Tuesday, June 7, 2011

kenapa perlu pertikaikan

ramai yang persoalkan aku dan hubungan cinta aku . kenapa tak kawin lagi? sampai bila nak bercinta je? kenapa pilih lelaki camtu ? kenapa banyak sangat kawan lelaki? kenapa tak nak cari lelaki yang baik-baik yang akan mengahwini aku? Persoalan demi persoalan hadir disaat aku berusia 34 tahun. Apabila mendengar soalan-soalan itu, aku menjadi marah . Tak pernah aku sangka, rakan-rakan dan saudara aku tidak memahami aku dan menuduh aku bermacam macam. Hakikatnya ini semua dugaan Tuhan. Cubalah fikir dengan logik..tiada siapa yang mahu dilahirkan untuk bersendirian bila tua. Tiada siapa yang mahu bujang sampai ke tua. Tiada insan yang tidak mahu berkahwin dan mempunyai keluarga..tapi persoalannya..bukan kita yang menentukan segalanya, Aku sendiri sudah berusaha, mencari seseorang , bercinta, berkasih sayang, berkorban apa saja..namun di akhirnya Tuhan menguji perhubungan kami dengan pelbagai dugaan, Adakah kita mempunyai kuasa untuk itu semua. apa yang boleh di lakukan hanyalah berdoa dan berharap semoga ianya akan berakhir dan semoga perhubungan itu direstui.

Aku tidak pernah menolak untuk bercinta mahupun menngenali seseorang yang bernama lelaki..namun tiada yang mampu aku lakukan andainya lelaki itu memilih untuk hanya berkawan dengan aku. Dan kini aku sedar bahawa..aku hanya perlu sayang dan cintakan diri aku sendiri. Itu saja. Aku ada kerjaya, aku ada keluarga yang sentiasa berada disisi aku, aku ada kawan kawan yang sentiasa menyokong aku ...itu sudah cukup. Kalau aku fikirkan apa yang akan terjadi akan datang..itu bermakna aku mendahului Tuhan..kerana hanya Tuhan yang tahu apa yang akan berlaku kemudian hari.

duhai kawan dan saudaraku..sudah sudah la memberikan tekanan pada aku. Berdosakah aku sekiranya aku tidak berkahwin? Hinakah aku sekiranya aku tidak ada suami? Salahkah aku sekiranya aku tidak merancang untuk berkahwin. Andainya ada jodoh..aku kawin , tapi kalau tiada jodoh aku...kena terima dengan sabar...

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....