Thursday, May 5, 2016

isu anak..bukan isu baru

salam,

dah lama benor x menulis..kali ni memang terasa sangat nak menulis sebab aku nak clearkan apa yang terasa di hati..maklumlah..aku ni dah senjakala..mudah sensitive..hahaha

isu pasal anak..memang satu isu yang boleh dikatakan sensitive sebab dalam dunia ni mana ada perempuan yang x nak anak. Aku pernah berkahwin..dan sepanjang itu pun aku tidak dikurniakan oleh anak..oleh yang demikian..semasa tempoh perkenalan dengan en suami..aku memang dah cakap bahawa aku ni seorang perempuan yang di duga Allah..dengan anak. dan berkali kali juga aku jelaskan tentang anak dan aku nak en suami buat keputusan yang tepat. Alhamdullilah..en suami menerima aku dengan seadanya...

AKU TIDAK SUKA orang bertanyakan perihal anak pada aku. Kerana aku tidak ada jawapan tentang soalan itu. Allah menguji aku, sebab aku ni hamba DIA so aku tidak merasakan bila x de anak...aku ni hina dina di mata Allah.

Sebenarnya aku tidaklah merasa sedih or marah bila orang Tanya cuma aku tidak mampu bagi jawapan pada soalan itu dan soalan itu seolah olah menunjukkan aku ni CACAT..sebab x bole beranak..hahahahah..

 Anak adalah rezeki Allah. DIA Maha Berkuasa..dan sebagai hambaNYA..aku redha. Susah tau nak redha. Allah menguji aku dan en suami kerana DIA sayangkan kami. Pada yang bertanya..tak terfikir ke yang bila kamu mempersoalkan tentang anak pada aku..seolah kamu mempertikaikan kuasa Allah? Hebat sangat ke kita ni nak mempertikaikan kuasa Allah? Kenapa kita nak sibuk , nak ambik alih tugas Allah..?

Walaupun aku dan en suami tidak diberi anak..tapi kami bahagia. Apa lagi en suami , seorang lelaki yang sabar..bahkan aku rasa dia lelaki yang boleh jadikan aku permaisuri. Melayan semua kehendak aku dan paling penting dia cukupkan apa yang aku kurang. Kebahgiaan ini adalah kurniaan dari Allah.. dan aku bersyukur sangat sangat. Setiap dari kita diberi dugaan masing  masing so..dari duk pk masalah aku yang x boleh beranak ni..baiklah korang pk macamana nak atasi dugaan korang..ataupun pk camna nak tambah pahala untuk dibawa bekalan ke akhirat.

Mungkin bagi sesetengah orang..duk sibuk pasal anak adalah satu perkara yang biasa dibuat tapi dari duk sibuk tanya pasal anak ..baik doakan aku dan suami..dipermudahkan urusan.

aku maafkan mereka yang sibuk pasal kehidupan aku. Kesian mereka mereka nih...maybe kehidupan mereka tak seperti yang aku rasa. Aku maafkan mereka ..kerana nak dapat redha Allah..dan paling penting dengan memaafkan orang..hati aku tenang.

semoga dengan penjelasan ini..korang semua paham..aku sendiri tak pernah nak mempertikaikan apa apa ...dan harap sangat JANGAN SIBUK HAL ORANG LAIN...JAGA HAL SENDIRI LAGI BAIK..


xoxo
rfa...

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....