Friday, February 17, 2012

rindu...terlalu rindu

salam jumaat..

kisah sang wira yang sentiasa dalam hati dan jiwa aku..AYAH..pernah aku tulis tahun lepas..namun entah kenapa malam tadi..seluruh minda aku berpikir tentang ayah dan entah kenapa mutiara jernih mengalir laju tanpa mampu aku sekat-sekat lagi..( cewahhh..) airmata kerinduan dan airmata penyesalan..itulah yang membuatkan aku menangis...


hanya orang yang mengalami kehilangan seseorang  yang tahu perasaan rindu ini. aku merasa amat amat menyesal kerana sepanjang hidupnya..aku tidak rapat dengan dia dan aku merasakan bahawa terlalu banyak perkara yang ingin aku ucapkan, terlalu banyak benda yang ingin aku lakukan bersama ayah. Aku terlalu merindui dia...rindu bau minyaknya...(dulu aku tak suka minyak wangi daishing yang dia pakai..dan pernah sekali dia pakai minyak wangi dunhill yg memang tak best baunya).. aku rindu suaranya..aku rindu gaya dia berpakaian ( orang kuat politik la katakan) malah aku rindu telatahnya semasa dia  menonton berita...semua itu membuatkan aku merindui lelaki yang paling aku cintai dalam hidup aku...


sudah lebih 10 tahun dia pergi namun aku masih tidak dapat  menerima hakikat yang dia sudah tiada. dia tidak merasa segala apa yang aku perolehi masa kini. Dia tidak dapat melihat aku menerima diploma, ijazah( insya allah) , master ( kalau di izinkan Tuhan ) dan PHD..., aku tidak dapat membawa dia melancong seperti mana aku buat pada seluruh keluarga aku...


Pada saat aku sedih dan stress...aku perlukan dia..untuk memberi kekuatan pada aku..selain doa dari mama tersayang. Aku mahu duduk bersamanya..berbual, berbincang tentang segala masalah, mendapat nasihatnya dan menangis di bahunya... I need u ..


bagi kawan kawan yang masih punya ayah dan ibu...sesungguhnya ambiklah peluang ini untuk membahagiakan mereka, luangkan masa bersama mereka selagi ada, sentiasa memenuhi kehendak mereka..selagi mampu dan yang penting sentiasa meletakkan mereka  di tempat pertama kerana apa bila mereka sudah tiada...menangis air mata darah sekalipun..mereka tidak akan kembali kepada kita... 


semoga roh ayah (mat zain bin middin ) tenang di sana...hanya doa untukmu...al fatihah... 

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....