Monday, March 11, 2013

Keputusan :Siasatan Bebas akan di buat

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kisah ni dah lama tersimpan dalam draft..skrg baru ada kekuatan untuk publish.

 rasanya semua pembaca blog ini sudah tahu yang aku kehilangan abang tercinta . Aku berusaha untuk tidak meratapi kehilangannya namun jauh disudut hati..rasa rindu itu tetap ada..sebagaimana rasa rinduku terhadap arwah ayah...masih kekal sehingga sekarang.

28 Februari 2013...adalah satu tarikh keramat bagi aku dan ahli keluargaku kerana kami dipanggil bertemu dengan pihak Hospital Putrajaya. Ini adalah rentetan aduan yang di buat oleh adik aku, Salmee..gara-gara masalah yang timbul semasa arwah abang aku di hantar kesana untuk mendapat rawatan awal. Semasa aku, salmee dan kak mas berada di sana...kami di layan dengan baik oleh pihak hospital terutama Pengarah Hospital Putrajaya. Kehadiran kami adalah untuk mendengar penjelasan dari pihak hospital kerana apa yang berlaku pada arwah abang tidak sepatutnya berlaku. Banyak masalah yang timbul dan sikap doktor yang merawat arwah abang juga tidak seharusnya terjadi. Dalam perbincangan ini, aku serahkan kepada salmee untuk berurusan. kehadiran aku adalah untuk memberi sokongan kepada salmee yang harus berdepan dengan pihak hospital, dan juga aku mewakili keluarga ku untuk mendengar permasalahan tersebut.

Setelah mendengar penjelasan dari Pengarah Hospital, Team Emergency Department, Unit Ortopedik dan bahagian rekod, Salme mohon agar dibuat SIASATAN BEBAS dan berharap ianya dapat dibuat penilaian secara adil.

Aku bersyukur kerana pihak hospital akan mengambil tindakan yang sewajarnya pada doktor yang bertugas..(berharap apa yang dikatakan oleh mereka, dilaksanakan). Dalam hati, aku terasa terlalu sayu bila mengenangkan saat arwah abang menahan kesakitan..tetap kena "sound " oleh seorang doktor yang mana kita semua akui profesionalisme mereka. Mungkin ini tidak terjadi pada mereka tetapi sebagai seorang manusia..tidak seharusnya mereka bersikap begitu.

Semasa perjalanan pulang dari putrajaya...aku bersembang dengan salmee..tentang tugas doktor. Aku nyatakan  bahawa kita faham keadaan dan situasi doktor yang stress dan banyak pesakit nak kena handle..(sebab terlalu banyak tonton Grey Anatomy..) dalam drama grey anatomy..mereka menggambarkan kisah sebenar seorang doktor tapi mereka tau macamana nak lepaskan tension.. so semua doktor doktor kat Malaysia ni..memang la keje korang stress...berdepan dengan macam macam kerenah orang awam tetapi korang ni org terpelajar..jgn la asyik nak lepaskan tension pada mereka yang tengah sakit. kalau pun nak marah..g la mana mana( bilik air ke apa ke) then lepaskan kat situ. tapi disini ingin aku katakan bahawa..tak semua doktor yang ada di malaysia ni begitu...hanya segelintir saja..mungkin sebab muda (doktor pelatih).

 Apapun...terima kasih pada pihak Hospital Putrajaya terutamanya Puan Pengarah, dan staff kerana memberi layanan yang baik pada kami dan penjelasan yang telah di buat...


psssttt..perjuangan aku dan salmee..ini sajalah yang termampu ..demi abang sayang..

pssttt..arfa rindu abang...rindu sangat sangat...


xoxo...
rfa







No comments:

Post a Comment

fayyadh...rindu mommy tiada berpenghujung

sejak fayyadh berada dirumah mama..di kampug..aku terlepas banyak moment pertama dia..dan tadi my sister..just sent me selipar pertama dia....