Wednesday, June 27, 2012

cinta jarak jauh...

salam..
entah kenapa hari ni aku teringatkan kisah cinta aku dengan ex bf yang mana boleh di katakan cinta jarak jauh. Mr. Jay.. adalah lelaki yang pernah suatu ketika dulu bertakhta di hati..

dia seorang lelaki yang sering merantau.. kerana tugasnya. Hati sering saja merindui lelaki ini kerana dia tidak pernah ada di saat aku perlukan dia. Walau pun begitu , aku tahu dia setia ( kononnya ler) .. hubungan jarak jauh kami berlangsung untuk tempoh yang agak lama .Email, YM dan skype adalah penyokong kuat kami di kala kami kerinduan yang teramat sangat.

Pernah satu ketika..aku tidak dapat menghubungi dia..untuk tempoh hampir 4 bulan..namun pada satu hari aku menerima satu panggilan telefon dari num yang tak di kenali. Apabila dia memperkenalkan diri..aku cukup terperanjat dan menjerit sekuat hati...dan dia hanya ketawa kecil... my MR.JAY..full of suprise..

Cinta jarak jauh ..perlukan kekuatan yang luar biasa. Kesetiaan , kepercayaan pada pasangan adalah perkara yang perlu di disematkan dalam hati.. dan aku cukup menghormati pasangan yang berada dalam mood cinta jarak jauh...

berbalik pada cerita aku...walau sekuat mana aku menggengam cinta dan kasih ku pada Jay..namun akhirnya..terlerai jugak. Kali terakhir dia menghubungi aku..ucapan maaf tidak lekang dari mulutnya dan akhirnya dia mengaku jatuh cinta dengan gadis lain..dan gadis itu sering ada di depan matanya. Tahulah aku bahawa...aku sudah tidak memiliki cintanya.. dan aku mengambil masa berbulan-bulan untuk melepaskan dia...lost la sekejap..

walau dimana jay berada..aku berdoa agar dia akan sentiasa bahagia dan aku tidak pernah menyalahkan dia kerana mungkin sekiranya aku berada di tempat dia..aku melakukan perkara yang sama...

nota: teringat sewaktu ber'skype ' dengan dia dan berbual berjam-jam...rindu lak dengan jay...


crdt to yahoo image

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....