Nilai cinta seorang isteri

salam...

aku mengambil masa agak lama untuk menulis pandangan aku tentang tajuk entry aku..mungkin kerana pada mulanya aku memikirkan untuk menjaga hati banyak pihak namun semakin hari semakin aku seakan akan tidak dapat membendung perasaan ini apatah lagi ianya ada kaitan dengan insan yang sedarah dengan aku...
 
Kalau ada kekawan yang membaca entry di blog aku..pastinya tahu bahawa aku telah kehilangan seorang abang yang cukup aku sayang..walaupun tidak terzahir dengan kata-kata ataupun perbuatan namun demi Allah..dia adalah abang aku dunia akhirat dan pastinya apabila yang berkaitan dengan dia maka aku akan turut terasa. Dan dikalangan keluarga ku..mereka tahu bahawa hubungan aku dengan isteri abang aku..tak begitu baik..namun aku masih ada rasa hormat pada dia atas dasar, dia isteri pada abang aku.
 
Seminggu sebelum puasa..adik aku..salmee mengkhabarkan bahawa..isteri arwah akan berkahwin dalam bulan syawal . Masa itu, tidak tergambar perasaan ini..marah?terkejut?benci? semuanya bercampur gaul..dan saat itu aku membayangkan ketiga-tiga anak arwah yang bakal mendapat ayah tiri , pakej bersama saudara tiri 5 orang. Masa itu, aku terbayangkan abang din berdiri didepan aku sambil memandang sayu padaku...Ya Allah.!!
 
Aku bercakap atas dasar pengalaman seorang ibu yang cukup tabah dan kental dalam mengharungi suka duka kehidupan ...tanpa suami disisi..iaitu mama aku sendiri. Bukannya dia tidak mahu berkahwin , ada suami baru namun mama lebih memikirkan perasaan anak anak yang mana tidak mahu ayah diganti oleh orang lain..terutama Saddam Hussien yang masih kecil ketika itu. Trauma kehilangan ayah...masih terasa sehingga kini..walaupun ayah sudah meninggal tahun 1999. Mama masih terus menerus membandingkan keperibadian ayah dan lelaki diluar sana yang meminati mama masih tidak berjaya mematahkan perasaan cinta mama pada ayah walaupun ayah terkenal dengan sikap womanizernya..(sama seperti abang din)...
 
Rasa terkilan aku pada sikap isteri arwah abang aku ..telah membuktikan bahawa...itulah perangai dia yang sebenarnya...Aku hanya minta setahun..just one year after...sekurang-kurangnya tak delah orang tuduh kau macam macam...

Ini adalah kata kata  aku pada isteri arwah abang.....

" Cinta seorang isteri..bukanlah hanya meratap meraung pengsan dikala suami kau meninggal dan selepas 8 bulan..kau berupaya untuk mencintai lelaki lain dengan alasan kau tak boleh hidup tanpa ada suami. Bukannya kau tidak boleh berkahwin sepanjang umur kau namun sekurang-kurangnya...bagi lah masa 1 tahun selepas kematian suami kau. Adakah kau fikirkan tentang perasaan anak anak kau? Adakah kau yakin dengan memberikan mereka ayah baru maka segala masalah selesai? Begitu mudah kau menyayangi lelaki lain hanya selepas 8 bulan kematian suami kau? Jadi apa yang berlaku pada hari kematian dia adalah drama yang boleh kau lakonkan dengan begitu baik sekali? Well..tahniah kerana berjaya menjadi pelakon terhebat.
 
Tahniah di atas perkahwinan kau..dengan suami baru kau dan apabila kau sudah menjadi isteri pada lelaki itu yang mana dikatakan kawan arwah..itu adalah urusan kau dan aku sendiri tidak mahu ambil tahu tentang urusan kau...cuma aku harap jangan disebabkan kau sibuk dengan laki baru kau..maka anak anak kau terabai..itu saja..."
 
 
Mungkin entry ini agak beremosi namun ini adalah luahan aku...so aku harap kawan kawan faham kenapa aku beremosi begini...


psssttt...i miss my abang...

xoxo
rfa


Comments

Popular posts from this blog

Perempuan di mata lelaki

nilai sebuah perkahwinan : suami rogol isteri sendiri? kenapa dan mengapa?

part 2: masih di plaza alam sentral...