Monday, February 4, 2013

Menjaga dan merawat Hati..part 1

salam,

di pagi isnin yang penuh dengan keberkatan ini, aku ingin berkongsi tentang sebuah buku yang aku beli. Buku yang bertajuk "RAWATLAH HATI" , hasil tulisan pakar motivasi terkenal , DR. ROBIAH K. HAMZAH.

Aku tertarik dengan kisah -kisah yang di pamerkan dalam buku ini, persoalan yang di kemukakan oleh Dr dan jawapannya. Kata - kata semangat yang di berikan oleh Dr. sedikit sebanyak memberikan motivasi kepada aku yang masih mencari dan akan terus mencari jati diri. Untuk tahun 2013, buku ini adalah buku ketiga aku

Aku tertarik dengan kata-kata berikut dan berharap ianya dapat di jadikan sebagai renungan bersama di pagi Isnin..

"Terimalah kenyataan bahawa ketentuan Tuhan adalah yang terbaik kerana tiada ada yang terjadi sebagai kebetulan.
Ini kerana kita tiak mampu menaikan hujan yang turun ke langit, tidak mampu menahan siang untuk tidak datangnya malam.
Binalah keyakinan bahawa adakala apa yang terjadi kita tidak suka tetapi Allah suka.
Kalau Allah tahu setiap helai daun yang gugur, mana mungkin DIA tidak tahu apa yang kita lalui...segalanya terjadi atas susunan peta-Nya
maka
 hadapilah segala dugaan dengan lapang dada"

DR.ROBIAH K. HAMZAH
{RAWATLAH HATI}



xoxo..love
rfa

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....