Wednesday, February 27, 2013

Keputusan yang di luar jangkaan..alhamdulillah

Salam...

Bila bercerita tentang tajuk tu..aku hanya nak bercerita tentang apa yang telah aku buat dan keputusan yang telah aku buat sejak tahun baru..bermakna 2 bulan sudah...

Ramai kekawan yang rapat bertanya tentang bf aku..apa status aku sekarang? adakah single atau mempunyai bf..? Jawapan aku adalah..aku sudah tidak ada apa apa hubungan dengan sesiapa yang bergelar lelaki. Untuk berstatus ada BF...aku sudah tidak mampu menerimanya..kerana aku hanya berserah pada Allah, memohon agar diberikan seorang jodoh yang baik untuk aku.
BF yang aku miliki dulu bukanlah lelaki yang boleh aku harapkan untuk menjadi pembimbing aku, bukanlah lelaki yang aku harapkan untuk menjadi imam aku dan yang paling penting sayangnya tidak seperti yang aku harapkan. Bunyi nye macam memilih namun aku bertekad untuk melepaskan mereka semua kerana aku merasakan mereka tidak bersedia untuk aku dan aku tidak bersedia untuk mereka. Oleh itu..aku lepaskan mereka.

Keputusan itu aku buat setelah aku pertimbangkan dan aku halusi dengan penuh teliti. Solat hajat dan Solat Istikarah ..mohon petunjuk menguatkan lagi keputusan aku untuk meninggalkan mereka.

Syukurlah..kini sudah 2 bulan aku single...aku tenang..dan aman . Jiwa aku sudah tidak resah dan gelisah dan yang paling penting aku sudah tidak perlu untuk memikirkan tentang hati mereka, menjaga hati mereka dan tidak perlu lagi memikirkan tentang apa yang mereka lakukan.

Mungkin inilah keputusan yang di luar jangkaan..dan yang paling drastik pernah aku buat.

Buat lelaki - lelaki yang pernah singgah di hati ini..aku mohon ampun dan maaf kerana terpaksa meninggalkan kalian kerana sesungguhnya aku tidak sempurna dan tidak selayaknya untuk kalian. Aku hanya berharap , seandainya aku masih diizinkan oleh Allah untuk bertemu dengan Jodohku..maka aku berharap jodoh ku nanti adalah lelaki yang akan sentiasa menjaga aku dan maruahku serta akan sentiasa ada di depanku..untuk menjadi imamku...insya allah...

pic crdt to mr google..

psssttt..aku tidak cari harta or rupa..yang penting hatinya menerima aku seadanya

xoxo
rfa

Tuesday, February 26, 2013

my BFF...wanita-wanita yang hebat

salam...

agak lama aku tidak update blog..mungkin sebab mood nak update tak de disebabkan beberapa masalah yang timbul. aku cuba menangani masalah itu dengan baik dan alhamdullilah..aku hampir berjaya untuk settlekan masalah ini..

kali ini aku nak bercerita tentang 'sahabat baik' aka bff . ada kisah yang aku lihat dan alami..dan ianya memberikan kesan yang mendalam pada aku kerana aku merasakan hidup seorang diri..sokongan dari kekawan adalah yang paling utama.

Aku ada beberapa BFF yang mana banyak memberi aku sokongan moral..kekuatan yang aku perlukan selain keluarga .

1. Aklima @ema
 Dia banyak membantu aku dalam segala segi terutamanya dari pelajaran aku..kerana kami berada dalam kumpulan pengajian yang sama. Dari diploma sehinggalah ke peringkat ijazah..aku akan bersama dengan dia. Aku bersyukur kerana dikala aku tidak bersemangat untuk belajar, ema hadir..utk memberi semangat untuk aku dan sejujurnya aku tak akan hbs pengajian aku tanpa dia kerana kekadang aku tidak di motivated utk belajar. Dia muda dari aku namun sikap dia yang cukup pandai menjaga hubungan aku dengan dia membuatkan aku bersyukur di pertemukan dengan dia. yes..kami selalu bergaduh dan kerana bergaduh itulah yang membuatkan aku dan dia rapat...terharu kerana dia cukup memahami diri aku secara general dan sb aku sendiri respect dia so dia akan respect aku..anyway tq so much cik ema yang vass kerana menjadi sebahagian dalam dunia akak..

2. Cik Wan @ ladyboss
Kami adalah sebaya...bezanya dia anak dara sunti dan aku, janda..namun kami di lahirkan era yang sama so banyak perkara agak sama..tapi tak serupa. Aku menghormati dia sebagai seorang boss, seorang kawan . Sepanjang persahabatan kami..banyak yang aku belajar dan ilmu itu adalah yang paling berharga. Aku suka berkongsi cerita, berkongsi pendapat dengan dia dan banyak yang aku tahu ...yang paling ketara perubahan adalah sifat kesabaran aku yang ketara. Aku semakin sabar, rilex dan cool..tidak mudah marah..tidak akan laser orang..sampai adik aku pun  perasan..mungkin kerana aku banyak belajar dari cik wan..seorang yang cool dan rilex...insya allah..semoga persahabatan ini diberkati..ammin..tq cik wan yang vogue...

3. Kak Ani

Dia aku anggap kakak..tempat aku menangis n mengadu segala masalah. dia tempat aku mencurahkan rasa terluka, kecewa, sedih dan duka. Dia adalah kawan yang tahu segala yang aku suka , tidak suka dan dia jugaklah tukang kritik aku yang paling utama. Aku menerima kritikan kawan dengan hati yang terbuka. Setiap kali balik kg...aku dan dia akan menghabiskan masa bersama , window shopping, makan dan habiskan masa di pantai..hanya untuk bercerita tentang kisah kami....really love u...

Ketiga- tiga wanita hebat ini adalah bff aku...dan sesungguhnya aku bersyukur kerana diberi peluang mengenali mereka. Insya Allah..aku jadi berusaha menjadi sahabat yang baik pada mereka..


xoxo
rfa...


Thursday, February 14, 2013

Ujian Allah itu cukup berat...namun aku redha

salam...

sudah dua hari bekerja..namun emosi tidak seperti biasa..masih dalam keadaan trauma..sedih dan sayu sampaikan bila berbicara dengan kawan kawan yang rapat..dlm hati aku menangis. Tidak mampu rasanya nak zahirkan perasaan sayu ini apatah lagi..aku kehilangan seorang abang yang aku sayangi...

Tuhan menghantar dugaan kepada aku..untuk melihat ketaqwaan aku dan kepatuhan aku pada Dia. Juga ingin melihat aku menjadi kuat dan tabah dalam menghadapi ujian ini. Kalau citer pasal kehilangan...sebelum ini..aku kehilangan dua lelaki yang cukup penting dalam hidup aku.. arwah ayah dan arwah pak su aku..
Dan sehingga sekarang, aku masih tidak dapat menerima kenyataan kehilangan mereka, malah..aku masih tidak mampu menjejakkan kaki aku ke pusara pak su..sukar menerima kenyataan itu.

Masih  teringat perbualan aku dengan abg din..sewaktu hari raya puasa tahun lepas..

aku:  susahnya nak kawin..x de jodoh, x de  org nak
abg din:  arfa..kalau la arfa ni..x pernah kawin memang la boleh di katakan tak de orang nak..tapi kan arfa pernah kawin..jadi kadangkala kita kena tgk diri kita..kena berubah..kena muhasabah diri..

aku:  terkedu ...

kata-kata abg din itu telah memberikan aku kesan yang cukup mendalam sehingga sekrang dan aku berubah.. dan menerima segala ujian yang di berikan olehNya dengan hati yang redha...

arfa rindu abg..rindu kan teguran dan bebelan abg..rindukan pelukan abg..rindukan usikan abg...

al- fatihah....

xoxo- love rfa

Monday, February 11, 2013

Erti sebuah persahabatan

Salam...

Hari ini aku sudah berada di shah alam..menghabiskan baki cuti dua hari..keadaan aku? Masih trauma dan perasaan sayu akan datang sesekali..melihat video dan gambar kenangan arwah.

Aku bersyukur kerana..ada kawan kawan yang memberikan kata-kata semangat malah mereka faham akan situasi aku. Bagi yang tak mengerti...aku harap mereka berikan masa dan ruang untuk aku..untuk melalui tempoh bertenang...dan tidak membuatkan emosi aku bertambah berserabut.

♡♥♡ rfa....

Sunday, February 10, 2013

Seseorang yang bergelar ABG...

Salam ....

Hari ini istimewa..post entry aku...adalah untuk mengenangkan seorang lelaki yang hadir di dalam keluarga kami..dan pada saat dia hadir..barulah aku tahu yang selama ini aku ada lagi seorang abg..selain abang man.

Sejak kami sekeluarga tahu dia ada...kami amat happy...terutamanya arwah ayah..kerana dia tahu akan kewujudan abg din cuma dia tidak tahu dimana nak cari setelah perpisahan arwah ayah dengan ibu abg din.syukurlah kami dipertemukan..semuanya dgn izin Allah...
Aku sendiri pernah tinggal bersama denga abg din dan kak maz...namun disebabkan ketika itu aku masih muda...jiwa sering memberontak..maka hubungan aku dengan abg din...retak..akibat keegoaan aku..saat itu..aku hanya fikir aku yang betul dan dia salah...padahal..bila difikirkan..dia mahu menjaga aku dan bertanggungjawab sebagai seorang abg...
Hubungan kami makin renggang namun semakin lama...kami semakin bertambah baik dan sayang aku pada abg din adalah kerana dia insan yg banyak memberi aku pengajaran tentang hidup dan kasih sayang aku pada abg man adalah kerana semasa kecik..dialah org yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga aku dan zura..

Seminggu yang lepas..aku teringtkan abg din...dan aku bercadang utk bercuti kerumah dia di johor..kota masai...sebab ada banyak cuti...dan apabila salmee bbm kat aku pada jumaat 8.2.2013..berkenaan kesihatan abg din..aku whatsapp dia bertanya khabar...dan yang. Paling mengejutkan..dia call dan kami berbual bertanya khabar..dan ia menguatkan aku untuk ke sana..cuma aku nak buat suprise kat abg din...kononnya pagi sabtu tu...lepas dpt tiket baru nak inform kt dia.

9.2.2013...Sabtu pagi..panggilan dari salmee mengejutkan aku..dan ayat yang aku dengar ..."kak pa...abg din dah tak de.." membuatkan mata yang kuyu terbuka luas. Aku tuduh salmee main main..namun seketika aku sedar yang abg din sudah meninggal dunia. Perasaan aku?untuk 10 minit pertama...aku kaku di atas katil...fikiran ku beku..kerana ianya bagaikan satu mimpi...namun selepas itu...barulah..airmataku mengalir...laju. dan seketika aku menjerit memanggil namanya....

Sepanjang perjalanan ke johor...aku mengenang segala kisah suka duka aku dengan abg din...pelukan dia...ciuman dia...telatahnya...membuatkan aku terus menerus menangis...dan aku tahu..aku banyak bersalah dengan dia...dan aku tidak sempat untuk minta maaf...pada dia.

Bermula dari urusan post mortem , mandikan jenazah, kapankan jenazah sehinggalah..dibawa pulang ke rumah untuk tatapan terakhir kami semua...aku tetap berada di sisi kak maz..termasuk salmee dan saddam..luluhnya hati melihat airmata kak maz dan anak anaknya...dan saat aku kucup dahinya..tubuhku mengigil...dan apa yg aku ucapkan adalah ucapan kemaafan dari dia....kalau ikutkan..aku tidak kuat untuk melihat itu semua....namun demi adik adik,kak maz dan ank ank...aku gagahkan padahal..aku sudah seperti tidak mampu bergerak.

Selepas maghrib...arwah abg di bawa ke tanah perkuburan dan masa tu..aku sudah tidak berdaya untuk melangkah..kerana masih tidak dapat menerima kenyataan itu...

"Tenanglah abg disana..semoga roh abg dicucuri rahmat..arfa mohon sejuta kemaafan kerana tidak menjadi seorang adik yang baik..namun arfa berjanji akan berubah dan segala kata-kata abg..akan dikenang sampai mati..".

♡♥♡ rfa....:(

Monday, February 4, 2013

Menjaga dan merawat Hati..part 1

salam,

di pagi isnin yang penuh dengan keberkatan ini, aku ingin berkongsi tentang sebuah buku yang aku beli. Buku yang bertajuk "RAWATLAH HATI" , hasil tulisan pakar motivasi terkenal , DR. ROBIAH K. HAMZAH.

Aku tertarik dengan kisah -kisah yang di pamerkan dalam buku ini, persoalan yang di kemukakan oleh Dr dan jawapannya. Kata - kata semangat yang di berikan oleh Dr. sedikit sebanyak memberikan motivasi kepada aku yang masih mencari dan akan terus mencari jati diri. Untuk tahun 2013, buku ini adalah buku ketiga aku

Aku tertarik dengan kata-kata berikut dan berharap ianya dapat di jadikan sebagai renungan bersama di pagi Isnin..

"Terimalah kenyataan bahawa ketentuan Tuhan adalah yang terbaik kerana tiada ada yang terjadi sebagai kebetulan.
Ini kerana kita tiak mampu menaikan hujan yang turun ke langit, tidak mampu menahan siang untuk tidak datangnya malam.
Binalah keyakinan bahawa adakala apa yang terjadi kita tidak suka tetapi Allah suka.
Kalau Allah tahu setiap helai daun yang gugur, mana mungkin DIA tidak tahu apa yang kita lalui...segalanya terjadi atas susunan peta-Nya
maka
 hadapilah segala dugaan dengan lapang dada"

DR.ROBIAH K. HAMZAH
{RAWATLAH HATI}



xoxo..love
rfa

Sunday, February 3, 2013

kenduri mauludirasul dan tahlil

salam...

Hari minggu muncul kembali..macam baru je aku berada di kampung..now dah bertembung dengan hari minggu lagi...next week cuti tahun baru cina..aku duk melepak kat rumah jugaklah jawabnya..

oklah...kali ni nak citer pasal kenduri tempohari. Mama nak buat kenduri, so aku pun ikutkan je..lagipun mama tak berapa sihat so nak tak nak aku kena la membantu apa yang patut..kenduri tahlil dan selawat atas nabi sempena Maulud Rasul...memang kalau berkemampuan, mama akan buat setiap tahun,...cuma kalau aku sempat balik, aku akan balik...


BUNGA RAMPAI..untuk di agihkan semasa selawat ke atas nabi

semasa tahlil..ini semua kebanyakkan orang masjid kampung
sebahagian menu
tengah berselawat..
pinggan mangkuk..mama nak makan hidang so let it be..






Saturday, February 2, 2013

Baucar Buku 1Malaysia: bantuan yang cukup bernilai

Salam..

Last aku update blog , pada hari aku balik ke kelantan..di awal pagi..hehe..selepas tu..aku agak bz sampaikan lupa nak update apa yang dah jadi kat kampung. Tak kisah lah..janji aku dah selamat berada di shah alam.
Semalam, aku ke Ined untuk ambik Baucar Buku 1Malaysia.Ini adalah kali kedua aku dapat. Tahun lepas, dengan baucar bernilai 200 aku dapat dan banyak jugak buku yang aku beli...cuma tahun ini, dengan nilai 250, aku agak  cerewet memilih buku. Apa pun aku ucapkan jutaan malahan tidak ternilai  rasanya ucapan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia terutamanya Perdana Menteri yang berbesar hati memberikan  baucar buku ini.

Aku amat menghargai baucar buku ini kerana :-

1. Aku memang seorang yang suka membaca buku..so dengan adanya baucar buku, aku dapat membeli buku buku yang berfaedah..

2. Dapat menggalakan masyarakat malaysia, terutamanya golongan muda untuk menjadi seorang yang minat membaca dan ini dapat membentuk keperibadian yang baik kepada golongan tersebut. Banyak membaca , banyak ilmu yang diperolehi.

3. Buku - buku yang berfaedah terutamanya buku-buku ilmiah ni kebanyakkannya mahal..so dengan baucar buku ni..dapatlah memberi peluang pada aku merasa membaca buku buku sebegitu.

Sama seperti bantuan pengajian PTPTN, Baucar Buku ini memberikan kesan yang positif kepada pelajar . Ini adalah salah satu sumbangan yang septutnya kita hargai. Aku sendiri bersyukur kerana disebabkan PTPTN, maka aku masih mendukung cita-cita aku dalam pengajian dan baucar buku ini pula memberi aku inspirasi untuk terus bersama dengan buku-buku yang aku minati...


pssttt...agak - agak kalau ada sesapa yang tak nak baucar buku tu leh pas kat aku...hahah..manalah tau kan..huhuhu...

xoxo...love
rfa

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....