Wednesday, January 11, 2012

swasta atau kerajaan...

semalam..aku diduga dan aku merasakan dugaan itu adalah satu petunjuk bahawa..aku boleh tahu siapa lawan siapa kawan. namun begitu..pengalaman lama mengajar aku betapa aku harus kuat dalam menghadapi dugaan sebegitu.

pengalaman aku bekerja di sektor swasta selama beberapa tahun sebelum beralih ke sektor kerajaan telah membuatkan aku kuat dan tabah dalam menghadapi drama politik pejabat.  semua itu sudah menjadi darah yang mengalir dalam diri aku..namun begitu, aku harus berhati - hati dalam menanganinya.

kekuatan aku adalah keistimewaan aku yang di anugerahkan oleh Tuhan dan sesungguhnya tidak sedikit pun aku abaikan rasa syukur aku pada Tuhan kerana sentiasa memberkati aku...

pada pandangan aku...setiap manusia yang berkerja di sektor kerajaan ini perlu ada attitude seperti kerja swasta..malah aku hormat pekerja swasta ni sebab mereka ni kuat..apatah lagi apabila mereka perlu bersaing untuk mendapat tempat di sektor itu. perlu tetapkan apa yang harus ada di sektor swasta..

aku berharap sektor kerajaan dapat mempelajari banyak kelebihan di sektor swasta kerana ia akan menjadikan seseorang pekerja itu kuat semangat untuk bekerja, mempunyai inisiatif untuk majukan diri.

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....