Wednesday, July 31, 2013

my new baby..BLACKBERRY Q5

salam,

minggu ini adalah minggu terakhir aku berkerja dan ahad ini (4.8.2013) aku akan balik kampung. Teruja sebab setiap kali raya mesti ada peristiwa yang menarik. Cuma kali ini..raya agak sayu sebab tahun ini , abg din tiada..hmmm..rindunya dia...

oklah  kalau ikutkan tajuk ntry..citer pasal my new baby...hahah..my new blackberry sebenarnya. Sejak menggunakan blackberry beberapa tahun lalu..aku jadi peminat setia blackberry dan so far aku dah berjaya hasut adik beradik aku menggunakan blackberry..hahaha...dari Bold 2 , Bold 3,  Playbook,  Bold 5 , Curve 2G ,dan now aku menggunakan BB Q5.

Kenapa BB Q5?

Mungkin kerana aku suka  jenis QWERTY dan bukannya full touchscreen. Selain dari itu..screennya yang besar dan keypadnya yang agak besar memberikan keselesaan untuk aku menaip..dan yang paling best..x perlu menggunakan BIS..hanya menggunakan data plan dan wifi. Disebabkan banyak masalah dengan BIS , aku merasakan seolah -olah mcm ada konspirasi lak nak suruh semua orang guna bb yang baru tanpa BIS...hahah..itu fikiran aku je...

So, dah 2 hari guna..so far tak de masalah..opss...lupa lak..BBQ5 menggunakan micro sim..so simkad memang kena potong le...dengan menggunakan UMOBILE plan data (UMI 28) , aku dapat activekan BBM dan pelbagai applikasi.
BBQ5 adalah untuk peminat blackberry yang mampu milik. Aku sendiri tidak pernah menyangka yang akan dapat BBQ5 tapi dah rezeki..terima aje lah..

Selalunya bila aku menggunakan blackberry yang baru..mesti aku akan cakap.."harap-harap boleh pakai lama.." tapi seringkali adik aku, salmee..mesti mencemuh.."ye la tu.."

pic from mr.google
Inilah rupanya BBQ5 yang menjadi baby baru aku...harap bertahan lama ler..hehehehe



pssttt...rela x de baju raya..janji BB ..mesti baru..hahaha..


xoxo
rfa

Monday, July 29, 2013

bila sakit menyerang...

salam,
hari isnin yang penuh lemau. sudah dua hari aku menahan sakit , muntah gara gara gastric. aku memang tahu aku ada gastric dan aku hanya diamkan je kalau aku sakit tu sebab malas nak layan.. dan  so far memang aku jaga makan..elak dari makan makanan pedas, bergulai bagai, kari or benda yang masam...cuma entah mana silapnya, aku tak tahu..hari sabtu malam aku mula start muntah..angin..

petang semalam, berbuka dengan nasi ayam...aku hanya makan dua suap..lepas tu meluru ke toilet n muntah..memang terasa sedih sangat sebab saat sakit macam ni..aku seorang diri. Lebih kurang 20 minit kat dalam toilet...aku gagahkan diri baring , relaxkan diri...terasa mual di tekak. bila aku mesej kat member member...semua tanya aku mengandung ke? bongok tul...aku baru je lepas period..hahaha...akhirnya..aku tidur sepanjang malam dengan perut kosong.

subuh tadi..aku makan nasi dan lauk ikan.. sedih rasanya bila aku x boleh telan makanan...mual dan mula nak muntah...last last..aku buang je makanan tu..minum air mineral.
Gastric yang menyerang aku ni kira baik lagi la..sebab aku belum start sakit perut, pedih ulu hati...dan sakit kepala. mungkin kerana aku mengambil langkah berjaga jaga...memasak ketika sahur..dan berjaga jaga dengan setiap makanan yang aku makan.

bila ku rujuk dengan MA Klinik, dia minta aku cari air halia, minum dulu bagi keluar angin dalam badan ...masalahnya..boleh ke aku telan air tu..kerana aku ni kalau air pelik pelik ni tak maunya nak telan. Zura lak suruh aku beli gaviscon..hmmm..dah blur blur.. Aku nak berperang dengan Gastric aku.

Sunday, July 28, 2013

Bila sudah suka...

Salam...

Hari ni hari minggu ....3hari cuti..dah x tahu nak kemana. Kalaulah rumah mama dekat, dah lama balik sana...leh gak layan...lauk pauk kuih muih di bulan ramadan...hehehe...windu mama..

Oklah..hari ni aku nak citer pasal sebuah novel yang aku beli semalam di MPH subang parade...sambil tunggu si emma dan B sampai sebab semalam kami bertiga berbuka puasa bersama. Aku memang mencari novel ni dah lama setelah aku follow blog penulisnya.. NAZURAH AISHAH. Tajuk novel ini...BUKAN HANYA ADA KITA...untuk komen yang pertama...karya ini antara yang terbaik yang pernah aku baca. Kenapa aku cakap begitu..kerana...aku tidak pernah lagi membaca novel yg berkisarkan kisah poligami...dari sudut pemikiran ISTERI KEDUA.

Watak watak dalam kisah ini cukup mengesankan..dan aku memang suka dengan zahrin, medina dan aiza...kerana watak mereka adalah kekuatan cerita  ini.... Kalau u all nak tahu kisahnya..kena la beli buku...hehehe...

Poligami...semua perempuan akan membencinya...dan disebabkan aku juga sedang menyayangi seorang suami org...maka aku letakkan seluruh hatiku pada watak medina...seminggu sekali aku akan kehilangan dia..dan sepanjang itu aku tidak dpt dgr suaranya..tidak dapat bermanja dengannya dan tidak dapat melepaskan rasa rindu itu kerana weekend adalah milik isterinya...namun aku redha. Aku tidak mahu dilukai dan aku juga tidak pernah berniat nak rampas suaminya..hanya menumpang kasih.

Nazurah Aishah berkata...."bercerai itu halal tetapi perempuan benci...poligami itu juga halal namun perempuan x suka"...

Psssttt....i luv this novel so much...

Xoxo
Rfa

Wednesday, July 24, 2013

subuh yang bening..aku rindu mama

salam...

Di bulan ramadan, aku jarang untuk menulis di blog..mungkin mood untuk berblog agak kurang...Tak pun sebab letih lepas berbuka..kekenyangan...kali ini aku sekadar nak  berkongsi rasa...

Entah kenapa...subuh hari  ini, aku teringatkan mama...malah di hujung doaku..aku mengalirkan airmata bila aku menyebut mama. Aku ni sebenarnya seorang yang terlalu sensitif bila bercerita tentang ibu yang aku panggil MAMA. Mungkin kerana aku satu satunya anak dia yang duduk berjauhan dari dia sejak berumur 18 tahun.. dan sehingga sekarang aku masih berada di perantauan. Suka duka hidup berdikari kadangkala membuatkan aku jadi lebih sensitif bila teringat dan rindukan mama. Malah pernah aku terfikir..apa yang aku akan alami sekiranya mama tiada..mungkin hidup aku menjadi sasau kerana ketiadaan dia. Andainya mama tiada, maka tiada lagilah doa seorang ibu untuk anaknya dan aku yakin bahawa..segala kejayaan aku adalah berkat doa dia untuk aku, untuk melihat anak anak dia berjaya dan bahagia... Selama ini...setiap kali aku berdoa..memohon pada Tuhan agar aku di beri peluang untuk menabur bakti pada dia, semoga aku dan mama di beri umur yang panjang dan di berkati kerana aku nak menjaga mama sebagaimana dia menjaga aku.

Bila aku kenangkan kawan -kawan yang sudah kehilangan mama/ibu/mak, aku rasa bersyukur sangat kerana aku masih ada mama..dan ternyata ajaran dan tunjuk ajar beliau sewaktu aku kanak kanak hingga lah remaja, menjadi isteri hinggalah single sekarang masih melekat di hati dan pemikiran aku. Malah aku bersyukur sangat kerana mama merupakan guru aku...mengajar aku tentang hidup, membentuk aku seorang insan yang kuat dan berdikari...

Sebagai seorang wanita, mama sering mengingatkan aku..betapa aku harus menjaga maruah aku sebagai seorang perempuan dan seharusnya aku menjaga perkara itu kerana apa yang dibawa oleh aku adalah maruah sebuah keluarga. Sewaktu aku seronok bercinta..nasihat mama sering aku ingat.."sbg perempuan, kita jangan mudah lepas laku sangat dengan lelaki, kalau nak pergi rumah keluarga  lelaki itu,jangan sampai berumah bertangga di rumah dia..cukuplah sekadar singgah utk makan tengahari atau minum petang"...dan ternyata..sehingga kini aku masih pegang kata-kata mama dan ramai kawan kawan lelaki aku cukup menghormati aku atas prinsip yang aku pegang.. tq mama...

Mama juga adalah penawar aku di kala aku kesedihan..selain  solat dan mengaji al-quran..cukuplah bila call mama..just tanya khabar..suara dia sudah mampu meluruhkan segala duka yang bersarang di hati...belum lagi mengadu kisah...

Sesungguhnya satu kerugian bilamana seorang anak tidak mengendahkan ibu, dan rasanya kerugian itu akan di tanggung seumur hidupnya..dan percayalah apabila ibu sudah tiada...mereka akan merasa kekosongan itu. Aku hairan bilamana membaca berita tentang anak anak yang meletakkan mak ayah mereka di rumah orang orang tua..kerana bagi aku..mereka adalah harta yang tidak ternilai malah tidak boleh di bandingkan dengan apa jua yang ada didunia ini.

Di bulan mulia ini, aku berharap agar hati mereka yang keras akan menjadi lembut...sebagai seorang anak..mereka harus sedar betapa ibu bapa tiada galang ganti dan selagi mereka hidup..jagalah mereka sebagai mana mereka menjaga kalian di masa kecil...kerana apabila mereka sudah tiada nanti..keluar airmata darah sekalipun..tidak dapat mengembalikan mereka......

aku bukanlah nak takbur kerana aku mempunyai seorang mama namun bukankah sebagai anak, kita harus berbangga dengan ibu kita x kiralah ibu kita tu macamana sekalipun....kita harus dan sentiasa mengenangkan dia...kerana tanpa dia..kita tiada di dunia ini dan aku rasa..semua orang ada cara untuk menghargai ibu mereka...betul tak...

untuk mama...doaku agar mama sentiasa sihat..sentiasa happy..., diberkati olehNya, dilindungi olehNya..aminnn


psssttt baru je call mama minta mama belikan sotong sb bila aku balik nanti aku nak masak sambal sotong..salah satu faveret mama...

pssttt untuk semua teman-teman aku yang bergelar ibu...kalian semua awesome!!!

xoxo
rfa...

Wednesday, July 17, 2013

Ramadan Yang Hilang............

salam ramadan..

lama juga aku menyepi..kerana kesibukan menghadapi exam dan menjalani ibadah puasa...kalau ikut tajuk tu..macam tajuk drama ramadan yang hilang...kat TV3..

Kenapa aku cakap Ramadan Yang Hilang..? salah satu sebabnya..kerana tahun ini...adalah tahun kesedihan aku akibat kehilangan abang kesayangan..pada 9/2/2013. Aku masih terbayang-bayang lagi gelagat abang din sewaktu balik beraya tahun lepas..dia paling suka lepak kat luar rumah sambil hisap rokok ...rinduuuunya dan aku tidak sangka raya tahun lepas adalah raya terakhir kami dengan dia...ya allah..setiap kali teringatkan dia..pasti aku merasa sebak..

Bila muncul ramadan tahun ini..hati aku pasti tercuit dengan kenangan Ramadan tahun lepas...dimana aku dan mirza...mula berkenalan. Siapa sangka rupanya..mirza masih menanti dan terus menanti aku namun aku masih tidak mampu memberi kata putus...sori abang..sayang masih tiada kata putus untuk hubungan kita...

aku berharap Ramadan akan datang..aku dapat berpuasa dan bersahur dengan seseorang yang bergelar suami...Insya Allah...amin..


psssttt...rindunya pada mama...

xox rfa

Sunday, July 7, 2013

Hakikatnya...aku terluka...

Salam hari minggu..

aku bersantai santai di area giant seksyen 13...lepak di secret receipe ..teringin nak makan brownies n carrot slice..dan aku sanggup tunggu ...
Di hujung minggu..kebosanan melanda..bukan kerana aku tidak ada aktiviti nak buat namun kerana aku merasakan bahawa dalam dunia yang penuh dengan keriuhan..aku terasa sunyi....mungkin kerana usia aku yang dah bertambah tua...36thn..tua ek..! Maka aku merasakan bahawa kesunyian itu makin kuat menjalar di hati ini..walaupun..aku ada segalanya...jap..jap..jap....nak menyuap...carrot slice...nyum nyum...

Semalam..my kazen tanya...siapakah yang bertakhta dihati sekarang...? Aku jawab ..tiada...kerana itulah hakikatnya. Tiada siapa dihati dan aku juga tidak mahu mana mana lelaki pun bertakhta di hati. Hubungan aku dan mr.I.Z masih berbunga segar namun dia bukanlah lelaki yang boleh jadi milik aku..kerana dia milik isteri dan anaknya..but i love him...itu juga hakikat...namun yang pasti aku terluka..dan akan terus terluka..

Mungkin aku patut keluar dari shah alam...berpindah membawa hati yang terluka ini...sudah 13thn aku berada dibumi shah alam...berkahwin, bercerai...dari berdua sampailah sekrang single..semuanya dalam 13thn ni...maybe it's time to move out from here...

Untuk insan yg pernah melukakan hati ini...aku berharap...hargailah cinta yang u all ada..kerana bila cinta itu pergi...u all akan rasa pedihnya...akan rasa sakitnya bila terluka dan dilukai...

Pssstt....rindu pada seseorg yg pernah bertakhta dihati...
Xoxo...rfa

carrot slice dari secret receipe..memang sedap sgt
   

Wednesday, July 3, 2013

tetiba rindu kat musuh ketat

salam...

baru sempat nak menjengah blog setelah bertungkus lumus menghadapi final exam untuk semester ni..tinggal lagi satu paper yang mana jatuh pada bulan puasa..hmmm dugaan betul la... dah la paper yang susah..

nak dijadikan cerita, selepas settle paper kedua, aku balik dan mula membelek miss red aku..dan bila aku tgk..ada beberapa pic musuh ketat aku..hmm kenapa aku cakap dia musuh ketat kerana pada mulanya aku berkawan dengan dia..namun entah kenapa aku jadi hangin satu badan bila dia mempertikaikan masa untuk aku bersama dengan dia. Rasanya aku tidak pernah failed bagitau kekawan aku yang aku ni bz ..terutama hari Ahad kerana itulah hari aku akan jadi pelajar...dari kul 8 hingga kul 6..kepala otak pun dah boleh beku...alih alih dia nak ajak dating la, tgk wayang la, shopping la..mana la aku tak hangin..oleh itu..beberapa bulan yang lepas aku dan dia dengan rasminya bergaduh..siap maki maki siap aku cakap 'kalau kau mampus pun aku tak heran la"..punyalah ayat tu ..akhirnya dia menyepi..dia tak call aku atau sms aku...

pada mulanya aku suka bila tidak diganggu sebegitu..namun kini..sepi itu membuatkan aku jadi rindu pada dia. Rindu nak bertekak dengan dia..malah aku rindu nak bergaduh bagai dengan dia..hahaha kelakar namun itulah yang terjadi...akhirnya..dua hari lepas...aku beranikan diri sms bertanya khabar kerana last aku dapat tahu dia kemalangan di tempat kerja dan sekarang berada dikampung..

syukurlah.setelah berbual panjang, aku mohon maaf kerana berkasar dengan dia dan aku gembira bila dia sudah dimiliki...aku dan dia sudah berbaik semula.. untuk awak..terima kasih ye..semoga persahabatan kita kekal..dan saya doakan awak bahagia dengan buah hati awak..hehehe...

psttt... rindunya nak gaduh dengan dia..hahhaah

xoxo..rfa

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....