaat ..

hari ini selepas meeting, aku banyak membaca blog kekawan yang ada..mencari ilham untuk tulis kat blog aku. banyak benda yang ada dalam fikiran cuma rasa nak menulis tu yang malas. dua hari lepas aku dapat anak buah baru..baby gurl..salmee selamat bersalin..so dengan itu qaseh qaisara sudah menjadi kakak. masa tgk baby tu aku rasa macam nak ada baby tapi nak kawin?..sapa la yang nak so kena pk cara lain bila nak dapatkan baby.


dua buah hati aku yang paling aku sayang. semoga masa aku tua tua nanti..aku dapat menumpang hidup dengan mereka dan aku mengharap agar mereka tidak akan melupakan aku ...

Tuesday, June 7, 2011

kenapa perlu pertikaikan

ramai yang persoalkan aku dan hubungan cinta aku . kenapa tak kawin lagi? sampai bila nak bercinta je? kenapa pilih lelaki camtu ? kenapa banyak sangat kawan lelaki? kenapa tak nak cari lelaki yang baik-baik yang akan mengahwini aku? Persoalan demi persoalan hadir disaat aku berusia 34 tahun. Apabila mendengar soalan-soalan itu, aku menjadi marah . Tak pernah aku sangka, rakan-rakan dan saudara aku tidak memahami aku dan menuduh aku bermacam macam. Hakikatnya ini semua dugaan Tuhan. Cubalah fikir dengan logik..tiada siapa yang mahu dilahirkan untuk bersendirian bila tua. Tiada siapa yang mahu bujang sampai ke tua. Tiada insan yang tidak mahu berkahwin dan mempunyai keluarga..tapi persoalannya..bukan kita yang menentukan segalanya, Aku sendiri sudah berusaha, mencari seseorang , bercinta, berkasih sayang, berkorban apa saja..namun di akhirnya Tuhan menguji perhubungan kami dengan pelbagai dugaan, Adakah kita mempunyai kuasa untuk itu semua. apa yang boleh di lakukan hanyalah berdoa dan berharap semoga ianya akan berakhir dan semoga perhubungan itu direstui.

Aku tidak pernah menolak untuk bercinta mahupun menngenali seseorang yang bernama lelaki..namun tiada yang mampu aku lakukan andainya lelaki itu memilih untuk hanya berkawan dengan aku. Dan kini aku sedar bahawa..aku hanya perlu sayang dan cintakan diri aku sendiri. Itu saja. Aku ada kerjaya, aku ada keluarga yang sentiasa berada disisi aku, aku ada kawan kawan yang sentiasa menyokong aku ...itu sudah cukup. Kalau aku fikirkan apa yang akan terjadi akan datang..itu bermakna aku mendahului Tuhan..kerana hanya Tuhan yang tahu apa yang akan berlaku kemudian hari.

duhai kawan dan saudaraku..sudah sudah la memberikan tekanan pada aku. Berdosakah aku sekiranya aku tidak berkahwin? Hinakah aku sekiranya aku tidak ada suami? Salahkah aku sekiranya aku tidak merancang untuk berkahwin. Andainya ada jodoh..aku kawin , tapi kalau tiada jodoh aku...kena terima dengan sabar...

penuh makna

Sewakti aku menunggu 'dia', aku terpandang gelagat seorang ibu dan anak-anaknya. Waktu itu, si ayah sedang berniaga burger di sebelah( sori tak sempat nak snap pic) . Apa yang aku suka tentang gambar ini adalah kesungguhan ibunya mengajar dan ketekunan anaknya belajar. Ternyata, belajar tidak kira dimana tempatnya dan siapa yang mengajarnya. Si ibu dan anak anak tidak peduli akan suasana di sekeliling... sewaktu gambar ini di ambil, aku berdoa semoga anaknya akan menjadi insan yang berguna...dapat membantu keluarganya..dan tidak akan lupa diri bila berjaya kelak..Amin..!

Saturday, June 4, 2011

listen..to ur heart

Listen to the song here in my heart
A melody I start but can't complete
Listen to the sound from deep within
It's only beginning to find release

Oh, the time has come for my dreams to be heard
They will not be pushed aside and turned
Into your own all 'cause you won't
Listen

Listen, I am alone at a crossroads
I'm not at home in my own home
And I've tried and tried to say what's on mind
You should have known

Oh, now I'm done believing you
You don't know what I'm feeling
I'm more than what you made of me
I followed the voice you gave to me
But now I've gotta find my own

You should have listened, there is someone here inside
Someone I thought had died so long ago
Oh, I'm screaming out and my dreams'll be heard
They will not be pushed aside on words
Into your own all 'cause you won't
Listen

Listen, I am alone at a crossroads
I'm not at home in my own home
And I've tried and tried to say what's on mind
You should have known

Oh, now I'm done believing you
You don't know what I'm feeling
I'm more than what you made of me
I followed the voice you gave to me
But now I've gotta find my own

I don't know where I belong
But I'll be moving on
If you don't, if you won't

Listen to the song here in my heart
A melody I start but I will complete

Oh, now I'm done believing you
You don't know what I'm feeling
I'm more than what you made of me
I followed the voice you think you gave to me
But now I've gotta find my own, my own


sejak dua menjak ni dah jadi suka dengar lagu "listen" beyonce.. mungkin kerana aku merasakan bahawa aku harus mengikut kata hatiku..hahahaha bukannya dengar kata-kata orang lain.

Tuesday, May 31, 2011

cinta dan air mata

Aku tidak tahu bagaimana untuk aku memulakan satu kehidupan yang baru selepas kehilangan dia kelak? adakah aku akan menjadi sekuat dan setabah insan lain? adakah aku mampu untuk memadamkan segala kenangan aku dengan dia? dan berpura pura bahawa semua itu hanya mimpi ngeri yang sentiasa menghuni tidur malam ku? adakah aku akan bisa berdepan dengan semua itu tanpa memikirkan bahawa jaud disudut hati ini..aku menderita!!

walau bagaimana aku cuba untuk membencintya namun aku tidak mampu. dia adalah insan yang bertakhta di hati ini kini dan selamanya. aku tidak mampu melukai hati dia..walaupun berkali aku berfikir untuk menjauhkan diri darinya.. biar dia hidup tanpa aku dan aku hidup tanpanya..namun antara kami seperti sudah berkongsi nyawa..masing masing tidak mampu bertahan lama menahan kerinduan ini kerana aku dan dia pasti saling mencari cari ruang dan masa untuk bersama. Duhai kekasihku..tahukah dikau...aku terlalu mencintaimu dan kini aku menderita kerana mencintaimu. aku tidak mampu untuk berkata apa apa kerana aku tahu aku pasti akan kehilangan dirimu namun aku akan berjuang sehingga ke hujung hati..mencintaimu..menyayangimu..mengasihimu...

Wednesday, May 25, 2011

Malam yang pilu

Setiap malam. . Sblm tidur aku pasti akan teringatkan abie,segala tentang dirinya. Berulangkali aku berfikir sekiranya aku mampu untuk melupakan dia. . Namun setelah sekian laama trnyata aku tidak mampu untuk berbuat begitu.
Abie. . Walaupun cinta kita tak akan bersatu namun syg berjanji untuk terus menjaga kesetiaan ini tanda setia syg pada abie.
Setiap malam aku menangis bila memikirkan ttg perpsahan ygvakan berlaku. Pedih rasanya, pilu hati ini...hanya Tuhan yang tahu.

Abie,aku cinta padamu.

Monday, May 23, 2011

sakit...itu penghapus dosa

aku sakit.!! well walaupun ianya demam+batuk+selsema namun cukup membuatkan aku tidak selesa. Mungkin inilah yang dinamakan penghapus dosa kecil.. even sekejap je pun aku dah terseksa..apabila dirawat barulah aku tahu yang aku kena acute tonsil grade III. Apa pun yang boleh aku buat..adalah makan ubat dan rehat. Ini sebab aku suka minum ais, dan seperti biasa...aku tidak sesekali pun menurut kata doktor. biarlah..aku memang tak boleh berenggang dengan ais. Lama jugak aku tak demam..inilah yang latest..hehehe..nasib baik exhubby..babang menolong aku menghantar aku ke klinik. syukur ada dia...hehehe..tq babang..


sebahagian ubat dan surat mc aku..hahah..kecoh satu malaya sb aku sakit. hmmm apa pun syukur sb aku dah semakin pulih...

Thursday, May 19, 2011

bosannnnnn....

hari ni aku x ada mood. bosan dari pagi sampai la sekarang. aku tidak tahu kenapa tapi aku tahu rasa aku tahu sebabnya. well aku ni jenis tak suka dengar orang membebel. aku tidak suka dengar orang berleter...bosan dengan apa yang aku dengar tanpa tujuan. aku tidak suka dan aku tidak suka!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, May 18, 2011

Bahagia atau derita..itu adalah takdir

semalaman bersama ABIE membuatkan aku rasa bahagia. Dia adalah segala-galanya bagi aku dan andainya kami berpisah..maka hancur lah hati ini. Hakikatnya...perpisahan itu pasti akan terjadi dan sebagai manusia yang diberi akal dan fikiran..serta kekuatan dalaman, maka seharusnya aku bersedia untuk menerima perpisahan ini. Restu ibunya adalah segala-galanya dan aku akui..aku bukanlah wanita yang baik dan selayaknya untuk Abie. Pilu bila memikirkan tentang apa yang berlaku namun aku sedang berusaha untuk menerima segalanya dengan tenang.
Mungkin inilah balasan di atas apa yang aku lakukan, baik dalam keadaan aku sedar atau tidak...dan aku harus akur..

Thursday, May 12, 2011

selangkah bersama cinta

pagi pagi lagi dah bad mood. aku cuba untuk tidak bad mood di pagi khamis tapi entah kenapa bila melangkah ke pejabat..mood aku tetiba berubah. Semuanya tidak kena., nak marah, nak menangis..hmmm..nak nasib le orang yang mendekati aku pada hari ini. Semalam, Mr.J membaca blog aku dan dia terharu kerana tiada orang yang begitu menyayangi dia seperti mana aku..

Mungkin aku sudah bertemu dengan seseorang yang mampu meruntuhkan ego aku, yang mampu membuatkan aku tersenyum 24 jam dan yang penting...bila bersamanya aku dapat apa yang aku nak...kasih sayang, perhatian, manja dan sebagainya.

Kata orang...jangan terlalu berharap pada sesuatu, kerana pastinya ia tidak akan menjadi. So do i...tidak pernah mengharap dan sedang mempersiapkan diri untuk dilukai....

JEFFRI...tiada kata secantik bahasa untuk aku gambarkan betapa aku cinta pada mu...tiada harta untuk aku tukarkan kepada nilai cinta ku terhadap mu.......

Wednesday, May 11, 2011

lelaki yang banyak memberi kesan dalam kehidupanku

Tadi , zura , akak aku upload pic-pic kawin dia..tahun 1995..sekali aku dpt tgk pic ni..pic kekasih hati yang tidak pernah padam dalam hati aku. Gambar AYAH...(1995) ..4 tahun kemudian dia meninggal. TQ for zura sb upload pic pic tu...

Ini adalah lelaki yang amat aku sayangi. Tiada nilainya dalam hidup ini untuk aku tukarkan pada dia..namun aku tahu sedalam mana pun cinta aku, kasih aku pada dia...dia tetap milik ALLAH. Apabila ayah dijemput olehNya..aku berada di sisinya...melihat setiap nafas terakhirnya pergi...berada dihujung kakinya . Sehingga kini aku masih mendengar akan bunyi mesin di wad CCU menandakan ayah sudah tidak bernyawa lagi. Mungkin ada yang tersangkut antara aku dan ayah maka sehingga ke hari ini aku masih tidak mampu menerima kenyataan bahawa dia sudah tiada. Itulah yang telah Allah hukum pada aku, anak yang paling nakal dan degil. Aku menerima apa yang telah diberikan dengan hati yang tabah.

Ayah adalah seorang lelaki yang garang, tegas, manja dan yang paling penting..sifat sifatnya semua ada dalam diri aku. Dia mudah mesra dengan kaum hawa..heheh dan aku pulak sb aku perempuan..maka aku mudah mesra dengan kaum Adam. hehehe

Ayah...rindunya pada ayah....al fatihah untuk ayah...

mengenali insan yang bernama lelaki..

Ramai yang berkata kepada aku tentang lelaki lelaki yang pernah hadir dalam hidup aku. Percaya atau tidak, ramai yang mendekati aku mahukan tips tips bagaimana untuk mendekati lelaki. Hmmm..bagi pendapat aku..lelaki ni ada dua jenis..satu yang baik dan satu yang nakal. Aku sentiasa bertembung dengan lelaki lelaki yang nakal dan hanya sedikit saja yang baik yang pernah aku kenali. Namun..pengalaman itu yang paling bernilai kerana dengan mengenali lelaki lelaki nakal aku maklum dan fasih dengan kehendak dan keinginan lelaki lelaki bersifat nakal ini.

APA YANG LELAKI SUKA DAN TIDAK SUKA...

Untuk tatatpan kekawan sekalian..

Lelaki:-
1. Suka wanita yang independent..
2. Suka wanita yang manja
3.Suka wanita yang open minded
4.Suka wanita yang cantik (subjective)
5.Suka wanita yang tahu membawa diri apabila di bawa ke mana mana...(terutama majlis yang berkaitan dengan kawan kawannya)
6. Suka wanita yang pandai masak
7. Suka wanita yang ada pendirian , tegas tapi lembut
8. Suka wanita yang tahu bercakap pada masanya..(bukannya membebel ttg perkara yang tak sepatutnya dia cakap)
9. Suka wanita yang suka mendengar..(good listener)
10. Suka wanita yang educated..

Lelaki:-

1. x suka wanita yang suka berharap pada lelaki sahaja
2. x suka wanita yang cengeng terlebih
3. x suka wanita yang close minded
4. x suka wanita yang pengotor
5. x suka wanita yang tak pandai bersosial
6. x suka wanita yang tiada pendirian
6. x suka wanita yang kuat membebel
7. x suka wanita yang kuat merajuk
8. x suka wanita yang kuat shopping
9. x suka wanita yang bercakap kasar dan kuat
10. x suka wanita yang ego tinggi...

Ini adalah perkara -perkara yang ada dalam diri seorang lelaki apabila dia mahukan sesuatu hubungan. Tapi ..perlu di ingat bahawa KITA TIDAK SEMPURNA...

Bagi aku...andainya ada yang sudi menerima segala kebaikan dan kekurangan diri kita..itu dah cukup baik kerana kita yang akan hidup bersama bukannya orang lain...

fikirkanlah.....

Tuesday, May 10, 2011

sekadar berkongsi memori.......

18/5/2009 (isnin) –pakcu meninggal…..

Aku memulakan tugas seperti biasa. Mood aku agak kurang sebab sakit gigi aku masih lagi terasa. Semalaman aku menahan kesakitan . Pelbagai kerja menanti aku di meja. Aku hanya rilex n cool. Pada pukul 10 pagi, aku menghubungi mama, bertanyakan pakcu …dan mama maklumkan pada aku bahawa keadaannya masih tidak berubah. Di hujung perbualan, aku nyatakan pada mama agar dia pergi dengan tenang. Tepat pukul 12.25, aku menerima sms dari Salme mengatakan bahawa Pakcu sudah tiada. Luluh jantung aku membaca mesej itu dan dengan pantas aku menghubungi mama. Ternyata apa yang diberitahu oleh adik melalui sms itu benar. Aku tidak menyangka akan ketiadaanya kerana aku baru saja berbual dengan mama, dengan cc aku, dengan puan , dengan semua orang yang bertanyakan kemana aku menghilang selama 4 hari.
Aku mendengar suara mama yang tenang dan aku tahu aku juga harus tenang kerana aku tahu aku sudah redha akan kehilangannya. Syukur lah kerana penderitaan dia sudah berakhir. Syukur kerana aku tidak perlu melihat dia menderita.

Ternyata syawal nanti sudah tidak seperti yang aku lalui lagi.  Tiada lagi kucupan di tangannya kerana aku sudah menganggap dia sebagai ayahku. Ya Allah…terima kasih kerana memberi keizinan merasai kasih sayang seorang ayah darinya.

ini adalah sebahagian dari coretan diari aku yang aku simpan. sekadar berkongsi perasaan...insan yang pernah memberi ruang pada aku menumpang kasih setelah aku kehilangan ayah tersayang....al-fatihah untuk kedua-duanya







WHEN U SAY U LOVE ME...







Like the sound of silence calling,
I hear your voice and suddenly
I'm falling, lost in a dream.
Like the echoes of our souls are meeting,
You say those words and my heart stops beating.
I wonder what it means.
What could it be that comes over me?
At times I can't move.
At times I can hardly breath.

When you say you love me
The world goes still, so still inside and
When you say you love me
For a moment, there's no one else alive

You're the one I've always thought of.
I don't know how, but I feel sheltered in your love.
You're where I belong.
And when you're with me if I close my eyes,
There are times I swear I feel like I can fly
For a moment in time.
Somewhere between the Heavens and Earth ,
And frozen in time, Oh when you say those words.

When you say you love me
The world goes still, so still inside and
When you say you love me
For a moment, there's no one else alive

And this journey that we're on.
How far we've come and I celebrate every moment.
And when you say you love me,
That's all you have to say.
I'll always feel this way.

When you say you love me
The world goes still, so still inside and
When you say you love me
In that moment,I know why I'm alive

When you say you love me.
When you say you love me.
Do you know how I love you?


Mungkin sekarang dalam hati aku ada taman so aku sentiasa mencari artikel dan lagu lagu cinta. Abie cakap aku jiwang but i don't care sb aku suka bila aku jiwang..hehe..lagu yang paling aku suka adalah...josh groban..so nice to hear n maksud liriknya memang kena dengan aku dan cinta aku pada abie....heheheh

cinta dan kasih sayang...

Mungkin ramai yang tidak menyangka apabila cinta itu hadir secara tiba-tiba. Namun, kenapa kita dapat menerimanya dengan hati yang tenang dan gembira tatkala cinta tiu hadir bersemi di hati. Namun, kenapakah kita akan berduka dan bersedih tatkala perpisahan itu muncul? Sepertimana cinta yang hadir secara tiba-tiba..maka kita juga harus sentiasa bersedia untuk menerima kekecewaan dan perpisahan...

Ramai yang berpendapat bahawa cinta itu adalah buta...dan bagi aku sememangnya cinta itu memang buta. Buta dalam menyemai cinta itu...sehinggakan aku terlupa bahawa zaman sekarang masih ada yang diskriminasi ttg sesuatu contohnya darjat, keturunan dan sebagainya.

Cinta tidak boleh di paksa..juga cinta tidak boleh dijual beli...itu yang selalu aku dengar namun apakah cinta itu akan ada nilainya kalau benci, sakit hati muncul mengiringi cinta itu? Apakah cinta itu ada nilainya kalau pembohongan demi pembohongan berlaku sehinggakan kita tidak sedar yang mana betul dan yang mana salah.

Aku tidak pernah meragui lelaki yang bernama JEFFRI namun aku  juga harus bersedia seandainya satu hari nanti aku tidak diperlukan olehnya.Andainya satu hari nanti, dia akan melangkah pergi dari sisi aku dan meneruskan kehidupannya tanpa aku. Segalanya harus diterima dengan hati yang terbuka dan sesungguhnya..pada saat dia pergi meninggalkan aku....dia membawa bersama seluruh hidupku. Tanpanya, tanpa dirinya...aku akan terus menutup pintu hati ku pada orang lain dan aku akan terus bersendirian sehingga akhir hayat ku...

mungkin semua orang akan mengatakan aku GILA namun ini kehidupan ku ..biarlah aku yang tentukannya.

Monday, May 9, 2011

best quotes...

aku suka statement di atas ni...

abie yang comel

Aku dating dengan dia di KL SENTRAL , sabtu 7 May 2011. Di kl sentral, ia adalah tempat aku dan di bertemu untuk kali pertama dan aku sentiasa akan ingat saat -saat indah aku dengannya. Walaupun seketika, namun cukup memberikan aku memori yang terindah.Sengaja aku rakamkan gelagatnya sewaktu makan di The Chicken Rice Shop..supaya bila aku kerinduan, aku akan melihat gelagatnya.

Friday, May 6, 2011

masalah cintaku

sesungguhnya..kisah cinta aku n abie boleh dijadikan satu kisah novel. terlalu menyakitkan dan memedihkan. Keluarganya membenci aku...dan yang paling sedih dia tak nak lepaskan aku..Aku tidak mampu membuang dia dari diri ini. Dia adalah segala-galanya untuk aku dan aku terlalu menyayanginya dan mencintainya.

abie..i love u so much. Semoga rintangan ini kitaberdua mampu hadapinya

Thursday, April 28, 2011

selesai tanggungjawab

alhamdullilah kerana aku sudah selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar selama 3tahun setengah...dan aku hanya perlu tunggu hari konvo saja. Hanya Tuhan yang tahu betapa aku bersyukur kerana diberi kesempatan untuk aku menghabiskan pengajianku . Kini aku berusaha untuk menghabiskan pengajian diperingkat degree dan cita-citaku Insya Allah akan berjaya...

Monday, April 11, 2011

Ratu Jamu Dara...taksub dengan jamu...hehehehe

http://dqasehhome.blogspot.com
entah kenapa aku jadi taksub dengan jamu ini. maybe ianya telah memberi kesan pada aku..apa pun aku harap aku dapat berkongsi dengan kekawan

Tuesday, April 5, 2011

menahan rindu pada Abie

aku rindu padanya....seriusly...terlalu sayang padanya sehinggakan aku merasakan aku tidak boleh kehilangan dia namun apa kan daya..mungkin kalau aku kehilangan dia bermakna dia bukan jodoh aku dan dia berhak mendapat perempuan yang lebih baik . aku jatuh cinta padanya kerana dia sentiasa membuat aku gelak tawa dan memberikan aku satu suasana yang baru. kami saling sayang menyayangi namun andainya tiada restu keluarganya, maka kami berdua akan merasa patah hati....

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....