Tuesday, December 20, 2011

OMBAK RINDU....satu fenomena

semalaman aku membaca novel OMBAK RINDU, cuba mencari apa yang dikatakan sedih, meleleh dan sayu..dan aku dapati..kalau dari novelnya..tidaklah banyak bab yang menyedihkan kecuali semasa watak pak dollah dan mak jah..which is parent sebenar Hariz...bertemu dengan Hariz..dan ayat yang paling menyentuh perasaan adalah tatkala mak jah nak menunjukkan baju yang dikaitkan untuk Hariz...sayu terasa...disitu isu kekeluargaan dapat dilihat dan aku merasakan ianya benar-benar hidup.

aku sememangnya penggemar novel, malah aku dalam usaha nak siapkan novel yang ada..merasakan naskah OMBAK RINDU  adalah di antara novel yang hidup..kerana jalan ceritanya yang kreatif..perkahwinan rahsia..cinta yang wujud di antara IZZAH DAN HARIZ . Tiada siapa yang menduga bahawa PAK DOLLAH DAN MAK JAH adalah ibubapa kandung HARIZ.

Mungkin kalau aku  menonton filemnya..maka aku akan membuat kesimpulan yang berbeza. Kiranya penulis ini sememangnya bertuah kerana hasil nukilannya di angkat menjadi sebuah filem yang bernilai lebih dari RM 10 JUTA keuntungannya...

Insya Allah..kalau berkesempatan melihat filemnya..aku akan comparekan antara kedua -duanya..dan kalau dilihat dari yang lepas-lepas..movie yang di ambil dari novel..boleh dikatakan..membaca buku adalah lebih bagus dan real dari filem..entah lah...

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....