Sunday, February 10, 2013

Seseorang yang bergelar ABG...

Salam ....

Hari ini istimewa..post entry aku...adalah untuk mengenangkan seorang lelaki yang hadir di dalam keluarga kami..dan pada saat dia hadir..barulah aku tahu yang selama ini aku ada lagi seorang abg..selain abang man.

Sejak kami sekeluarga tahu dia ada...kami amat happy...terutamanya arwah ayah..kerana dia tahu akan kewujudan abg din cuma dia tidak tahu dimana nak cari setelah perpisahan arwah ayah dengan ibu abg din.syukurlah kami dipertemukan..semuanya dgn izin Allah...
Aku sendiri pernah tinggal bersama denga abg din dan kak maz...namun disebabkan ketika itu aku masih muda...jiwa sering memberontak..maka hubungan aku dengan abg din...retak..akibat keegoaan aku..saat itu..aku hanya fikir aku yang betul dan dia salah...padahal..bila difikirkan..dia mahu menjaga aku dan bertanggungjawab sebagai seorang abg...
Hubungan kami makin renggang namun semakin lama...kami semakin bertambah baik dan sayang aku pada abg din adalah kerana dia insan yg banyak memberi aku pengajaran tentang hidup dan kasih sayang aku pada abg man adalah kerana semasa kecik..dialah org yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga aku dan zura..

Seminggu yang lepas..aku teringtkan abg din...dan aku bercadang utk bercuti kerumah dia di johor..kota masai...sebab ada banyak cuti...dan apabila salmee bbm kat aku pada jumaat 8.2.2013..berkenaan kesihatan abg din..aku whatsapp dia bertanya khabar...dan yang. Paling mengejutkan..dia call dan kami berbual bertanya khabar..dan ia menguatkan aku untuk ke sana..cuma aku nak buat suprise kat abg din...kononnya pagi sabtu tu...lepas dpt tiket baru nak inform kt dia.

9.2.2013...Sabtu pagi..panggilan dari salmee mengejutkan aku..dan ayat yang aku dengar ..."kak pa...abg din dah tak de.." membuatkan mata yang kuyu terbuka luas. Aku tuduh salmee main main..namun seketika aku sedar yang abg din sudah meninggal dunia. Perasaan aku?untuk 10 minit pertama...aku kaku di atas katil...fikiran ku beku..kerana ianya bagaikan satu mimpi...namun selepas itu...barulah..airmataku mengalir...laju. dan seketika aku menjerit memanggil namanya....

Sepanjang perjalanan ke johor...aku mengenang segala kisah suka duka aku dengan abg din...pelukan dia...ciuman dia...telatahnya...membuatkan aku terus menerus menangis...dan aku tahu..aku banyak bersalah dengan dia...dan aku tidak sempat untuk minta maaf...pada dia.

Bermula dari urusan post mortem , mandikan jenazah, kapankan jenazah sehinggalah..dibawa pulang ke rumah untuk tatapan terakhir kami semua...aku tetap berada di sisi kak maz..termasuk salmee dan saddam..luluhnya hati melihat airmata kak maz dan anak anaknya...dan saat aku kucup dahinya..tubuhku mengigil...dan apa yg aku ucapkan adalah ucapan kemaafan dari dia....kalau ikutkan..aku tidak kuat untuk melihat itu semua....namun demi adik adik,kak maz dan ank ank...aku gagahkan padahal..aku sudah seperti tidak mampu bergerak.

Selepas maghrib...arwah abg di bawa ke tanah perkuburan dan masa tu..aku sudah tidak berdaya untuk melangkah..kerana masih tidak dapat menerima kenyataan itu...

"Tenanglah abg disana..semoga roh abg dicucuri rahmat..arfa mohon sejuta kemaafan kerana tidak menjadi seorang adik yang baik..namun arfa berjanji akan berubah dan segala kata-kata abg..akan dikenang sampai mati..".

♡♥♡ rfa....:(

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....