Monday, November 14, 2011

menerima cinta kerana benar benar cinta atau kerana simpati??

pagi lagi aku dah di hadapkan dengan masalah cinta. Aku mengenali NIK bermula dengan kawan biasa dan akhirnya dia mengaku dia menyukai aku. Walau bagaimanapun, hati aku tiada feel terhadap dia walaupun dia seorang yang baik dan aku rasa dia seorang anak yang patuh krana dia sanggup tidak bekerja di bandar semata mata nak menjaga mak . Aku tidak tahu apa yang aku mahukan dari seorang lelaki namun NIK bukanlah lelaki yang mampu membuatkan aku ada rasa feel.

Biarlah semua orang berkata aku MEMILIH dan tidak cermin diri sendiri namun aku yang pernah mengalami dunia perkahwinan merasakan lebih baik aku tidak mengalami kesusahan semasa berkahwin dahulu. Aku lebih rela hidup begini..tanpa perlu pk kan tentang kewujudan lelaki dalam hidup aku..
....................
NIK deserve better women dan aku bukanlah perempuan itu. Aku takut untuk melukakan hatinya kerana aku tak nak satu hari nanti aku akan dilukai..namun aku juga tak nak perasaan simpati mengatasi perasaan cinta dan sekaligus aku mencintai dia dalam PAKSA...
..................
Dari rupa paras, aku tidak pernah memilih tetapi lelaki pilihan aku semestinya seorang lelaki yang boleh bawa diri kemana mana....baik dalam keluarga aku maupun keluarga dia..dan yang paling penting, ada rasa tanggungjawab serta perancangan hidup...

Penat aku memujuk dan menjelaskan kepada NIK ttg prinsip dan perasaan aku namun NIK seolah-olah menuduh aku ada lelaki lain dan menolak cintanya kerana lelaki lain. Demi Allah aku tidak ada lelaki lain cuma aku jadi PENAT dan LETIH dengan rindu, cinta, kasih, sayang..lelaki...bosan sih!!!



No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....