Sunday, January 1, 2012

MAMA...erti sebuah pengorbanan ....

Salam semua... di awal tahun 2012, aku memulakan penulisan dengan memperingati seorang insan yang paling disayangi dan dicintai..iaitu  MAMA. Kenapa aku ingin menulis berkenaan MAMA di tahun baru...ini adalah kerana ..tahun sudah berganti dan aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati tahun baru dan tentulah MAMA adalah insan yang berjuang untuk memastikan aku dapat lahir kedunia..Terima kasih MAMA..

MAMA adalah insan yang paling aku sayangi dan sesungguhnya aku sanggup menggadaikan diri ku untuk dia.,...segala pengorbanan yang telah dia berikan dan yang penting kasih sayang dia kerana melahirkan aku adalah sesuatu yang tidak dapat digalang ganti. Aku akui..aku adalah seorang anak yang nakal dan degil namun mama sentiasa bersabar dengan kerenah ku . Sehingga ke saat aku menulis di sini..keadaan mama agak membimbangkan kerana sakit mata nya membuatkan aku sentiasa dalam keadaan gelisah dan risau.

Kadang kala aku jadi hairan, apabila aku mendengar cerita tentang anak yang tidak menghargai kasih sayang seorang ibu dan membenci ibunya. Bagi aku, manusia yang membenci ibunya..septutnya tidak layak berada di muka bumi ini.

mengenali seorang rakan yang mana aku tahu bahawa dia membenci ibunya. Apabila aku mengetahuinya, luluh hati ini kerana tidak sepatutnya dia membenci ibu dia. Kalau pun ibunya melakukan kesalahan yang di rasakan besar sekalipun, sebagai seorang anak...dia tidak harus ada perasaan benci terhadap ibunya.Aku mendapat tahu dia menyalahkan ibunya tentang apa yang berlaku sehinggakan hubungan mereka menjadi renggang dan akhirnya tiada perasaan sayang yang timbul tetapi perasaan benci dan menyampah pada ibunya. Subhanallah....walaupun aku tidak pernah menjadi seorang ibu dan juga mungkin aku tidak berpeluang untuk menjadi seorang ibu, namun kalau aku berada di tempat ibu dia, pasti hati aku terluka juga. Tidak kah dia tahu bahawa...seandainya dia melukakan hati ibunya sehingga air mata ibunya mengalir..maka bergegarlah tiang arasy dan memberikan kemurkaan Allah terhadapnya.

Bagi pendapat aku, dia seharusnya bermuhasabah diri. Mengenali diri dan memohon agar Tuhan sentiasa melembutkan hati agar dia  dapat menerima ibunya..Pernah seorang teman berkata...walaupun ibu kita seorang pelacur sekalipun..itu adalah dia dan Tuhan..nmun sebagai anak...kita harus melaksanakan tanggunghjawab seorang anak terhadap ibunya.
Dia sudah hilang kasih sayang kerana dendam dan benci..dan aku cuma mampu berdoa agar satu hari nanti dia akan insaf dan mengenali diri serta menyayangi ibunya kerana sesungguhnya dia sekarang berada dalam kerugiaan. rugi kerana dia tidak mendapat keberkatan Ilahi hanya dengan menyayangi ibunya. Sayang..tiada gunanya dia sujud, solat dan melaksanakan kebaikan seandainya dia membenci ibunya.

aku berharap dia berfikir dengan waras dan cuba bermuhasabah diri. aku juga berharap dia tidak akan hanyut dengan dendam dan kebencianya terhadap ibu. kadalang kala ingin aku bertanya padanya..tidak kah dia bersyukur kerana ibunya masih mahu mengandungkan dia selama 9 bulan, ibunya masih mahu membesarkan dia..apa akan terjadi sekiranya ibunya menggugurkan kandungan , ataupun selepas dia lahir..ibunya terus membuang dia..maybe kat tepi longkang? kat dalam tong sampah? tidak kah dia terfikir tentang itu semua..Nauzubillah...sepatutnya dia bersyukur kerana masih mempunyai ibu..sedangkan ada anak -anak yatim yang sejak kecil tak pernah kenal siapa ibu mereka...

semoga kisah ini memberi kesedaran pada mereka yang membenci ibu mereka..dan tahniah untuk rakan -rakan yang telah menjadi  ibu (luna , norhaya, salme suhana dll..) u are awesome!!!

untuk mama..i love u so much..
untuk bonda sharifah (ibu kepada cik wan)..kelembutan mu membuatkan hati terasa bertuah mengenali dirimu..

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....