kisah mistik...percaya atau tidak : part 1

salam...

aku tengah ngantuk sebenarnya..hmmm nak citer sesuatu yang menyegarkanlah...pasal hantu..pasal mistik..mesti korang akan terbeliak mata...motif? aku nak u all fikir tentang perkara ini...

" Ada sesetengah orang menerima sesuatu anugerah yang tidak dijangkakan...contohnya..boleh melihat benda benda yang tidak nampak..kononnya hijab mata terbuka..dan kisah ini adalah kisah kawan aku yang dia sebenarnya boleh melihat benda benda itu cuma tidak kerap.

kisah pertama: melihat pocong
kawan aku ni pindah rumah..dan pada minggu pertama dia pindah rumah..dia sudah melihat kelibat sesuatu di dapur. Pada mulanya dia just ignore benda tu tetapi setiap kali nak tidur..dia ternampak benda tu. Korang tau apa benda tu? 1 lembaga yng di namakan pocong tersangkut di gril dapur rumah nya. Seminggu dia cuba menafikan kehadiran pocong tu..tapi tidak berjaya...masuk minggu kedua...disebabkan kawan aku ni tidak melayan kehadiran pocong tu...lembaga tu marah..dan akhirnya pada satu malam..pocong tu muncul di hujung katil kawan aku.Semua peluh jantan, peluh betina, peluh pondan keluar dan kawan aku hanya mampu menyelubungi kan diri dengan selimut kerana ketakutan.

persoalannya..kenapa pocong tu ada di rumah itu..ada kisah lama ke di rumah itu sampaikan pocong tu tersangkut kat situ..? sampai sekarang tak tahu ...

kisah kedua: kelibat makcik tua di tepi lif bawa mayat

kawan aku ni tak suka ke hospital kerana dia sering melihat sesuatu yang orang lain tak nampak. Satu hari dia berada di hospital kerana salah seorang dari ahli keluarga terpaksa di tahan di wad dan dia turut sama menjaganya. Semasa dia turun untuk ke kantin di hospital itu bersama adik dia, tetiba dia ternampak seorang makcik tua melambai kepadanya. Kedudukan makcik tersebut betul betul di sebelah lif yang di gunakan untuk bawa naik / turun mayat ke bilik mayat dan pada ketika itu, makcik tua sedang bersila.Kawan aku ni cuba buat tak nampak tapi makcik tua tu stil melambai pada dia..Lepas makan..di kantin...dia melalui jalan yang sama namun begitu kelibat makcik itu sudah tidak kelihatan. Untuk kepastian, kawan aku itu pergi mendekati lif tersebut dan cuba mencari kot la makcik itu ada di sekelilingnya...namun yang pelik..kawasan situ clear je.

persoalannya: siapakah makcik tua itu..hehehe..

oklah..ngantuk dah hilang so..sesapa ada kisah mistik leh la share...

pssttt..harap ada yang tidur malam ngan lena...hehehehe..jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri!!




Comments

  1. Saya pun..
    Dan saya tak suka pegi muzium..

    ReplyDelete
  2. wah macam best je mama vogue..ada nampak apa apa ke kat sana..citer le sikit

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

nilai sebuah perkahwinan : suami rogol isteri sendiri? kenapa dan mengapa?

Perempuan di mata lelaki

part 2: masih di plaza alam sentral...