Saturday, February 2, 2013

Baucar Buku 1Malaysia: bantuan yang cukup bernilai

Salam..

Last aku update blog , pada hari aku balik ke kelantan..di awal pagi..hehe..selepas tu..aku agak bz sampaikan lupa nak update apa yang dah jadi kat kampung. Tak kisah lah..janji aku dah selamat berada di shah alam.
Semalam, aku ke Ined untuk ambik Baucar Buku 1Malaysia.Ini adalah kali kedua aku dapat. Tahun lepas, dengan baucar bernilai 200 aku dapat dan banyak jugak buku yang aku beli...cuma tahun ini, dengan nilai 250, aku agak  cerewet memilih buku. Apa pun aku ucapkan jutaan malahan tidak ternilai  rasanya ucapan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia terutamanya Perdana Menteri yang berbesar hati memberikan  baucar buku ini.

Aku amat menghargai baucar buku ini kerana :-

1. Aku memang seorang yang suka membaca buku..so dengan adanya baucar buku, aku dapat membeli buku buku yang berfaedah..

2. Dapat menggalakan masyarakat malaysia, terutamanya golongan muda untuk menjadi seorang yang minat membaca dan ini dapat membentuk keperibadian yang baik kepada golongan tersebut. Banyak membaca , banyak ilmu yang diperolehi.

3. Buku - buku yang berfaedah terutamanya buku-buku ilmiah ni kebanyakkannya mahal..so dengan baucar buku ni..dapatlah memberi peluang pada aku merasa membaca buku buku sebegitu.

Sama seperti bantuan pengajian PTPTN, Baucar Buku ini memberikan kesan yang positif kepada pelajar . Ini adalah salah satu sumbangan yang septutnya kita hargai. Aku sendiri bersyukur kerana disebabkan PTPTN, maka aku masih mendukung cita-cita aku dalam pengajian dan baucar buku ini pula memberi aku inspirasi untuk terus bersama dengan buku-buku yang aku minati...


pssttt...agak - agak kalau ada sesapa yang tak nak baucar buku tu leh pas kat aku...hahah..manalah tau kan..huhuhu...

xoxo...love
rfa

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....