Monday, July 29, 2013

bila sakit menyerang...

salam,
hari isnin yang penuh lemau. sudah dua hari aku menahan sakit , muntah gara gara gastric. aku memang tahu aku ada gastric dan aku hanya diamkan je kalau aku sakit tu sebab malas nak layan.. dan  so far memang aku jaga makan..elak dari makan makanan pedas, bergulai bagai, kari or benda yang masam...cuma entah mana silapnya, aku tak tahu..hari sabtu malam aku mula start muntah..angin..

petang semalam, berbuka dengan nasi ayam...aku hanya makan dua suap..lepas tu meluru ke toilet n muntah..memang terasa sedih sangat sebab saat sakit macam ni..aku seorang diri. Lebih kurang 20 minit kat dalam toilet...aku gagahkan diri baring , relaxkan diri...terasa mual di tekak. bila aku mesej kat member member...semua tanya aku mengandung ke? bongok tul...aku baru je lepas period..hahaha...akhirnya..aku tidur sepanjang malam dengan perut kosong.

subuh tadi..aku makan nasi dan lauk ikan.. sedih rasanya bila aku x boleh telan makanan...mual dan mula nak muntah...last last..aku buang je makanan tu..minum air mineral.
Gastric yang menyerang aku ni kira baik lagi la..sebab aku belum start sakit perut, pedih ulu hati...dan sakit kepala. mungkin kerana aku mengambil langkah berjaga jaga...memasak ketika sahur..dan berjaga jaga dengan setiap makanan yang aku makan.

bila ku rujuk dengan MA Klinik, dia minta aku cari air halia, minum dulu bagi keluar angin dalam badan ...masalahnya..boleh ke aku telan air tu..kerana aku ni kalau air pelik pelik ni tak maunya nak telan. Zura lak suruh aku beli gaviscon..hmmm..dah blur blur.. Aku nak berperang dengan Gastric aku.

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....