Tuesday, February 14, 2012

Poligami...redha atau tidak

pengalaman menjadi ahli keluarga yang berpoligami..membuatkan aku sebenarnya boleh menerima keadaan poligami, tak kiralah status sebagai isteri pertama @isteri kedua@isteri ketiga@isteri keempat. Semua itu sebenarnya berdasarkan pengalaman aku dalam keluarga poligami dimana arwah ayah pernah berkahwin beberapa kali dan ianya menjadikan kami keluarga besar...(9 adik beradik dari 4 isteri) Aku bersyukur kerana seluruh keluarga kami hidup aman damai dan sejahtera.

Isu poligami sering menjadi panas apabila masalah -masalah yang timbul. Biasanya ada dua masalah je yang sering timbul...
a. apabila suami tidak berlaku adil dan tidak dapat mengawal isteri isterinya;
b.apabila madu -madu saling berebut hak dan tidak boleh bertolak ansur, tamak dan tidak pernah fikir tentang hak yang lain.

Situasi pertama:

seorang sahabat..ditakdirkan jodohnya bertemu dengan suami orang dan sesungguhnya dia bersyukur..kerana dalam usianya lewat, dia reda menjadi isteri kedua kerana yang penting ada seorang lelaki yang baik dapat membimbingnya. Namun begitu, perkahwinan itu akhirnya di ketahui oleh isteri pertama..dan sesungguhnya tidak di nafikan perasaan isteri pertama akan remuk dan marah. Sahabat ini tidak pernah berfikir untuk merampas hak isteri pertama apatah lagi merampas kesemuanya..cuma cukuplah menumpang kasih.Dia tidak pernah mempertikaikan tentang apa apa saja..termasuk waktu giliran dan nafkah.. Aku menasihati sahabat ini agar bersabar  dan redha. Syukurlah rumahtangga mereka bertahan dan akhirnya perlahan -lahan isteri pertama terpaksa mengakui kehadiran sahabat sebagai madunya dan mereka dapat di bimbing oleh suami mereka yang baik itu. Aku bersyukur kerana sahabat itu sedang menikmati hasil dari kesabaran dia.

situasi kedua:

seorang sahabat, ditakdirkan bermadu. Sebagai isteri pertama, dia merasakan suaminya terkena buatan oleh isteri kedua( itu hanya pandangan dia) . Perasaan menjadi sedih mengenangkan suami sudah berubah dan tidak lagi melaksanakan tanggungjawab ke atas keluarga yang pertama. Sahabat ini cuba untuk menjernihkan suasana namun isteri kedua tamak dan seolah olah mahu memisahkan dia dan suaminya. Namun begitu , semua yang berlaku adalah ketentuan dari Tuhan dan hanya Tuhan yang boleh menentukan setiap jodoh . Sehingga kini, sahabat yang berada dalam keadaan sedih kerana madunya langsung tidak mahu bertolak ansur dan masih berebut hak..sedangkan hak yang ada sepatutnya di kongsi bersama...


Dari dua situasi ini, dapatlah di katakan bahawa..setiap orang mempunyai peranan yang tersendiri. Tidak perlu nafi menafikan..tidak perlu berebut suami , tidak perlu maki memaki dan tidak perlua sikap sikap biadap dan kurang ajar. Sekali melangkah dalam dunia poligami, masing  masing kena menerima baik dan buruk poligami....


No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....