Monday, December 17, 2012

Berusaha mengawal emosi...satu kemenangan

Salam,
entah kenapa selepas solat subuh pagi tadi, tiba-tiba idea untuk aku menulis blog muncul, tak pasti sama ada doaku pagi tadi dimakbulkan ataupun kerana mood akibat melihat cerita sedih di TV3 malam tadi membuatkan hati aku sayu sangat..dan terbawa -bawa ke hari ini.
Hari ini aku nak bercerita tentang EMOSI yang mana satu perkara yang ada dalam setiap manusia.Emosi ada banyak jenis dan sesiapa yang boleh kawal perasaan/emosi merupakan seorang yang hebat kerana untuk mengawal emosi dia turut mengawal pemikirannya. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku seorang yang melalui banyak peringkat umur..Dari aku kanak –kanak sehingga dewasa, aku mengenal emosi ku dan belajar untuk menjadi seorang yang tidak beremosi terlampau.
Dalam keluarga, aku terkenal dengan sikap pemarah yang terlampau ( diwarisi oleh sikap arwah ayah yang garang) dan tidak sabar, sikap mudah merajuk dan tegas . Rata –rata ahli keluarga tahu akan sikap aku dan mereka sebolehnya tidak akan mengusik emosi aku dan berusaha untuk menyembunyikan apa saja yang boleh membangkitkan kemarahan aku kerana mereka semua tak nak layan kerenah aku..perangai aku yang panas baran dulu hinggakan apabila aku marah..seluruh barang rumah akan aku campak merata untuk lepaskan kemarahan aku ( ingat lagi tak mr.ijam?) Ada kawan rapat aku bertanya, macamana nak kawal emosi , kawal kemarahan yang mana aku rasa ianya di sertakan dengan hasutan syaitan. Antara cara yang aku praktikkan adalah
a.       Wuduk -Apabila kemarahan melampau melanda,  cepat cepat ambik wuduk.. kita akan dapat rasakan kesejukan air wuduk itu mampu menghapuskan perasaan marah tersebut;
b.      Solat- apabila emosi tidak stabil, solat adalah jalan terbaik untuk bertenang. Mohon pada Yang Maha Esa..
c.       Luahkan – cari kawan yang betul betul ‘ good listener’ , yang boleh menyejukkan hati bukan menambahkan rasa marah di hati.
Kesannya apabila semakin aku dewasa, semakin aku kenal diri dan tahu untuk mengawal emosi dan kini, aku rasa aku berjaya 90% mengawal emosi aku..Cuma kalau aku dengan daddy or scandal scandal aku, emosi aku berlainan.
Kesimpulannya..apabila kita dah bertambah dewasa..kita harus belajar mengawal emosi.. tak kira lah apabila berdepan dengan apa jua masalah. Jangan sampai orang kata umur dah 30an or 40 an tapi perangai macam budak budak dan emosi terlampau  Apabila berlaku sesuatu, jangan cepat melatah dan asyik nak menyalahkan orang lain..cuba muhasabah diri..mungkin kesilapan itu datangnya dari kita sendiri. Kadangkala umur juga bukanlah menjadi ukuran melihat kematangan seseorang dalam mengawal emosi. ada yang muda dari segi umur tetapi matang dari segi pemikiran dan ada yang tua dari segi umur tetapi tidak matang dari segi pemikiran.

nota: aku harap...aku dapat mengawal emosi aku dengan jayanya...!!!!

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....