Tuesday, February 26, 2013

my BFF...wanita-wanita yang hebat

salam...

agak lama aku tidak update blog..mungkin sebab mood nak update tak de disebabkan beberapa masalah yang timbul. aku cuba menangani masalah itu dengan baik dan alhamdullilah..aku hampir berjaya untuk settlekan masalah ini..

kali ini aku nak bercerita tentang 'sahabat baik' aka bff . ada kisah yang aku lihat dan alami..dan ianya memberikan kesan yang mendalam pada aku kerana aku merasakan hidup seorang diri..sokongan dari kekawan adalah yang paling utama.

Aku ada beberapa BFF yang mana banyak memberi aku sokongan moral..kekuatan yang aku perlukan selain keluarga .

1. Aklima @ema
 Dia banyak membantu aku dalam segala segi terutamanya dari pelajaran aku..kerana kami berada dalam kumpulan pengajian yang sama. Dari diploma sehinggalah ke peringkat ijazah..aku akan bersama dengan dia. Aku bersyukur kerana dikala aku tidak bersemangat untuk belajar, ema hadir..utk memberi semangat untuk aku dan sejujurnya aku tak akan hbs pengajian aku tanpa dia kerana kekadang aku tidak di motivated utk belajar. Dia muda dari aku namun sikap dia yang cukup pandai menjaga hubungan aku dengan dia membuatkan aku bersyukur di pertemukan dengan dia. yes..kami selalu bergaduh dan kerana bergaduh itulah yang membuatkan aku dan dia rapat...terharu kerana dia cukup memahami diri aku secara general dan sb aku sendiri respect dia so dia akan respect aku..anyway tq so much cik ema yang vass kerana menjadi sebahagian dalam dunia akak..

2. Cik Wan @ ladyboss
Kami adalah sebaya...bezanya dia anak dara sunti dan aku, janda..namun kami di lahirkan era yang sama so banyak perkara agak sama..tapi tak serupa. Aku menghormati dia sebagai seorang boss, seorang kawan . Sepanjang persahabatan kami..banyak yang aku belajar dan ilmu itu adalah yang paling berharga. Aku suka berkongsi cerita, berkongsi pendapat dengan dia dan banyak yang aku tahu ...yang paling ketara perubahan adalah sifat kesabaran aku yang ketara. Aku semakin sabar, rilex dan cool..tidak mudah marah..tidak akan laser orang..sampai adik aku pun  perasan..mungkin kerana aku banyak belajar dari cik wan..seorang yang cool dan rilex...insya allah..semoga persahabatan ini diberkati..ammin..tq cik wan yang vogue...

3. Kak Ani

Dia aku anggap kakak..tempat aku menangis n mengadu segala masalah. dia tempat aku mencurahkan rasa terluka, kecewa, sedih dan duka. Dia adalah kawan yang tahu segala yang aku suka , tidak suka dan dia jugaklah tukang kritik aku yang paling utama. Aku menerima kritikan kawan dengan hati yang terbuka. Setiap kali balik kg...aku dan dia akan menghabiskan masa bersama , window shopping, makan dan habiskan masa di pantai..hanya untuk bercerita tentang kisah kami....really love u...

Ketiga- tiga wanita hebat ini adalah bff aku...dan sesungguhnya aku bersyukur kerana diberi peluang mengenali mereka. Insya Allah..aku jadi berusaha menjadi sahabat yang baik pada mereka..


xoxo
rfa...


No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....