Tuesday, May 10, 2011

sekadar berkongsi memori.......

18/5/2009 (isnin) –pakcu meninggal…..

Aku memulakan tugas seperti biasa. Mood aku agak kurang sebab sakit gigi aku masih lagi terasa. Semalaman aku menahan kesakitan . Pelbagai kerja menanti aku di meja. Aku hanya rilex n cool. Pada pukul 10 pagi, aku menghubungi mama, bertanyakan pakcu …dan mama maklumkan pada aku bahawa keadaannya masih tidak berubah. Di hujung perbualan, aku nyatakan pada mama agar dia pergi dengan tenang. Tepat pukul 12.25, aku menerima sms dari Salme mengatakan bahawa Pakcu sudah tiada. Luluh jantung aku membaca mesej itu dan dengan pantas aku menghubungi mama. Ternyata apa yang diberitahu oleh adik melalui sms itu benar. Aku tidak menyangka akan ketiadaanya kerana aku baru saja berbual dengan mama, dengan cc aku, dengan puan , dengan semua orang yang bertanyakan kemana aku menghilang selama 4 hari.
Aku mendengar suara mama yang tenang dan aku tahu aku juga harus tenang kerana aku tahu aku sudah redha akan kehilangannya. Syukur lah kerana penderitaan dia sudah berakhir. Syukur kerana aku tidak perlu melihat dia menderita.

Ternyata syawal nanti sudah tidak seperti yang aku lalui lagi.  Tiada lagi kucupan di tangannya kerana aku sudah menganggap dia sebagai ayahku. Ya Allah…terima kasih kerana memberi keizinan merasai kasih sayang seorang ayah darinya.

ini adalah sebahagian dari coretan diari aku yang aku simpan. sekadar berkongsi perasaan...insan yang pernah memberi ruang pada aku menumpang kasih setelah aku kehilangan ayah tersayang....al-fatihah untuk kedua-duanya







No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....