Thursday, December 15, 2011

apa harus aku buat!!!!

pepagi lagi aku dah mula masuk blog ni dan sebenarnya dari malam tadi lagi aku memikirkan untuk menulis kerana aku sudah tidak tahan dengan apa yang telah berlaku. Kalau sebelum ini aku ada bercerita tentang lelaki  yang bernama NIK, kini aku kembali bercerita tentang dia...
Aku sudah tidak tahan dengan sikap dan perilaku nya yang aku anggap sudah tidak dapat diterima dek akal aku, dan kerana itu, dia tidak lagi menjadi my MR. NICE GUY.
Aku memberikan peluang kepadanya berulang kali sehinggalah satu ketika...apabila kami membincangkan tentang hati dan perasaan dan aku meminta untuk menjadikan hubungan aku dan dia hanya kawan....dia melenting dan mengamuk. Aku sendiri tidak tahu kenapa dia perlu marah sedangkan selama ini aku tidak pernah menyatakan secara langsung tentang perasaan aku padanya. Mungkin inilah kesilapan aku yang mana aku tidak akan ulangi lagi.

kenapa aku tidak suka dia?

NIK bukanlah lelaki yang teruk, yang suka berfoya-foya dengan pompuan lain ataupun suka mempermainkan perasaan perempuan.. namun NIK seorang lelaki yang terlalu sensitif, mudah mengamuk dan panas baran. Apabila dia marah..semua benda akan keluar dari mulutnya dan ayat yang aku tak tahan adalah apabila dia mengatakan bahawa "aku sudah ada jantan lain" which is not true, kerana bagi aku, selagi aku tidak menjadi isteri kepada sesiapa, aku berhak berkawan dengan sesiapa saja dan aku tidak seharusnya terikat dengan seorang lelaki saja. Berkawan...apa salahnya,

Aku sudah tidak sanggup menerima apa saja kata -katanya ketika marah dan dia akan merajuk apabila di tegur dan paling aku tidak tahan lagi apabila dia akan meletakkan telefon tanpa sempat aku berkata apa -apa . Rude!! dan semalam...kemuncaknya..aku mengugut agar dia tidak call atau sms aku kerana sikap dia yang suka letak fon sesuka hati itu....

Berkali - kali aku fikirkan..adakah aku perlu lelaki sebegini dalam hidup aku? Its my life we talking about and i have my own reason y i shud think twice about it.  Ini belum kawin lagi ni...kalau tak..hmmm hancur...

Aku akan cuba mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini..namun begitu...buat masa sekarang..aku perlu fokuskan pada kerja, dan study sebab masa nak exam dah dekat!!! untuk NIK..better cari pompuan lain k...

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....