Monday, August 12, 2013

kerana itu takdir dariNya

salam..

aku tidak tahu nak mulakan dari mana kisah ini namun yang pasti aku perlu luahkan kerana apa yang terjadi merupakan satu keajaiban yang aku rasa...sememangnya adalah kehendak Allah. Hmmm.. 20 tahun yang lalu...semasa aku mengenali dia..kami sama sama satu sekolah..dan aku memanglah bukan pelajar yang hebat dan dia juga bukanlah pelajar yang terbaik namun hubungan persahabatan antara aku dan dia memang terjalin baik dengan ikatan yang ikhlas. Kali terakhir aku bertemu dengan dia setelah aku mendapat tahu yang dia akan berhenti sekolah semasa di tingkatan 4. Pertemuan aku dan dia di tepi jalan, memberi ruang untuk aku memujuk dia agar kembali ke sekolah kerana aku merasakan bahawa aku akan kehilangan seorang sahabat seperti dia..namun ianya tinggal kenangan. Akhirnya aku kehilangan dia , sebagai kawan yang cukup baik dengan aku..

Sewaktu aku berada di kl...dia pernah menghubungi aku dan entah kenapa aku menjadi tidak berani untuk bertemu dengan dia...padahal..ketika itu , dia berusaha datang dari shah alam..tengah malam semata mata untuk bertemu dengan ku..namun aku tidak berani untuk bersemuka..kerana pada ketika itu aku merasakan bahawa aku tidak selayaknya bertemu dengan dia.....maka perasaan  itu berlalu begitu saja...
namun..pada syawal tahun ini, apabila dia muncul di FB aku..perasaan terkejut itu mengisi ruang hati aku. Sahabat lama yang aku sendiri tidak pernah terfikir akan bertemu dengannya...
Kami bersembang di FB Messengger agak lama...apabila aku melihat FB dia..ternyata dia sudah bahagia ..ada sebuah keluarga yang bahagia..dan sebagai seorang sahabat, aku turut bahagia dengan dia. Mungkin sekiranya aku bertemu dengan dia malam itu, di kl..hubungan aku dan dia akan berubah menjadi bukan sahabat namun takdir Allah..kita tidak tahu. Allah dah tetapkan hubungan kita adalah sebagai seorang sahabat sampai bila bila...amin..

Terima kasih awak..kerana sudi menghubungi saya dan apa yang penting..kita bersahabat sampai mati..biarlah apa yang perlu dirahsiakan akan tetap menjadi rahsia antara kita...


pssstt kisah zaman sekolah yang penuh syahdu...huhuhu

xoxo
rfa
logo sekolah..lencana smkwb

paparan bangunan smkwb..dulu lain ..
crdt to mr.google
 
 
 

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....