Tuesday, August 27, 2013

nilai sebuah perkahwinan : suami rogol isteri sendiri? kenapa dan mengapa?

Ohsenyum : Suami Rogol Isteri Sendiri 

Mereka sudah beberapa bulan tidak tinggal bersama kerana dalam proses perceraian, namun kerana gagal mengawal nafsu dia menceroboh rumah isterinya di Sungai Besi, di sini, sebelum membelasah dan merogol wanita itu.
Malah mangsa berusia 35 tahun diperlakukan dengan kejam sehingga cedera di muka dan badan turut diugut. Bunuh lelaki berusia 30-an itu jika melaporkan kejadian itu kepada polis.

Selepas ‘hajatnya’ tercapai, tanpa rasa bersalah lelaki itu terus beredar meninggalkan mangsa.Sumber polis berkata, akibat kejadian itu yang berlaku Khamis lalu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber itu berkata, suspek datang ke rumah mangsa yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja jam 11 pagi.

“Suspek meminta anak lelaki mereka berusia 13 tahun membuka pintu. Bagaimanapun anaknya tidak mempunyai kunci rumah kerana disimpan ibunya. “Suspek membuka pintu rumah menggunakan kunci pendua dan sebaik masuk, suspek menuju ke bilik isterinya dan mengajak mangsa mengadakan hubungan seks,” katanya.

Sumber itu berkata, apabila mangsa enggan suspek menampar pipi serta mencekik leher wanita itu sebelum merogolnya.-mymetro
sumber daripada:OhSenyum.blogspot.com
.............................................................................................................................................
Saja nak share maklumat ini pada semua kawan kawan...terutama suami isteri dan aku sendiri mempunyai seorang kawan yang bermasalah tentang hubungan suami isteri .
Oklah..aku nak bercerita tentang satu kisah benar yang terjadi pada seorang sahabat aku. Dia sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak dan jujurnya , dia seorang yang bernafsu kuat..
Aku merasakan bahawa  dia berkeadaan begitu kerana hubungan batin antara dia dan isterinya tidak berjalan dengan lancar. Ibarat kata orang.."tak cukup kasih sayang". Ini terjadi  kerana banyak sebab.. antaranya, isteri dia tidak mahu beralah untuk tinggal bersamanya , keluarga isteri dia masuk campur dalam urusan rumahtangga mereka dan yang paling teruk, isteri tidak menyukai keluarga suaminya. Disebabkan hal ini..rumahtangga mereka bermasalah.. dan ianya sudah terjadi sejak beberapa tahun yang lalu.
Si suami, sahabatku ini sering bercerita tentang masalah dia pada ku dan apa yang boleh aku buat ialah..memberi nasihat, agar dia boleh berfikir yang mana baik atau buruk...dan antara cadangan aku ialah..menceraikan isterinya dan kawin baru, mencari scandal untuk diri dia ataupun mencari penyelesaian dengan isterinya. Namun begitu semua nasihat aku tidak mahu diikuti..so aku berharap sangat..dia tak akan menjadi seperti yang di atas.
Bila aku melihat sendiri kisah rumahtangga sebegini..aku kekadang terfikir.. kenapalah si isteri sanggup membelakangi suami? tidakkah mereka tahu..dengan cara mereka ignore kehendak suami..zahir dan batin..maka mereka semua memancing dosa...dan tidakkah mereka tahu semua itu? Aku sentiasa mengingatkan diri aku dan juga kawan kawan terdekat aku..bahawa..sekiranya seorang isteri memberi layanan yang terbaik untuk suami, sentiasa membahagiakan suami..sentiasa berfikiran terbuka dengan suami..sentiasa berbincang dengan suami...insya allah..sesebuah rumahtangga itu akan menjadi harmoni..
Aku berharap, sahabat aku dapat menyelesaikan masalahnya dengan baik dan berharap ianya tidak akan berakhir seperti kes di atas...
xoxo
rfa...

12 comments:

  1. moga dia dapat cari jln penyelesaian yg baik la kan/

    ReplyDelete
  2. Dlm perkahwinan tiada istilah rogol ia adalah istilah nafkah batin..kita sepatutnya tahu tentang islam krna kita islam ..tlg lah stop tunjuk kebodohan tu kerana kebodohan tu memalukan bangsa n agama je

    ReplyDelete

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....