Friday, February 10, 2012

berserah padaNya

Beberapa hari yang lepas, aku muhasabah diri, merenung segala perkara yang telah aku buat sepanjang tahun 2011 . Menangis meratapi segala yang telah aku lakukan , serta memikirkan segala perkara yang berlaku sehingga aku jatuh sakit. Tekanan perasaan serta hasad dengki orang terhadap aku, serta musibah yang berlaku. Semuanya berlaku dengan kehendakNya. Alhamdullilah, aku bersyukur dengan kekuatan yang diberikan oleh Nya, dengan kehadiran mama yang tak putus -putus mendoakan aku, sokongan kawan kawan yang mengerti tentang aku..maka aku semakin kuat,
Apabila kita bermuhasabah diri, terasa ringan dalam diri kerana kita seolah-olah berserah kepada Yang Maha Esa..dan sesungguhnya aku memperolehi ketenangan dan inilah yang aku inginkan.

Alhamdullilah..itulah yang sering aku ucapkan dan syukurlah kerana sesungguhnya Tuhan Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui...Amin.


No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....