35 tahun...

aku sudah berumur 35 tahun. umur yang cukup matang bagi aku ,matang dalam erti kata yang sebenarnya..dari pemikiran mahupun segala keputusan yang melibatkan hidup aku. yang pasti...aku masih sendirian..masih solo. 


Mama adalah org yang paling risaukan aku..walaupun berkali kali aku katakan bahawa aku sudah melalui kisah rumahtangga dan aku rasa aku tidak perlu mengulanginya buat masa sekarang..namun dia masih dengan sikap risaunya. 


kakak aku cikpuan azura, menuduh aku 'demand'...padahal aku boleh menerima kehadiran lelaki itu seadanya sekiranya lelaki itu boleh menerima aku seadanya..ayat tak boleh blah!!


hakikatnya...aku fobia dengan perkahwinan dan aku rasa dugaan yang paling besar yang TUHAN telah berikan adalah berkenaan perkahwinan dan aku akan sabar dalam menghadapi dugaan ini kerana  Tuhan lebih tahu yang baik untuk aku.


sunyi..? yes i am..tapi apa yang harus aku buat..nak meraung merintih? bukan sikap aku..malah aku bersyukur kerana aku ada ramai kawan yang sudi membahagiakan aku. luna. yayu, aklima, cik wan, daddy man, my lovely hairul, mr, S, mr.Jepun...dan ramai lagi.. 


walaupun status aku divorced...janda , miss jan dan apa lagi...aku tetap bahagia. bahagia dengan kehidupan aku dan bahagia meniti kehidupan seorang yang bekerjaya dan seorang pelajar. impian aku untuk memberi peluang kepada mama melihat aku memegang segulung ijazah dan sarjana. itu impuan aku yang sebenarnya . Doaku semoga aku dan mama saling panjang umur.


kerinduan aku pada seorang lelaki sedikit sebanyak hadir dalam hati ini dan ianya membuatkan aku berhati-hati dalam memberikan cinta pada lelaki. Azamku di tahun baru 2012..tiada cinta yang akan hadir..cukuplah persahabatan yang dihulur dan andainya tahun ini aku bertemu jodoh maka..itulah pengakhiran dugaan aku oleh TUHAN.. insya Allah


untuk kawan -kawan yang sentiasa menyokong aku..jutaan terima kasih aku hulurkan..i miss u all n luv u all !!!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perempuan di mata lelaki

nilai sebuah perkahwinan : suami rogol isteri sendiri? kenapa dan mengapa?

part 2: masih di plaza alam sentral...