Friday, February 3, 2012

tekanan perasan @stress..punca aku sakit

lama jugak aku tak menulis blog ini. banyak benda yang berlaku dalam hidup aku selama aku tidak menulis di blog ini. Pelbagai perkara itu membuatkan aku faham dan mengerti bahawa hidup bukanlah seindah mana pun..yang tidak indah itu lagi banyak. 


Kehidupan aku terlalu biasa, aku dilahirkan sebagai seorang wanita yang biasa dan tidak cantik,  aku tiada kereta, tiada harta yang boleh di banggakan..cukuplah aku ada lappy, ada playbook dan my lovely blackberry. itu semua tidak mencerminkan aku seorang wanita yang berkemampuan. Aku juga terpaksa berjimat cermat kerana aku perlu membiayai pengajian aku sehingga selesai. Yes..! aku memang giler belajar.. aku suka mencari ilmu...itu saja yang bernilai aku rasa setakat ini.


namun, semua yang aku ada menjadi satu masalah pada aku..apa bila segalanya menjadi racun dalam kehidupan aku. Suasana menjadi lebih teruk dengan aura hasad dengki , kata mengata, kutuk mengutuk sehinggakan aku merasakan aku di label seorang penjahat dan seolah olah aku melakukan satu perkara yang besar. Sehingga segala kesabaran aku di cabar..aku masih bertahan...dan akhirnya aku sakit.. bacaan tekanan darah naik sehingga 200 dan aku hampir hampir kena STROK. Tuhan saja yang tahu betapa masa itu aku hanya mengingatkan mati dan aku menjadi takut kerana aku fikirkan bahawa..sesiapa yang buat kesalahan pada aku tidak sempat nak minta maaf pada aku...dan sesungguhnya mereka dalam kerugian.


Aku dibawa balik ke kampung dan berada di kampung selama seminggu DAN  segalanya menjadi tenang setelah melihat mama.. insan yang sentiasa memberi aku sejuta ketenangan.
Sepanjang berada di kampung, aku banyak berfikir tentang apa yang berlaku, dan akhirnya aku menyimpul satu kesimpulan..bahawa..aku seharusnya bijak berdepan dengan manusia manusia bodoh yang hanya merasakan mereka BAGUS.  Aku menjadi kesian melihat mereka -mereka yang merasakan mereka teraniaya , dibuat oleh aku...padahal semua perkara itu adalah benar..semua benda yang dilakukan adalah benar..cuma mereka fikir mereka tidak salah. Kesian dan simpati aku hulurkan dan akhirnya aku juga buat kesimpulan bahawa sesungguhnya mereka semua adalah manusia yang tidak bersyukur dan berada dalam kerugian.


Ada di antara mereka, tidak pernah tahu bahawa aku menyimpan satu rahsia AIB yang mana rahsia itu disampaikan oleh teman mereka sendiri. ada di kalangan mereka tidak pernah tahu bahawa aku menyimpan rahsia betapa kawan baik sendiri pernah mengata dan mengutuk kawan yang lain..malah apabila aku melihat keakraban mereka aku jadi kasihan kerana mereka tidak tahu bahawa di kalangan mereka juga, mereka sering mengutuk dan mengata. Simpati aku itulah yang membuatkan aku tenang dan mengerti bahawa mereka-mereka semua berada di kelas bawahan,mempunyai akal yang pendek dan tidak pernah pk bahawa..Tuhan itu Maha Mengetahui dan sesungguhnya mereka harus disedarkan.


Oleh itu, aku bersyukur kerana Tuhan itu Maha Pengasih lagi penyayang, menganugerahkan aku segala yang baik baik dan aku bersyukur ..teramat bersyukur.


Aku harus kuat..kuat berdepan dengan sikap manusia manusia di sekeliling aku yang aku rasakan tidak pernah sedar dari  mimpi mimpi mereka. Aku sentiasa berdoa ..agar mereka disedarkan . 



No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....