Friday, June 29, 2012

Bersyukur dengan apa yang berlaku

salam Jumaat untuk semua kekawan...

semasa berada di rumah, melayari internet dan menikmati suasana berehat..aku memikirkan tentang apa yang telah berlaku. Rasanya tak salah kalau sesekali kita bermuhasabah diri , menyenaraikan apa yang telah di lakukan sama ada baik atau buruk.

Sesungguhnya perjalanan kehidupan seorang manusia bernama aku...adalah satu dalam berjuta-juta manusia yang ada di muka bumi ini. Ucapan SYUKUR adalah perkataan yang selalu keluar dari bibirku ...

**SYUKUR **
kerana aku masih mempunyai kekuatan dan kesabaran yang tinggi tatkala aku dihina, dikutuk, di caci dan diumpat!!

**SYUKUR**
kerana Tuhan memberikan aku peluang kedua melanjutkan pengajian dan seterusnya membetulkan segala keadaan yang sebelum ini kucar kacir

**SYUKUR**
 kerana aku mempunyai seorang mama yang sentiasa mendoakan aku..dan sentiasa ada di saat aku perlukan dia. Walaupun  disaat aku sedih dan runsing, mendengar suaranya membuatkan aku tenang..setenang air di kolam....

**SYUKUR**
kerana aku mempunyai sahabat yang baik, sentiasa memberi sokongan moral pada aku dan dia bukanlah sahabat hanya di waktu senang namun dikala susah..juga..tq ladyboss, aklima, azlin

**SYUKUR**
 kerana aku tidak pernah kurang dari perasaan cinta..

**SYUKUR**
kerana diberikan kelebihan dari Tuhan , dan sesungguhnya Tuhan itu Maha Adil..lagi Maha Mengetahui...

**SYUKUR**
kerana aku  masih diberi nafas untuk hidup dan meneruskan perjuangan yang belum selesai..

**SYUKUR**
kerana diberi keyakinan oleh Tuhan..kerana sesungguhnya aku yakin tentang hidupku...

crdt to yahoo picture


nota: setiap yang berlaku ada sebab musababnya dan sebagai hambaNya..jangan berputus asa ..insya Allah..Sesungguhnya Tuhan Maha Mendengar lagi Maha Melihat...

No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....