Wednesday, February 22, 2012

Syukur Alhamdullilah...

        Menadah tangan tanda bersyukur kerana lulus dengan baik untuk result exam semester ini. Aku rasa sebak kerana sewaktu exam berlangsung, aku sakit dan mengalami tekanan perasaan yang teruk kerana di fitnah teruk serta tugas untuk menyiapkan bajet kewangan. Saat itu aku merasa sungguh down dan tidak bermotivaasi namun syukurlah.. aku lulus dengan baik .

        kenapa aku cakap lulus dengan baik? well, aku tidak dapat study dengan baik kerana apabila bacaan tekanan darah mencecah 200 dan perasaan sedih kerana menerima kutukan, umpatan dan fitnah orang..aku jadi lemah dan tidak berupaya untuk study dan baca buku.  Aku hanya masuk dewan exam dengan tawakal dan doa mama... dan pernah dalam dewan exam, aku tidak mampu angkat kepala..kerana terlalu pening dan sakit. masa itu, aku hanya ingat nak mati saja.
Satu perkara..aku sebenarnya sudah di nasihati oleh doktor untuk kehospital dan berehat di dalam wad sehingga tekanan darah aku turun..tapi aku berkeras untuk tidak pergi kerana aku x mahu repeat paper...

           terima kasih pada mama tersayang, yang sentiasa berdoa untuk aku...i love u so much mama..., untuk kawan kawan BBOM yang sering bergelak ketawa, cuba menceriakan suasana tatkala aku merasakan aku down sangat, untuk kawan -kawan sekuliah..yang berusaha bersama...terutama Farah yang sudi menumpangkan aku dan aklima yang sentiasa menjadi reminder aku tatkala aku lupa...tq gurls...


p/s: sori sebab emosi lak...hahaha

Monday, February 20, 2012

bertuah kerana mengenalimu...

Every saturday..pasti aku akan menerima call dari Dubai..dan panggilan itu sememangnya aku tunggu . 'Dia' tidak pernah lupa menghubungi aku dan kami biasanya akan berbual berjam jam lamanya.. cerita tentang suasana di Dubai, kerjanya., dan aku juga akan bercerita tentang apa aktiviti aku di malaysia...it's so lovely bila kami berbual tentang kerinduan . Yes..i miss him so much..

selayaknya..dia di anggap seorang lelaki yang cukup matang. dia sering memberi banyak nasihat dan dia akan pastikan aku bahagia apabila berbual dengan dia. Sesekali tonasi suaranya akan berubah apabila aku bercerita tentang kawan kawan lelaki yang ada di sini..hahaha..aku tahu dia jeles!!!

Insya Allah..sekiranya tiada aral melintang..aku akan ke DUBAI...menemui dia yang dirindui . terima kasih daddy kerana memanjakan aku dengan semua itu..miss u so much...Terima kasih kerana sudi membenarkan aku menumpang kasih padamu...


Friday, February 17, 2012

rindu...terlalu rindu

salam jumaat..

kisah sang wira yang sentiasa dalam hati dan jiwa aku..AYAH..pernah aku tulis tahun lepas..namun entah kenapa malam tadi..seluruh minda aku berpikir tentang ayah dan entah kenapa mutiara jernih mengalir laju tanpa mampu aku sekat-sekat lagi..( cewahhh..) airmata kerinduan dan airmata penyesalan..itulah yang membuatkan aku menangis...


hanya orang yang mengalami kehilangan seseorang  yang tahu perasaan rindu ini. aku merasa amat amat menyesal kerana sepanjang hidupnya..aku tidak rapat dengan dia dan aku merasakan bahawa terlalu banyak perkara yang ingin aku ucapkan, terlalu banyak benda yang ingin aku lakukan bersama ayah. Aku terlalu merindui dia...rindu bau minyaknya...(dulu aku tak suka minyak wangi daishing yang dia pakai..dan pernah sekali dia pakai minyak wangi dunhill yg memang tak best baunya).. aku rindu suaranya..aku rindu gaya dia berpakaian ( orang kuat politik la katakan) malah aku rindu telatahnya semasa dia  menonton berita...semua itu membuatkan aku merindui lelaki yang paling aku cintai dalam hidup aku...


sudah lebih 10 tahun dia pergi namun aku masih tidak dapat  menerima hakikat yang dia sudah tiada. dia tidak merasa segala apa yang aku perolehi masa kini. Dia tidak dapat melihat aku menerima diploma, ijazah( insya allah) , master ( kalau di izinkan Tuhan ) dan PHD..., aku tidak dapat membawa dia melancong seperti mana aku buat pada seluruh keluarga aku...


Pada saat aku sedih dan stress...aku perlukan dia..untuk memberi kekuatan pada aku..selain doa dari mama tersayang. Aku mahu duduk bersamanya..berbual, berbincang tentang segala masalah, mendapat nasihatnya dan menangis di bahunya... I need u ..


bagi kawan kawan yang masih punya ayah dan ibu...sesungguhnya ambiklah peluang ini untuk membahagiakan mereka, luangkan masa bersama mereka selagi ada, sentiasa memenuhi kehendak mereka..selagi mampu dan yang penting sentiasa meletakkan mereka  di tempat pertama kerana apa bila mereka sudah tiada...menangis air mata darah sekalipun..mereka tidak akan kembali kepada kita... 


semoga roh ayah (mat zain bin middin ) tenang di sana...hanya doa untukmu...al fatihah... 

Thursday, February 16, 2012

lebur rekod tak makan nasi gara-gara nasi beriani

16/2/2012


hari ini aku makan nasi beriani...OMK!! lebur rekod aku tak makan nasi...diet aku!!!


sejak enam bulan yang lalu..aku memang avoid nasi ..segala jenis nasi..termasuk nasi impit dan sewaktu dengannya. Ternyata..dengan cara itu, aku kehilangan 12 kg dalam tempoh itu..nampak cam lambat kan..tapi aku tetap berazam untuk tidak makan nasi selama 2 tahun, nak disiplinkan diri, minda .


menu diet aku..hahaha(kalau rasa x leh ikut jangan ikut ye)


pagi - dua keping roti gandum
          telur
          susu omega plus (kalau waktu cuti)
          teh o ais (waktu keje) cam tak logik je kann..
tengahari - bihun sup
                 air mineral (satu hari kena hbskan 1.5 liter. sng citer 1 botol sehari..)           
petang (ini optional)
              - biskut oat...
             - roti bakar
malam (makan sebelum kul 8 malam)
           - sup sayur +daging ayam*
           -susu omega plus
           - air mineral


*ini adalah menu harian yang akan aku buat..


dalam diet ni..yang paling tak best sekiranya skip waktu makan tengahari...n bawa ke petang..maka rasa lapar akan membawa ke malam dan pernah aku masak bihun sup kul 12 tghmalam sebab siangnya aku tak ambik lunch..tersangat la bahaya...


kenapa nak diet?
well dua perkara kenapa aku nak diet..pertama, nak kurus..sb badan aku rasanya dah obesiti dan ini membuatkan lutut tidak mampu menampung berat badan sekaligus akan membuatkan aku sakit lutut sehingga kan sukar untuk solat secara biasa serta nak kecikkan part part yang agak besar..sb tak selesa bila keluar berjalan..(muka perasan)..hahahaha.
kedua, aku nak disiplinkan minda agar mengikut tertib berdiet..mencabar minda untuk tidak ambik nasi..dan nak buktikan bahawa kalau tak ambik nasi..still ok...


persoalan sampai bila aku tidak akan ambik nasi.?
..sehingga aku mencapai berat ideal..yang sesuai dengan ketinggian aku..atau pun mungkin aku akan teruskan diet itu sampai bila bila. makan nasi (optional) apabila ada seperti kenduri ke, g ziarah umah orang ke..so aku akan ambik sikit la..(maybe dua sudu) hahahaha..


p/s: aku lupa nak bgitau..aku hanya diet makanan..tidak termasuk senaman..sebab tu berat badan lambat turun..dan tak leh tinggal ais batu...sb tu perut masih macam bigmac lagi..hahahaha..





Tuesday, February 14, 2012

Poligami...redha atau tidak

pengalaman menjadi ahli keluarga yang berpoligami..membuatkan aku sebenarnya boleh menerima keadaan poligami, tak kiralah status sebagai isteri pertama @isteri kedua@isteri ketiga@isteri keempat. Semua itu sebenarnya berdasarkan pengalaman aku dalam keluarga poligami dimana arwah ayah pernah berkahwin beberapa kali dan ianya menjadikan kami keluarga besar...(9 adik beradik dari 4 isteri) Aku bersyukur kerana seluruh keluarga kami hidup aman damai dan sejahtera.

Isu poligami sering menjadi panas apabila masalah -masalah yang timbul. Biasanya ada dua masalah je yang sering timbul...
a. apabila suami tidak berlaku adil dan tidak dapat mengawal isteri isterinya;
b.apabila madu -madu saling berebut hak dan tidak boleh bertolak ansur, tamak dan tidak pernah fikir tentang hak yang lain.

Situasi pertama:

seorang sahabat..ditakdirkan jodohnya bertemu dengan suami orang dan sesungguhnya dia bersyukur..kerana dalam usianya lewat, dia reda menjadi isteri kedua kerana yang penting ada seorang lelaki yang baik dapat membimbingnya. Namun begitu, perkahwinan itu akhirnya di ketahui oleh isteri pertama..dan sesungguhnya tidak di nafikan perasaan isteri pertama akan remuk dan marah. Sahabat ini tidak pernah berfikir untuk merampas hak isteri pertama apatah lagi merampas kesemuanya..cuma cukuplah menumpang kasih.Dia tidak pernah mempertikaikan tentang apa apa saja..termasuk waktu giliran dan nafkah.. Aku menasihati sahabat ini agar bersabar  dan redha. Syukurlah rumahtangga mereka bertahan dan akhirnya perlahan -lahan isteri pertama terpaksa mengakui kehadiran sahabat sebagai madunya dan mereka dapat di bimbing oleh suami mereka yang baik itu. Aku bersyukur kerana sahabat itu sedang menikmati hasil dari kesabaran dia.

situasi kedua:

seorang sahabat, ditakdirkan bermadu. Sebagai isteri pertama, dia merasakan suaminya terkena buatan oleh isteri kedua( itu hanya pandangan dia) . Perasaan menjadi sedih mengenangkan suami sudah berubah dan tidak lagi melaksanakan tanggungjawab ke atas keluarga yang pertama. Sahabat ini cuba untuk menjernihkan suasana namun isteri kedua tamak dan seolah olah mahu memisahkan dia dan suaminya. Namun begitu , semua yang berlaku adalah ketentuan dari Tuhan dan hanya Tuhan yang boleh menentukan setiap jodoh . Sehingga kini, sahabat yang berada dalam keadaan sedih kerana madunya langsung tidak mahu bertolak ansur dan masih berebut hak..sedangkan hak yang ada sepatutnya di kongsi bersama...


Dari dua situasi ini, dapatlah di katakan bahawa..setiap orang mempunyai peranan yang tersendiri. Tidak perlu nafi menafikan..tidak perlu berebut suami , tidak perlu maki memaki dan tidak perlua sikap sikap biadap dan kurang ajar. Sekali melangkah dalam dunia poligami, masing  masing kena menerima baik dan buruk poligami....


valentine's day..hari kekasih

14 Februari ..setiap tahun di gelar sebagai hari kekasih dan setiap tahun akan keluarlah pelbagai reaksi tentang hari kekasih, samaada cara sambutannya mahupun peristiwa yang  berlaku pada valentine's day itu sendiri. Bagi aku, hari memperingati kekasih..bukanlah sepatutnya di sambut hanya pada 14hb Februari..tapi ia juga boleh disambut setiap hari...menghargai kekasih ..bukan hanya untuk yang kapel jer..tapi suami isteri, BFF, teman tapi mesra( hahaha..ini tak sesuai di sebut) ...Cara meraikannya pula biarlah bertepatan dan tidak melanggar batas batas yang menimbulkan masalah.
Disebabkan aku memang tak de sesapa dalam hidup aku..kecuali famili dan my best frend..so aku hanya mendoakan kesejahteraan seluruh keluarga ku..terutamanya mama tersayang dan untuk bff aku..aku doakan semoga persahabatan kami berkekalan.
Tiada yang lebih indah dari hubungan persahabatan dan hubungan kekeluargaan...


Friday, February 10, 2012

berserah padaNya

Beberapa hari yang lepas, aku muhasabah diri, merenung segala perkara yang telah aku buat sepanjang tahun 2011 . Menangis meratapi segala yang telah aku lakukan , serta memikirkan segala perkara yang berlaku sehingga aku jatuh sakit. Tekanan perasaan serta hasad dengki orang terhadap aku, serta musibah yang berlaku. Semuanya berlaku dengan kehendakNya. Alhamdullilah, aku bersyukur dengan kekuatan yang diberikan oleh Nya, dengan kehadiran mama yang tak putus -putus mendoakan aku, sokongan kawan kawan yang mengerti tentang aku..maka aku semakin kuat,
Apabila kita bermuhasabah diri, terasa ringan dalam diri kerana kita seolah-olah berserah kepada Yang Maha Esa..dan sesungguhnya aku memperolehi ketenangan dan inilah yang aku inginkan.

Alhamdullilah..itulah yang sering aku ucapkan dan syukurlah kerana sesungguhnya Tuhan Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui...Amin.


Wednesday, February 8, 2012

santau...dah jadi trend masa kini

1.2.2012..aku menerima berita bahawa salah seorang insan kesayangan aku mendapat penyakit misteri dan akhirnya di syakki 'santau angin'. hancur luluh hati aku apabila mendengarnya kerana dia adalah diantara insan yang paling aku sayang.
trend santau ni membuatkan aku terfikir bahawa manusia boleh berupa iblis dan mempunyai hati kering dan berdendam. Kali pertama aku melihat mangsa santau..adalah kawan sepejabat aku yg meninggal kerana santau. Rasa simpati dan kasihan aku padanya tidak mampu di salurkan kerana stage santau dia sudah teruk dan niat si pengguna santau itu mahu dia mati kerana santau. Subhanallah!  Pada zaman cyber macam gini pun ada yang masih nak santau menyantau dan aku percaya perkara perkara ini akan berlaku dan ianya tidak akan luput dari manusia...
kekadang..perasaan nak menyantau ni muncul kerana kurangnya kesedaran dan terlalu dalamnya dendam pada seseora.untuk abang tersayang, ku doakan dikau akan  bersabar hendaknya dalam menghadapi dugaan ini. Sentiasa dekatkan diri dengan Tuhan dan sentiasa yakin bahawa Tuhan akan bersama dengan kita..Insya Allah!








Friday, February 3, 2012

tekanan perasan @stress..punca aku sakit

lama jugak aku tak menulis blog ini. banyak benda yang berlaku dalam hidup aku selama aku tidak menulis di blog ini. Pelbagai perkara itu membuatkan aku faham dan mengerti bahawa hidup bukanlah seindah mana pun..yang tidak indah itu lagi banyak. 


Kehidupan aku terlalu biasa, aku dilahirkan sebagai seorang wanita yang biasa dan tidak cantik,  aku tiada kereta, tiada harta yang boleh di banggakan..cukuplah aku ada lappy, ada playbook dan my lovely blackberry. itu semua tidak mencerminkan aku seorang wanita yang berkemampuan. Aku juga terpaksa berjimat cermat kerana aku perlu membiayai pengajian aku sehingga selesai. Yes..! aku memang giler belajar.. aku suka mencari ilmu...itu saja yang bernilai aku rasa setakat ini.


namun, semua yang aku ada menjadi satu masalah pada aku..apa bila segalanya menjadi racun dalam kehidupan aku. Suasana menjadi lebih teruk dengan aura hasad dengki , kata mengata, kutuk mengutuk sehinggakan aku merasakan aku di label seorang penjahat dan seolah olah aku melakukan satu perkara yang besar. Sehingga segala kesabaran aku di cabar..aku masih bertahan...dan akhirnya aku sakit.. bacaan tekanan darah naik sehingga 200 dan aku hampir hampir kena STROK. Tuhan saja yang tahu betapa masa itu aku hanya mengingatkan mati dan aku menjadi takut kerana aku fikirkan bahawa..sesiapa yang buat kesalahan pada aku tidak sempat nak minta maaf pada aku...dan sesungguhnya mereka dalam kerugian.


Aku dibawa balik ke kampung dan berada di kampung selama seminggu DAN  segalanya menjadi tenang setelah melihat mama.. insan yang sentiasa memberi aku sejuta ketenangan.
Sepanjang berada di kampung, aku banyak berfikir tentang apa yang berlaku, dan akhirnya aku menyimpul satu kesimpulan..bahawa..aku seharusnya bijak berdepan dengan manusia manusia bodoh yang hanya merasakan mereka BAGUS.  Aku menjadi kesian melihat mereka -mereka yang merasakan mereka teraniaya , dibuat oleh aku...padahal semua perkara itu adalah benar..semua benda yang dilakukan adalah benar..cuma mereka fikir mereka tidak salah. Kesian dan simpati aku hulurkan dan akhirnya aku juga buat kesimpulan bahawa sesungguhnya mereka semua adalah manusia yang tidak bersyukur dan berada dalam kerugian.


Ada di antara mereka, tidak pernah tahu bahawa aku menyimpan satu rahsia AIB yang mana rahsia itu disampaikan oleh teman mereka sendiri. ada di kalangan mereka tidak pernah tahu bahawa aku menyimpan rahsia betapa kawan baik sendiri pernah mengata dan mengutuk kawan yang lain..malah apabila aku melihat keakraban mereka aku jadi kasihan kerana mereka tidak tahu bahawa di kalangan mereka juga, mereka sering mengutuk dan mengata. Simpati aku itulah yang membuatkan aku tenang dan mengerti bahawa mereka-mereka semua berada di kelas bawahan,mempunyai akal yang pendek dan tidak pernah pk bahawa..Tuhan itu Maha Mengetahui dan sesungguhnya mereka harus disedarkan.


Oleh itu, aku bersyukur kerana Tuhan itu Maha Pengasih lagi penyayang, menganugerahkan aku segala yang baik baik dan aku bersyukur ..teramat bersyukur.


Aku harus kuat..kuat berdepan dengan sikap manusia manusia di sekeliling aku yang aku rasakan tidak pernah sedar dari  mimpi mimpi mereka. Aku sentiasa berdoa ..agar mereka disedarkan . 



fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....